Assalamualaikum dan 1Dunia, mungkin ramai Rakan Blogger tak sedar ada Geran Get Malaysia Business Online daripada SKMM yang diumumkan ketika pembentangan bajet 2013 tahun lepas. Geran khas untuk mengiktiraf usahawan online Malaysia dan secara tidak lansung meningkatkan martabat usahawan online yang majoritinya ialah Blogger. Geran ini secara tak lansung dapat mengurangkan fenomena 73% usahawan IKS Malaysia yang buta ICT. Jom kita baca cara mendapat Geran Get Malaysian Business Online dari SKMM untuk Blogger berdasarkan pengalaman Ariff Shah. Khabarnya Blogger Eizil pun dah dapat geran ni. Siapa lagi Blogger yg dah dapat??
Duit geran sebanyak RM1,000 baru dimasukkan ke dalam akaun saya petang tadi. RM1,000 tu walaupun nampak sikit, boleh tampung 3 tahun kos operasi blog.ariff. Bila kos operasi dah ditanggung, income yang masuk daripada blog adalah 100% keuntungan.
So apa dia geran daripada SKMM ni? Basically geran ni adalah untuk usahawan ‘mengonlinekan’ perniagaan mereka. Syarat-syaratnya:
- Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
- Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
- Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
- Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
- Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
- Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
Untuk memudahkan geran diluluskan, korang kena faham maksud perkataan usahawan ni. Pada fahaman saya, usahawan adalah individu yang mendapat bayaran hasil daripada jualan produk dan/atau servis mereka. Untuk blogger, sebenarnya mereka dah 50% usahawan, cuma perlu add-on beberapa ciri lagi.
Servis ni boleh datang dalam pelbagai bentuk, paling common adalah seminar dan private coaching. Pengiklanan di blog dan penulisan advertorial pun boleh dikategorikan sebagai servis, tapi yang ni agak susah untuk dibuktikan.
Jadi paling mudah, jual produk. eBook, makanan, handbag, produk kecantikan, apa sahaja. So perkara pertama yang korang kena buat adalah identify produk yang korang nak jual.
Bila dah ada produk, pegi ke SSM dan daftarkan perniagaan. Ni paling penting. Kalau takde pendaftaran SSM, geran tak boleh approve. Kos pendaftaran adalah RM30 setahun kalau nama perniagaan adalah nama sendiri dan RM60 kalau nak pilih nama canggih sikit macam Ariff Shah Dot Com.
Dah ada pendaftaran perniagaan, register domain dengan salah satu daripada berikut:
- .my
- .com.my
- .net.my
- .edu.my
- .org.my
In my case, saya ambil ariffshah.com.my.
Next step adalah buat satu website untuk promosikan barang yang dijual tadi. Ciri-ciri website adalah seperti berikut:
- Main page mestilah ada gambar dan description tentang produk yang korang jual. Pastikan ada harga dan cara nak buat tempahan
- Borang tempahan
- About page. Cerita sikit background korang. Ni just value added
Saya rasa untuk blogger memang takde masalah bab buat website ni. Lebih-lebih lagi kalau guna WordPress. Website saya siap dalam masa sejam.
Next step, isi borang di laman Get Malaysian Business Online. Rasanya borang tu straight forward. Kat bahagian akaun bank tu, boleh guna akaun personal. Tak perlu akaun semasa. Itu keistimewaan program ni sebab nak apply akaun semasa pun leceh gak.
Then dalam masa sebulan pihak SKMM akan call korang untuk interview sikit dan pengesahan maklumat. Basically dia akan tanya balik business korang macam mana, berapa lama dan sebagainya.
Kalau produk yang dijual dah ada sales, guna ayat power ni, “Saya boleh kasi statement account kalau tuan/puan nak semak”. Lepas tu boleh kata 90% dia akan approve on-the-spot dengan syarat website korang menepati spesifikasi yang saya dah terangkan atas tadi.
Kalau diluluskan on-the-spot, dia akan bagitau permohonan diluluskan dan geran akan dimasukkan ke dalam akaun dalam masa 30 hari bekerja. Kemudian dia akan buat semakan no. akaun sekali lagi dengan korang.
And that’s all. Kalau boleh, minta no. telefon pegawai yang sahkan pendaftaran korang tu. Just in case ada kelewatan, boleh check direct dengan dia. Lepas tu, tunggu geran korang masuk.
Saya recap balik langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online daripada SKMM, edisi blogger:
- Pilih produk untuk dijual
- Daftarkan perniagaan di SSM
- Beli satu domain .my
- Bina satu website jualan lengkap dengan maklumat tentang produk dan cara untuk melakukan pembelian
- Isi borang di laman GMBO
- Tunggu panggilan pengesahan daripada pihak SKMM
Program ni akan tamat 31 Disember 2013. Sempat lagi kalau korang bertindak sekarang. Not sure tahun depan mereka nak continue ataupun tidak.
Lastly, sorang hanya boleh dapat geran ni sekali sahaja. Masa isi borang permohonan kena masukkan no. kad pengenalan. Jadi tak payahlah berangan nak manipulate dan mohon 10 kali.
Semua benda naik harga sekarang, memang sampai masanya untuk korang ambil tindakan dan mulakan bisnes. Pastikan bisnes diiklankan online untuk dapat lebih ramai pelanggan.
Harap perkongsian saya dapat membantu korang memulakan bisnes sendiri.
107 Comments
Wah! bagus jugak ni. Ada sebulan setengah lagi utk usahakan bagi mendapatkan geran ini. Bagus buat mereka yang berminat. Kawe pun berminat. Cuma mahu cari produk yang sesuai lah kan? Btw, ini ialah geran kan? bukan pinjaman?
Curahan rasa arief @ ..Modern Bathroom Design 2013
Banyk kemudahan sekarang ni, Boleh cuba ni mana tahu ada rezeki kita.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..JobDiRumah – Dapat Duit Poket Melalui JobdiRumah
Rasanya ramai yang ada bisnes online sekarang cuma ramai yang mendaftar dengan SSM kan….
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – Mee Kicap Ayam LINDA ONN
menarik tu dapat geran…
Curahan rasa zool @ ..Review Majalah Niaga Edisi 26
Boleh teruskan usaha saya lepas ini untuk memulakan bisnes online….insyallah..
terima kasih atas info yang dikongsikan..
hurmm~ kalau macam bisness perkhidmatan buat kek / bakeri… boleh ker mohon benda nih?
Lagilah boleh.
saya dah apply tapu lum dapat feedback lg
Curahan rasa zifa @ ..Promosi Jam Tawaf September
Sampai masanya adalah feedback tu
Curahan rasa Ariff @ ..Geran SKMM Untuk Blogger
Nak cuba apply, tapi takde bajet lagi nak beli domain.
Curahan rasa Oh Usahawan @ ..4 Things that Make Facebook Like Campaigns Work
RM60 termasuk dengan registration and name picking kan?
Curahan rasa Joe @ ..Komisyen Ke-38 Dari Jobdirumah
Yes
Curahan rasa Ariff @ ..Geran SKMM Untuk Blogger
terima kasih banyak tuan DH…ema nak maklumkan pada suami..sebab satu dan dua dah selesai..yg lain belum lagi…
Curahan rasa ema @ ..Dokong JDT
wah.. terbaik nih.. kena huwa huwa kan.
Curahan rasa encikarman @ ..Perghhh, aku dapat hadiah weh!
wahh..bagus ni untuk peniaga online dan blogger nih.
Curahan rasa encik bakul @ ..Sudah RM2000++ duit yang saya dapat dari Jobdirumah.
emm boleh try ni, skrg ni jual tru FB and insta je, domain belum ada lagi, nak kene buat 1 lah lepas ni
Curahan rasa ajumohit @ ..Saksikan Lakonan Saya di Nuffnang Blogbuster Campaign
Wah! bagus jugak ni. Ada sebulan setengah lagi utk usahakan bagi mendapatkan geran ini. Bagus buat mereka yang berminat. Kawe pun berminat. Cuma mahu cari produk yang sesuai lah kan? Btw, ini ialah geran kan? bukan pinjaman?
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Carrie Movie Prank
Yes. Geran. Bukan pinjaman
Curahan rasa Ariff @ ..Geran SKMM Untuk Blogger
nak jual apa bende ek? boleh kasi idea? 😀
Curahan rasa Shahrul @ ..Google sedang bina Chrome OS untuk Windows 8
eBook pun boleh
Curahan rasa Ariff @ ..Geran SKMM Untuk Blogger
Comments are closed.