Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi catatan Dato Roslan Ab Hamid sahabat sama-sama belajar dan sama-sama berjuang dalam politik kampus di UKM. Dato Roslan sekarang sudah berhijrah ke dunia bisnis digital, mengajar menjadi pemidato umum yang bagus dan menjadi penulis tetap kolum ekonomi digital di Sinar Harian. Sekarang Dato Roslan berulang alik ke Indonesia membantu pemasaran digital sebuah syarikat besar di sana. Skill politik masih tajam walaupun semakin jauh Dato dengan politik. Menarik catatan Dato kali ini.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
1. Dari subuh muda 10 Mei yang sudah, sampai ke malam amat tua bulan November, ramai yang coba bantu hias wajah sejarah. Hajat berkerdip, hasrat berbalam. Malaysia Baru dalam impian.
2. Pesona politik selalu melahirkan pesona manusia yang pura pura. Mahu kuasa dengan apa jua cara. Mahu kaya dengan tipu daya. Mahu dianggap wira dengan slogan berjuang demi agama, bangsa dan negara.
3. Partai mewariskan watak suka berdolak. Tanduk cantik macam rusa, kulit tebal macam badak. Sebelum masuk rimba politik, pintar macam kancil masa beridealisma. Selepas masuk rimba politik , suka curi masuk reban ayam, macam musang.
4. Sebelum PRU, gelombang kuat bersabda ,tanah air makin goyah , konon dijualnya bergilir dengan murah. Kata kata ini menjadikan rakyat jadi sangat resah.
5. Rakyat rasa sakit dan diri tersepit saat edah pilihanraya mara menghimpit. Para pejuang harapan bergaul dengan para pendokong rakyat yang pilu. Sembang mereka semesra fikir dan hati, menilai penindasan pemimpin bangsa sendiri.
6. Kini, kuasa telah bertukar tangan. Kerajaan Malaysia Baru sedang menongkat kuasa. Memerintah Malaysia dengan penuh harapan. Lima tahun mimpi bukan secebis. Kisah bukan juga selapis. Iktibarnya kerakusan lalu belum jua terkikis.
7. Apa yang berlaku dalam bulan Oktober dan selanjutnya ini menggusarkan jiwa. Perang politik dalam PKR menjadikan kita terpana melihat pergaduhan dangkal rebut kuasa secara fizikal. Ia tidak pernah berlaku dalam mana mana partai sebelum ini, sebobrok mana pun mereka disebut dan didongeng cerita.
8. Kita juga jadi pelik apabila melihat kebelakangan ini “banjingan politik” yang dulu bertebaran memburu uang dan mencaci nista lawan mula menghantar borang untu ikut bersarang dalam Bersatu. Apakah gerangan sedang berlaku?
9. Enam dekad negara berterusan dikatakan pengap kerana tersalah undi dan lahirnya ramai yang penyonglap. Apa yang jadi bikin ramai pengkaji jadi sentap.
10. Hajat berkerdip, hasrat berbalam. Apabila gah disebut cerita, rakyat telah buat keputusan betul pada 9 Mei, 2018, kenapa sekarang jelas nyata penyolap, penjilat, macai dan balaci UMNO dibenar masuk juga dalam parti suci penuh inspirasi macam Bersatu.
11. Inilah yang jadikan ramai orang termanggu. Pelik bercampur keliru. Hubaya hubaya , banjingan tengik bekasan UMNO itu, manis-manisan menunjuk muka menghulur borang mahu ikut serta. Selepas itu Bersatu yang suci dan murni akan ikut hamis, lara dan seksa. Macam UMNO yang telah dicaci cerca.
Dato Roslan Ab Hamid
Dectar UKM.
11 November, 2018
28 Comments
Politik malaysia dah berubah. Kita lebih terbuka dan menerima perubahan ketara. Lihat shj keputusan pru
Dari luar kita nmpak PKR dan ahli ahlinya sendiri tak mmpunyai persefahaman. Adakah ini lebih teruk dari parti yg ahlinya kaki bodek?
Sblm pru mcm mcm cerita keluar yg hak istimewa melayu akan hilang sekirnya PH menang. Kelakar bukan?
Bahasa yang sungguh tinggi, tapi memahami maksud Dato. Saya cuma berdoa semoga pemimpin pilihan rakyat ni betul-betul berjuang untuk rakyat.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Dalam masa lima tahun ni kita tgk mcm mana pimpinan PH. Kalau tak jalan kita ramai ramai undi BN. Kahkah
Mendalam sungguh kata-kata/tulisan yang disampaikan oleh Dato Roslan Ab Hamid ni.. cuma bahasanya agak berpuisi menyebabkan kemungkinan ada maksud yang saya tafsir tidak tepat 100%
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Tinggi bahasa nukilan Dato Roslan. Jenuh gak nak memahaminya..tapi overall, faham kot dengan apa yang cuba disampaikan. Semoga yang baik baik buat kita semua
banyak yang telah berubah sejak 10 mei. kita lihat perkembangannya. kalau tidak suka, lagi lima tahun kita pangkah lain pula
kita bagi mereka peluang untuk 5 tahun pertama ini. Katanya banyak yang perlu diperbetulkan. Rasanya 5 tahun pun tak cukup kot
Curahan rasa JMR @ ..Year End Concert 2018
Mungkin ada kebenarannya juga tempoh 5 tahun yang diberikan tidak mencukupi.. sebab ada sesetengah menteri sebelum belum pernah dapat peluang memerintah.. Bila dah dapat peluang memerintah baru tahu bukan semudah seperti yang disangka..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Make sense juga. Kita boleh tgk yg mereka tak ada pengalaman. Mana tak nya. Dulu dulu tak pernah diberi peluang utk keluar tv dan bercerita sana sini
Semakin menarik dunia politik malaysia sekarang ni apabila raja-raja melayu turut ‘bersuara’. Kita tunggu dan lihat….
Sy pun perasan benda yg sama. Kaum kerabatt diraja sekaranf ini sudah lantang ckp pasal politics
Sentiasa berdoa yang terbaik untuk Malaysia. Semoga kuasa raja-raja melayu kekal & lindungi tanah melayu milik kita. Alhamdulillah, seronok tengok apabila semakin ramai raja-raja melayu ‘bersuara’ setelah lama ‘diam’ memerhati.
Tp bila ramai kerabat yg bersuara rakyat jadi rasa hilang hormat sebab mereka ni terlalu lantang.
seronok jug lihat senario politik malaysia. lebih intense dari america. beruntung dapat tengok peralihan kuasa ini..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai SEO Company di Malaysia
Boleh sharing kisah orang politik sebagai bahan pembelajaran untuk kita semua yang masih awam. Jika tak kuat jangan nak cobe2 terjun dalam dunia perpolitikan. Saye kire kondisi hampir di semue negara same, tapi kembali lagi kepada siape pemimpinnya.
Dalam politik, kawan boleh jadi lawan, lawan boleh jadi kawan, bila bila masa boleh pusing balik.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Servis Cuci Karpet Kajang, Bangi, Putrajaya, Serdang, Shah Alam, Puncak Alam, Balakong, Bandar Tun Hussein Onn Dan Bukit Mahkota
ya.. depan kamera dan di dada akhbar mereka saling mencaci. bila dah jumpa boleh lepak satu meja minum teh tarik. esok gaduh balik
Curahan rasa nikkhazami @ ..Netflix Perkenal Pelan RM17 Sebulan
Apabila sistem negara berada pada landasan yang betul maka rakyat adalah tuannya. Rakyat yang menghakimi segala bentuk tindak laku pemerintah dan mereka yang diberi kuasa akan diadili rakyat.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Chia Seeds Organik Ameer
Kita berdoa yang terbaik untuk Malaysia demi generasi anak cucu kita. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita semua.
Aminnnn…yang penting, anak cucu kita dan generasi seterusnya masih mempunyai hak utuh sama seperti nenek moyang mereka. Risau gak bila dok fikirkan hal ini
Curahan rasa JMR @ ..Raikan Rakan Projek.
ya.. semoga dunia pilitik sekarang ini boleh bawa malaysia ke satu tahap yg menyenangkan hidup generasi akn dtg
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Macam tu lah rencah politik. Kita tak boleh nak jangka apa yg bakal berlaku. Yg pasti, rakyat marhaen jadi mangsa keadaan.
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..Omega 3 Baik Untuk Ibu Mengandung. Promosi Sepanjang Bulan November 2018
pemimpin gaduh sma pemimpin. rakyat yang jadi mangsa atas perebutan kuasa. dasyat betul
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Comments are closed.