Calon Panas PRU13

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Malaysia semakin panas dengan persedian menuju hari pengundian Pilihan Raya Umum ke 13 pada 5/5/2013. Parti politik sudah mula mengumumkan sebahagian daripada nama calon untuk Parlimen dan DUN. Barisan Nasional selaku parti memerintah telah mengumumkan hampir 95% senarai calon untuk parlimen dan DUN berbanding Pakatan Rakyat yang masih belum mengumumkan calon untuk beberapa negeri.

Pilihan Raya Umum ke 13

Kepada yang belum mengetahui senarai calon Parlimen PRU13 untuk BN, DAP, PAS dan PKR sila klik di SINI dan untuk DUN klik SINI. Senarai ini bukanlah senarai terakhir kerana macam-macam boleh berlaku menjelang tarikh penamaan calon PRU13 pada 20/4/2013. Biasalah tu samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat ada sahaja yang tidak berpuashati dengan calon pilihan tapi kalau diganti kumpulan yang lain pulak tak puashati. Ramai juga pemimpin yang merajuk akan mencuba nasib menjadi Calon Bebas.

Daripada 122 parlimen yang akan dipertandingkan sudah pasti ada beberapa yang akan ditandingi oleh calon panas yang bakal mendapat perhatian bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara. Antara calon panas PRU13 daripada kacamata aku sebagai pemerhati politik adalah :

  1. P003 Arau – Haron Din vs Shahidan Kassim
  2. P 008 Pokok Sena – Mahfuz Omar vs Shahlan Ismail
  3. P 044 Permatang Pauh – Anwar Ibrahim vs Mazlan Ismail
  4. P 085 Pekan – Fariz Musa vs DS Najib Razak
  5. P 088 Temerloh – Nasrudin Hassan vs Saifuddin Abdullah
  6. P 108 Shah Alam – Khalid Samad vs Zulkifli Noordin
  7. P 121 Lembah Pantai – Nurul Izzah Anwar vs Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
  8. P 127 Jempol – Wan Aishah Wan Ariffin vs Md Isa Md Samad
  9. P 140 Segamat – Dr Chua Jui Meng vs S Subramaniam
  10. P 162 Gelang Patah – Lim Kit Siang vs Abdul Ghani Othman
  11. P 161 Pulai – Salahuddin Ayub vs Nur Jazlan Mohamed
  12. SENARAI PENUH CALON PARLIMEN BN, PKR, PAS DAN DAP

Ini adalah sebahagian calon panas PRU13 dan kita masih menunggu senarai calon Pakatan Rakyat terutama senarai calon PAS Kelantan dan beberapa kawasan lain yang belum diumumkan lagi.

Pendapat kita memang tak pernah sama. Ibarat melihat segelas air yang terisi separuh air pasti ada yang kata gelas tersebut separuh penuh dan yang lain akan kata gelas tersebut separuh kosong. Perbezaan pendapat memang digalakkan dalam Islam. Yang jadi masalahnya kekadang kita sahaja ingin orang dengar pendapat kita tanpa memberi pertimbangan pendapat orang lain.

Perjuangan kita untuk menjulang Islam dan Bangsa Melayu bukan sekadar untuk menjadi calon Pilihan Raya tetapi lebih besar daripada itu, pasti ramai yang tak gembiralah apabila melihat sebahagian pemimpin kecewa dan merajuk jika tidak terpilih seperti Ibrahim Ali. Ramai pemimpin terdahulu tidak pernah menjadi pemerintah tetapi namanya segar dalam ingatan sehingga sekarang.

Politik bukannya mudah banyak sepak teranjangnya tak kiralah pemimpin tersebut Tok Guru atau pemimpin biasa. Sebab tu jangan pelik apabila Tok Guru yang dihormati tetapi bila sudah masuk dalam gelanggang politik tidak akan ada kekebalan dari serangan politik. Bila dah masuk gelanggang politik kenalah pandai menari ikut rentak politik ibarat bermain bola sepak. Biasa kita tengok pemain yang ditakel tak seberapa tapi jatuh bergolek-golek untuk menarik perhatian pengadil dan penonton. Ahli politik pun apa kurangnya cuma caranya sahaja berbeza kalau tidak mana boleh jadi terkenal dan mempunyai pengikut yang ramai. Kita pengikut sahaja kekadang jadi fanatik tak menentu.

Aku akan mengundi untuk :

  • P 102 Serdang – Teo Nie Ching vs Yap Pian Hon
  • N27 Balakong – Lai Kwong Choy vs Calon DAP

Bagaimana pulak anda??

Dapatkan maklumat terbaru dan keputusan PRU13 melalui SMS. Hantarkan ON PRU E (B. Inggeris) atau ON PRU M ( B. Malaysia) ke 33966 untuk melanggan.


Spread the love

69 Comments

  1. Senarai yang menarik. Cuma kawe rasa PM dan Tan Sri Isa seharusnya menang comfortably di tempat masing-masing kecuali ada kejutan yang betul2 ‘unforeseeable’. Di tempat lain tu mmg panas dan betul2 susah nak ramal terutama di Gelang Patah. Apa-apa pun kita kena tunggu ‘nomination day’ juga sbb masih boleh berlaku pertukaran calon nanti. Yg pasti, saya yakin terdapat banyak tempat yg akan ada pertarungan 3 atau 4 penjuru. Ramai yg nak jadi calon, ramai yg kena janji jadi calon tapi tak dapat. Pasti ada yg berpatah arang berkerat rotan. Kita tunggu siapa dan di mana…
    Btw, kawe undi di Parlimen Sepanggar, DUN….. 😀
    Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Of Cats and Kittens: Feral, Stray and Pet CatsMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!