Cara tingkatkan Alexa Ranking Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tertarik aku dengan senarai top 20 alexa ranking blog berbahasa Melayu Malaysia Jun 2011 yang dikeluarkan oleh blog eiz1004.upprofits.com (klik untuk senarai penuh) untuk bulan Jun 2011. Yang bestnya tu ada perbezaan warna untuk ranking yang meningkat, menurun dan baru masuk senarai. Tak ku sangka rupanya blog denaihati termasuk juga dalam senarai pada ranking #17 berstatus warna merah menurun 2 anak tangga berbanding ranking sebelumnya. Ketika ranking dibuat blog denaihati berada pada ranking #320 Malaysia lebih baik dari sebelumnya iaitu #321. Ini bermakna ada blog berbahasa Melayu lain yang telah naik secara mendadak.

Alexa Ranking denaihati.com 4/6/2011

 

Ada blogger yang kisah dengan Alexa Ranking dan ada yang tak ambil kisah pun seperti tak kisahnya Google Page Rank. Alexa Ranking juga menjadi satu indikator mengukur tahap kejayaan sesebuah blog bagi blogger yang mementingkan kemajuan diri. Bagaimana agaknya cara meningkatkan alexa ranking blog kita? Aku akan kongsikan beberapa kaedah :

1. Install Alexa toolbar atau Firefox SearchStatus extension dan setting blog Anda sebagai homepage. Untuk ke link install cari sahaja di Google Search mengikut keperluan contohnya cari “Install Alexa toolbar for chrome” kemudian install mengikut arahan yang ditetapkan.

2. Pasang widget Alexa Ranking di blog Anda. Menurut pakar, bila widget itu diklik oleh pengunjung yang belum install Alexa Toolbar, maka itu akan dikira sebagai kunjungan tambahan (aku pun belum pasang ni).

3. Pujuk rayu teman blogger yang lain untuk juga install Alexa toolbar… joom lah install semua.

4. Minta teman blogger untuk review profile blog Anda di Alexa seperti yang telah dijelaskan di entri “alexa ranking dan blog review“.

5. Tulis artikel mengenai Alexa. Webmaster dan blogger suka mengetahui cara-cara meningkatkan alexa-nya. Mereka akan backlink tulisan Anda dan mengirimkan trafik. Ini secara langsung meningkatkan alexa ranking blog Anda.

6. Daftar di Digg atau StumbleUpon. Kedua khidmat ini boleh mengirimkan ribuan trafik bila artikel Anda tampil di halaman depan.

7. Buat kategori Alexa di blog Anda dan gunakan ini untuk menyimpan artikel atau tips yang berkaitan dengan Alexa (aku sedang mencuba).

8. Optimakan popular posts Anda. Apakah Anda memiliki popular post yang konsisten menerima trafik dari search engine? Update entri tersebut dengan linkkan ke postingan Alexa. (aku nak cuba dengan entri paling popular di blog ni “Dua Kopitiam yang ada sijil halal daripada JAKIM” yang menghampiri angka 100k visitor).

9. Beli iklan banner dan link dari forum. Jika iklan Anda menarik, ini akan secara signifikan meningkatkan ranking alexa Anda.

10. Bayar pemilik cybercafe untuk install Alexa toolbar dan setkan blog Anda sebagai homepage di semua komputer yang ada di cybercafe tersebut.

Itu lah sedikit cara tingkatkan alexa ranking Malaysia. Mungkin ada lagi dan kepada yang  ada ilmu silalah berkongsi di ruangan komen atau boleh terus cari detail di google search dengan keywords “cara tingkatkan alexa ranking”.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

208 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!