Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tertarik aku dengan senarai top 20 alexa ranking blog berbahasa Melayu Malaysia Jun 2011 yang dikeluarkan oleh blog eiz1004.upprofits.com (klik untuk senarai penuh) untuk bulan Jun 2011. Yang bestnya tu ada perbezaan warna untuk ranking yang meningkat, menurun dan baru masuk senarai. Tak ku sangka rupanya blog denaihati termasuk juga dalam senarai pada ranking #17 berstatus warna merah menurun 2 anak tangga berbanding ranking sebelumnya. Ketika ranking dibuat blog denaihati berada pada ranking #320 Malaysia lebih baik dari sebelumnya iaitu #321. Ini bermakna ada blog berbahasa Melayu lain yang telah naik secara mendadak.
Ada blogger yang kisah dengan Alexa Ranking dan ada yang tak ambil kisah pun seperti tak kisahnya Google Page Rank. Alexa Ranking juga menjadi satu indikator mengukur tahap kejayaan sesebuah blog bagi blogger yang mementingkan kemajuan diri. Bagaimana agaknya cara meningkatkan alexa ranking blog kita? Aku akan kongsikan beberapa kaedah :
1. Install Alexa toolbar atau Firefox SearchStatus extension dan setting blog Anda sebagai homepage. Untuk ke link install cari sahaja di Google Search mengikut keperluan contohnya cari “Install Alexa toolbar for chrome” kemudian install mengikut arahan yang ditetapkan.
2. Pasang widget Alexa Ranking di blog Anda. Menurut pakar, bila widget itu diklik oleh pengunjung yang belum install Alexa Toolbar, maka itu akan dikira sebagai kunjungan tambahan (aku pun belum pasang ni).
3. Pujuk rayu teman blogger yang lain untuk juga install Alexa toolbar… joom lah install semua.
4. Minta teman blogger untuk review profile blog Anda di Alexa seperti yang telah dijelaskan di entri “alexa ranking dan blog review“.
5. Tulis artikel mengenai Alexa. Webmaster dan blogger suka mengetahui cara-cara meningkatkan alexa-nya. Mereka akan backlink tulisan Anda dan mengirimkan trafik. Ini secara langsung meningkatkan alexa ranking blog Anda.
6. Daftar di Digg atau StumbleUpon. Kedua khidmat ini boleh mengirimkan ribuan trafik bila artikel Anda tampil di halaman depan.
7. Buat kategori Alexa di blog Anda dan gunakan ini untuk menyimpan artikel atau tips yang berkaitan dengan Alexa (aku sedang mencuba).
8. Optimakan popular posts Anda. Apakah Anda memiliki popular post yang konsisten menerima trafik dari search engine? Update entri tersebut dengan linkkan ke postingan Alexa. (aku nak cuba dengan entri paling popular di blog ni “Dua Kopitiam yang ada sijil halal daripada JAKIM” yang menghampiri angka 100k visitor).
9. Beli iklan banner dan link dari forum. Jika iklan Anda menarik, ini akan secara signifikan meningkatkan ranking alexa Anda.
10. Bayar pemilik cybercafe untuk install Alexa toolbar dan setkan blog Anda sebagai homepage di semua komputer yang ada di cybercafe tersebut.
Itu lah sedikit cara tingkatkan alexa ranking Malaysia. Mungkin ada lagi dan kepada yang ada ilmu silalah berkongsi di ruangan komen atau boleh terus cari detail di google search dengan keywords “cara tingkatkan alexa ranking”.
[ad#nuffnang336]
208 Comments
cara cyber cafe tu… tak terfikir la pulak.. boleh ea wt cmtu kak? hehhe
Curahan rasa trigyy @ ..Baik bila Perlu Adik & Abang
Rasanya semua dah ada. Alexa ni nak senang naik adalah dengan widget dia. Dari widget tu dia dapat data lebih banyak tentang trafik keluar masuk dari mana. Itu yang paling penting sebenarnya.
Trafik yang Alexa ambil kira adalah yang datang daripada search engine, itu memberi pemberat paling besar dalam pengiraan ranking. Blog bro boleh pergi jauh lagi ni..
Curahan rasa ariff @ ..3 Langkah Berhadapan Dengan Blog Provokasi
Tu lah trafik blog ni dari search engine dah up dari 25% ke 49% harap boleh improve ke 80%.
psl pemberat plg besar adalah dr search engine tu satu info br. thanks ariff sbb sudi berkongsi 🙂
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Mahligai Kapten Jack Sparrow Di Kepulauan Carribean
ermm nampaknya alexa ranking aku masih jauh lagi.. banyak yang perlu dipelajari dan buat perabahan skit ikut entry ni.. thanks bro.. nanti aku try ikut 🙂
.
Curahan rasa Fitrihadi @ ..Gambit Saifullah Kutuk Middle Finger Blogger Apa Kes Ni Relax Ar Kawan…
Aku rasa lah pasang toolbars tu byk bagi impak juga lah
uii.. siapala agaknya yg sggup nk bayar kt pemilik cybercafe tu eh.. mesti mmg btol2 tegar.. hehe..
Kalau cybercafe tu kawan punya atau kawan2 yg jaga mesti boleh lah.
Terfikir pulak nak buat macam tu lepas ni.. tapi nak berbaik2 dengan tuanpunya cafe tu dulu
Curahan rasa Steward John @ ..How to monetize your blog | Earn with Nuffnang
saya punya kejap naik kejap turun
macam nak buang je..hmmm btw point no 10 tu macam susah je..haha
kena sogok banyak sikit tuh..
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Antara Komen Pengguna Blogspot & WordPress Self Host Tentang Blogspot
Aku dulu rajin juga ge cybercafe pasti aku tukar setting homepage computer tu ke blog aku :)))
lol, tak berani2..haha
kang kalau jenis penjaga cc macam hantu
naik hangin dia..haha
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Antara Komen Pengguna Blogspot & WordPress Self Host Tentang Blogspot
saya dulu pun pernah buat masa zaman pakai blogspot..hehehe
Curahan rasa yusri @ ..Persahabatan atau Kebenaran- Pilih hanya salah satu
patut mcam pernah terbuka blog denaihati masa pegi cc tu..haha
Curahan rasa yusri @ ..Persahabatan atau Kebenaran- Pilih hanya salah satu
hah? kantoi..haha..
Hahahaha…betul ker?
Curahan rasa Steward John @ ..How to monetize your blog | Earn with Nuffnang
Hahaha.. hentam jer la bro…
Curahan rasa Steward John @ ..How to monetize your blog | Earn with Nuffnang
Saya masih ada problem nak install Cek Alexa. Agaknye theme blog saya x mesra ng alexa 🙂
Curahan rasa juanita @ ..Saya Seorang Blogger
Bukan masuk dekat alexa.com tu jer ker boleh check ranking?
Curahan rasa Steward John @ ..10 ways how you can increase your Alexa Ranking
skang ni dah bwh 1k.. nak cuba dpt bwh 500 lak.. ntah bila la.. asek tak konsisten jer turun naik..
Ikut lah tips ni insyallah bertambah baik ranking tu
Wah tahniah.. bukan senang nak dapat sampai angka tu….
Curahan rasa Steward John @ ..How to monetize your blog | Earn with Nuffnang
gud n3..
cuma idea no10 tu… rasanya utk surirumah mcm kakyong ni, x kuasa le sampai camtu sekali… 😉
Curahan rasa kakyong @ ..novel kasih yang suci – baca online non-full-version
Jalau dapat buat yg 9 tu pun dah super canggih tu
Perlu keluar modal tu Bro.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..10 ways how you can increase your Alexa Ranking
thanx for the info.. boleh cuba cara-cara yang free tu…
saya pon tgh dlm usaha nak buat review pasal blog2 lain, dgn harapan kita saling bertukar2 review utk sama-sama meningkatkan ranking Alexa kita. kalau berminat, boleh tinggalkan di ruangan komen blog saya 🙂
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Port Melepak Fernando Torres Yang Terbaru Di Madrid
Tips yang sangat mantap..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..THE TARIX JABRIX 3
Saya akan mencuba mulai sekarang. Terima kasih.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..THE TARIX JABRIX 3
Haa.. coba jangan tidak dicoba Bang Iwan
Curahan rasa Steward John @ ..10 ways how you can increase your Alexa Ranking
Saya yakin kalau Alexa Ranking Bang Iwan mantap yah
Curahan rasa Steward John @ ..How to monetize your blog | Earn with Nuffnang
takde masa nak kisah pasal alexa ranking ni. . .
bukannya boleh berblog di asrama kecuali schedule post .
oh well, tahniah !
Curahan rasa Zala Wajik @ ..Wordless Wednesday 2- Aku Masih Dara
Aritu blog Jai dah turun kepada 140k. Tetiba naik mendadak kepada 200k, nape ek blh jadi camtu?
Curahan rasa Jai @ ..Maharaja Lawak Minggu Ke 11 Serbu Nak Dapatkan Pas Masuk Percuma
sebagai newbie,info dalam entri ni memang memberi ilmu baru buat saya.Banyak juga saya nampak blogger yang pasang alexa widget kt blog mereka..tapi saya nak tanya sikit..apakah ia betul-betul membantu?
bagi saya, membantu atau tidak, yg penting widget tu boleh jd pembakar semangat dan motivasi kpd blogger. kalau ranking jatuh (nilai bertambah), maka kita akan sentiasa keep on posting new entries yg berkualiti supaya dikunjungi untuk rendahkan ranking Alexa. ibarat cam kad peperiksaan tahunan time sekolah dulu2 🙂
Curahan rasa ekspresiruang @ ..NONO Chair- Kerusi Ramping Ilham Daripada Kasut Tumit Tinggi
Banyak juga idea ni ni kan?
Ada yang boleh digunapakai dan ada yang saya rasa tak boleh terima dengan cara-cara nak naikkan ranking alexa tu. pasal widget Alexa tu, saya dulu ada letak kat blog yang lain (bukan SBC), tak memberi impak kepada ranking alexa kita sebenarnya, begitu juga toolbar. Tapi terpulang kepada pendapat masing-masing.
Curahan rasa Sabahan Bloggers Club @ ..add Blogspot 1 button
erm..
kena kaji betul-betul la ni..
Curahan rasa naimulfirdaus @ ..gadis ini hebat nak rasa tak
Tak payah kaji buat je ni heee
haha…terima kasih bagi tips, munngkin aku terlambat skit..tp nak cube..terpikir plak pasal cyber cafe tu…:D
Haha.. yer la, tak rugi pun kalau kita nak cuba buat
Curahan rasa Steward John @ ..How to monetize your blog | Earn with Nuffnang
Comments are closed.