Bulan Ramadhan Yang Dinanti : Lafaz niat puasa Ramadan dan doa berbuka puasa

Spread the love

Assalammualaikum dan salam syaaban.

Lagi beberapa hari sahaja umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan bagi tahun 2020. Dan Ramadhan tahun ini mungkin berbeza suasananya berbanding tahun-tahun sebelumnya dek kerana pendamik Covid-19.

Tetapi tu tidak menghalang kita sebagai umat Islam untuk terus melakukan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain. Kerana puasa merupakan rukun Islam yang keempat dan wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam yang cukup syarat.

Tuntutan menunaikan ibadah puasa telah termaktub dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah: Ayat 183 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”. 

Umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan mulai hari Jumaat, 24 April 2020M bersamaan 1 Ramadhan 1441 Hijrah.

Sudahkah anda menyiapkan persiapan secukupnya untuk bulan Ramadhan yang akan datang? 

Masihkah anda ingat info penting tentang bulan Ramadhan?

Jom kita imbas kembali beberapa panduan berguna untuk menghadapi bulan Ramadhan yang bakal menjelang.

1. NIAT PUASA

Lafaz niat untuk berpuasa boleh dilakukan samaada setiap hari ataupun niat hanya sekali untuk berpuasa selama sebulan.

  • Niat puasa untuk setiap hari

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

  • Niat puasa untuk sebulan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

2. DOA BERBUKA PUASA

Berdoa ketika hendak berbuka puasa sangatlah penting. Doa ini menunjukkan kesyukuran kita kepada ALLAH SWT kerana kita telah berjaya menunaikan puasa pada hari tersebut.

Jadi, mari belajar doa berbuka puasa.

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين

Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin

Maksudnya: Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang

Baca : Kisah 10 hari terakhir Ramadan, pecutan untuk bekalan akhirat berkali ganda

Mudah-mudahan setiap amalan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan nanti akan diterima oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran bermaksud:

Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” 

(Surah al-Kahfi, ayat 110)

Nanti kita sambung entry perkara yang membatalkan puasa. Semoga bermanfaat. Jangan lupa share 🙂

Baca : Cara angkasawan Muslim solat dan puasa di angkasa


Spread the love

4 Comments

  1. Lagi seminggu kita umat islam nak menyambut bulan Ramadahan. Tahun 2020, segalanya telah berubah. Suasananya, 100% berbeza daripada tahun-tahun sebelum ni dengan tiada solat sunat terawih di masjid2, tiada bazar2 Ramadhan. Ada hikmah disebalik semua ni tanpa kita ketahui. Semoga kita semua menggunakan kesempatan yang allah berikan kepada kita sebaik2nya untuk terus berdoa dan mengharapkan keajaiban dari Allah, moga allah angkat semua virus covid ni dari muka bumi mu ya allah.
    Curahan rasa huda @ ..Balm Sleeptime Tasneem Bantu Anak Susah TidurMy Profile

  2. Bulan Ramadan peluang untuk kita berdoa sebanyak dan setulus mungkin untuk mengharapkan Covid-19 ini segera berakhir..

    sungguh kasihan kepada mereka yang kurang bernasib baik

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!