Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah lama tak kongsi tips cara meningkatkan trafik blog kali terakhir entri “15 Cara Meningkatkan Trafik Blog“. Kali ini nak kongsi sedikit ilmu cara meningkatkan trafik blog yang diperolehi ketika hadir bengkel Malaysia Bloggers and Social Media Week 2012. Ilmu ini diperolehi daripada James Craven, MD Hybridnewsgroup.com. Berikut beberapa tips cara meningkatkan trafik blog yang sudah diolah mengikut kesesuaian penulisan blog.
1. Pastikan blog mesra SEO. Sebelum memilih theme untuk blog pastikan theme tersebut mesra SEO bukan sekadar cantik nanti boleh jadi kes macam blog Yanmieonline.
2. Pilih tajuk entri yang menarik perhatian pembaca tetapi tidak perlulah tajuk lucah. Memanglah tajuk lucah boleh menarik perhatian ramai terutama golongan muda tetapi bukan semua pembaca selesa dengan entri lucah.
3. Sesekali buat entri yang kontroversi seperti entri “Himpunan Hijau 2.0 dan Lynas” tetapi pastikan tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama. Pasti ada pembaca yang tidak bersetuju jangan lawan biarkan mereka melepaskan geram manalah tahu mungkin mereka boleh bertukar menjadi pembaca setia blog anda.
4. Buat entri senarai top 10 yang pasti akan dicari oleh ramai pembaca seperti “top 10 richest man in Malaysia‘, “top 10 blog cantik blogger perempuan perempuan Malaysia“, “top 10 blog Malaysia paling popular 2011“, “top 10 hotel di Kuala Lumpur” dan “top 10 blog melayu Malaysia 2011“.
5. Projek kerjasama antara Blogger seperti projek karaoke blogger oleh beberapa Blogger top Malaysia antaranya Eyriqazz, Teratakarmo, The Singing Blogger Zarulumrella dan Madammondoq. Cuba tanya blogger top Malaysia adakah projek mereka ini meningkatkan trafik blog?
Semuga tips ini dapat membantu rakan blogger baru dan lama. Ilmu biar sedikit tetapi yang paling penting diamalkan. Kalau nak tips yang bagus tunggukan eBook SEO hasil tulisan Ariffshah. Nak info lebih cara meningkatkan trafik blog selongkar je entri kat related posts bawah tu.
319 Comments
saya suka yang first tu.. tapi masih jauh di belakang… kena rajin usaha.. tunggu ebook arifshah la.. 🙂
Curahan rasa cmratu @ ..Ceramah Ustaz Don
hehe sofar aku antara yang join venture dalam karok brsama zarul tu la.. hehe
Curahan rasa zuan @ ..> Salam Jumaat : Penyakit Akhir Zaman
drama skrg makin best2..huhu
Curahan rasa zuheir @ ..Tips Membina Kekayaan Masa Muda : How?
trimas.panduan hebat ni..huhu
Curahan rasa zuheir @ ..Tips Membina Kekayaan Masa Muda : How?
bagus juga idea yang diberi.. sbb bbrp menjak ni selalu kering idea & dah malas na tulis pasal drama sbb dah lama juga tak sempat nak layan tv.. 😉
Curahan rasa kakyong @ ..Senarai peserta dan nombor bertuah : GA Choco rerama biru
Wahh…terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu
Sesungguhnya anda tidak lokek dgn ilmu!
Sharing is caring~
Curahan rasa Aiqa @ ..Rahsia Bulan Kelahiran
suatu ilmu yang bermanfaat untuk para blogger…usha lebih, dapat pun lebih…
Curahan rasa Hasnul @ ..Rahsia Di Sebalik Minum Air Kencing Unta
sangat setuju dengan no.1 sebab lepas guna template blogspot yang mesra SEO dibangunkan oleh ariffshah terus berubah traffik…mencanak naik…. sblm ni guna template default oleh blogger.com…traffik biasa2 jer… terpaksa blogwalking…baru meningkat… sekarang..banyak traffik datang dari google… tq ariffshah dan tq denaihati banyak bagi info…untuk ke next level…
Curahan rasa hisham @ ..4 Tips Mudah Untuk Menjadikan Blog Anda Menarik
ngah study apa itu Theme SEO?….terima kasih yer info ini….
Curahan rasa Norizwan @ ..Sekumpulan wanita merogol lelaki untuk mendapatkan air mani
Kalau buat Contest dan GA boleh juga membantu menaikkan trafik tetapi perlukan modal sedikit. 🙂
ya betul… tapi kena tgk hadiah & kumpulan sasaran jugakkan.. masih mencari rahsia utnk buat GA simple tp ramai yg join.. camana tu..??
Curahan rasa kakyong @ ..Tuah di hujung Februari dan awal Mar 2012
Terima kasih atas panduan yang diberikan.Panduan yang ringkas dan senang dipraktiskan.
Nampak menarik bila dibaca,
Bila membaca terasa selesa,
Banyak sudah info dicuba,
Tentu yang ini lagi teruja.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun 1 Malaysia
Tertanya-tanya dari dulu sampai sekarang.. macam mana nak pastikan template kita tu mesra SEO?
Curahan rasa akid @ ..Sharifah Aleya Bercerai Talak Satu
Banyak tool yg boleh dicari di google utk analisa SEO blog kita.
Curahan rasa denaihati @ ..Sihat Sebelum Sakit
bila la putera punyer nak mesra SEO nie,,,
Curahan rasa hatiputera @ ..LIVE Streaming EPL 3 mac 2012
buat posting artikel yang unik dan menarik. Serta jangan lupa create backlink sebnayak mungkin
Comments are closed.