Button Google Plus terkini dari Google

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mungkin ramai blogger dah baca berita Google telah melancarkan button Google + 1 (dibunyikan Google plus one) yang fungsinya sama seperti button like Facebook. Bila kita suka dengan entri yang kita baca klik je button Google + 1. Aku dah pasang button Google + 1 di setiap hujung entri tetapi mungkin ramai yang masih tak berapa faham atau tak tahu pun apa bendanya Google + 1 tu.

Google plus

Google + 1 lebih menarik kerana setiap klik akan dipaparkan di Google SERP (Search engine results pages) dan ini bermakna entri kita akan mudah dijumpai oleh komuniti internet dan akan meningkatkan trafik organik. Pendapat peribadi aku mungkin juga boleh meningkatkan Pagerank. Jadi bagi yang kisah hendak meningkatkan trafik organik kena bertindak segera untuk memasang button Google + 1.

Cara nak pasang bagi blogger yang menggunakan platform self hosting wordpress mudah sahaja  dengan menggunakan plugin Google + 1 button. Untuk rakan blogger yang menggunakan platform blogspot boleh cuba tutorial yang telah disediakan oleh BloggerSentral. Ada 4 size button yang boleh dipilih. Bagi yang pandai godek code tu boleh dapatkan detail di blog Azmanishak atau Google + 1 (aku dah cuba tak lah susah sangat).

Jangan lupa klik button Google + 1 di setiap entri blog Denaihati!! (Kalau rajin cari balik entri yang berkualiti di blog ni dan tolong klik button Google + 1 di setiap entri tersebut.


Spread the love

95 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!