Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang tidak menyesal memenuhi jemputan Jutawan Hartanah, Saudara Faizul Ridzuan hadir ke Konvensyen Hartanah 2014 atau lebih dikenali sebagai Havoc Hartanah 2. Ini kali kedua beliau menjemput aku tetapi kali pertama tak dapat nak sertai kerana jadual sudah penuh dengan program lain. Tertunggu-tunggu juga jemputan dari Blogger Hartanah No 1 Malaysia, Abang Ensem tapi senyap je mungkin kerana gemuruh nak jadi penceramah. Terima kasihlah Faizul Ridzuan yang sentiasa ingat aku walaupun hanya jumpa sekali di Seminar Hartanah di PKNS Biz Points pada tahun 2013.
Tersentuh hati apabila mendengar perkongsian Saudara Wijay yang sudah bersara awal dengan bersunyi-sunyian menetap di Langkawi menikmati kehijauan alam sambil memantau pelaburan hartanahnya. Aku juga ingin menjadi seperti beliau suatu hari nanti bersara awal, fokus kepada kehidupan yang memberi manafaat kepada dunia.
Minat aku kepada pelaburan bermula apabila aku membaca buku berjudul “Jutawan dari Planet Jupiter” kira-kira 22 tahun lepas. Ketika itu aku tak pernah menyangka bahawa suatu hari aku akan bertemu dengan penulis buku tersebut yang aku gambarkan seorang Jutawan yang berjaya. Alhamdulillah kali pertama aku berjumpa dengan Azizi Ali ketika meraikan majlis rumah terbuka Aidilfitri Abang Ensem. Rupanya beliau bukan sahaja Jutawan Pelaburan tetapi juga seorang Juruterbang MAS pesawat Boeing A380. Jadi jangan jadikan pekerjaan sebagai alasan untuk kita tidak berjaya.
Havoc Hartanah 2 telah menemukan aku dengan Azizi Ali kali kedua. Betul kata beliau buku “Jutawan dari Planet Jupiter” dan “Jutawan Hartanah” adalah buku klasik yang telah mengubah minda ramai insan Melayu seperti aku. Teringat kalau 10 tahun dulu setiap kali seminar hartanah boleh dikira dengan jari peserta Melayu tetapi sekarang sudah berubah. Perjuangan Azizi Ali telah melahirkan ramai Jutawan Hartanah Melayu yang telah berdiri bersama-sama menyedarkan anak bangsa.
Untuk berjaya memang kita memerlukan guru untuk kita contohi seperti semua usahawan dan ulama terulung yang mempunyai mentor tersendiri. Kalau nak buat jalan sendiri pun boleh tapi rintangan lebih beronak berduri. Jadi kenapa nak menyusahkan diri contohi sahaja mereka yang sudah berjaya tapi syaratnya kita kena taat pada mentor, tidak boleh ikut rasa hati sendiri.
Terima kasih kepada buku Azizi Ali dan mentor-mentor yang tidak pernah lokek mengajar aku dan anak bangsa untuk menjadi insan yang lebih berjaya. Semuga aku dipilih ALLAH untuk jadi seperti mereka membantu seramai mungkin manusia lain menjadi manusia yang memberi manafaat kepada dunia. Siapa sangka dengan hanya membaca Buku dan Mentor dengan izin ALLAH telah mengubah hati aku untuk menceburi dunia berbagai pelaburan? Anda bila lagi nak berubah … jom sertai seminar begini menimba ilmu untuk melahirkan minat. Mungkin anda tidak minat kerana tidak cukup ilmu kerana apa yang anda minat belum tentu boleh ditukar menjadi duit.
948 Comments
Penulisan yang baik mampu memberi impak positif pada pembaca. Itu tandanya beliau berjaya dalam menerbitkan buku yang bermanfaat untuk semua ..
Dah beli buku-bukunya? Jika dah beli memang untunglah diri … kalau belum .. cepat dapatkan sebelum habis
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Teruja Melihat Gambar Video Review Perodua Axia
betul, jumpa je kat bookstore, terus ambil dan bayar, sebab klu tak ambil oranglain akan ambil dulu 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Pelaburan yang paling penting adalah diri sendiri dahulu. Lokasinya terletak antara dua telinga. Invest in yourself first
Hmm menarik apa yang dikomen … ada yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tak praktik dan tidak menjadi.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Teruja Melihat Gambar Video Review Perodua Axia
wah cantik cara anda sampai kan idea tu. be a good listener first 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
bekerja keras selagi muda untuk menjadi kaya itu baik sekali untuk kesejahteraan keluarga, terima kasih sudah berbagi artikel yang bagus sekali
Curahan rasa yandi @ ..Cara Mengecek Backlink
dengan visi bersara awal. klu kita kuat dengan desire kita, dan percaya kita boleh buat, pasti wang itu melekat dengan kita 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
melalui pembacaan… boleh mengubah minda untuk berjaya..syabas! InsyaAllah lepas ni ramai lagi jutawan Melayu akan lahir
Curahan rasa rokiah @ ..Saya Malas Tetapi Nak Berjaya
Yeah. Saya pun nak jadi jutawan gak la … sebelum tu kena jadi jutawan ilmu dan jutawan pengalaman dulu
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Teruja Melihat Gambar Video Review Perodua Axia
yes. jadi jutawan ilmu dulu. ramai orang berjaya suruh kita invest in ourself first 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
ramai bangsa melayu dah berjaya. azizi ali salah seorang contoh sebab dia sentiasa ‘memberi’
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Jika kita sampaikan ilmu, insyallah Allah akan tambahkan lagi ilmu dan seumpanya untuk kitaa.
betul, ada ilmu, sampaikan kepada lain supaya yang lain dapatkan sampaikan kepada yang lain pula 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Yeap. Kisah Azizi Ali boleh jadikan sumber inspirasi sesapa yang mahu berjaya dalam bidang hartanah.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Teruja Melihat Gambar Video Review Perodua Axia
tak lupa, AE pun boleh dijadikan sumber inspirasi juga. beliau ada aura yang menarik 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
betul, beliau ada sikap seorang demawan yang patut di contohi semua 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
dengan membaca kita menambah itu..disamping bimbingan mentor yang hebat..apabila dah berjaya jangan pula kita lupa siapa yang ajar kita untuk sampai ke tahap tertinggi
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Kenapa Susah Nak Faham Lelaki ?
betul, sebab klu kita lupakan mentor kita, kita akan mungkin lupa ilmu yang diajar mereka 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Memang benar tu,dengan membaca pelbagai ilmu serta informasi yang berguna boleh kita dapat .Teringin juga hadir ke seminar seperti yang bro terangkan ini,harap-harap ia dapat diadakan di zon selatan sekali pada masa akan datang.
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Wordless Wednesday #97
Betul….. betul…. betul…. bidang hartanah orang baru sedar boleh buat duit. Harga hartanah melonjal tinggi zaman sekarang ni. Kalau dulu orang beli rumah teres 2 tingkat boleh dapat dlm 150k, sekarang harga jadi 2 kali ganda. Memang sesuai jual sekarang.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..BPL Perlawanan ke-5 Aston Villa vs Arsenal
Hmmm bila la gamaknya dapat peluang hadiri seminar. Hari tu ada hadir tetapi jadi pemerhati luaran sahaja.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Teruja Melihat Gambar Video Review Perodua Axia
aik, kenapa jadi pemerhati luaran sahaja? tiket habis ke bro?
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
harus ingat, membaca itu jabatan ilmu. harap semua tak lupa itu 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Sama2 lah kita berkongsi limu untuk manfaat kita bersama ..berbagi ilmu amalan mulia
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Jom Join Laman Komuniti G+ Kelab Blogger Ben Ashaari ❤
Berkongsi ilmu itu amalan mulia. Ilmu takkan habis andai kita berkongsi ilmu dengan orang lain. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Mini MMR Giveaway
Betul. Benda yang sebenarnya milik Tuhan, dipinjamkan kepada kita, mengapa harus lokek ye tak?
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Apa Guna Ada Fanpage Jika Tak Update!
setuju. ia milik Allah, kita sebagai medium untuk transfer kapada orang lain pula 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
betul, ilmu bukan macam kertas, akan habis klu diberikan atau di kongsikan kepada orang lain 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Yeap. Lebih banyak memberi, in Sha Allah akan lebih banyak yang akan dapat.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Teruja Melihat Gambar Video Review Perodua Axia
Nak jadi insan berjaya kena banyak gali ilmu ..kena banyak belajar ..InsyaAllah berjaya satu hari nanti..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Jom Join Laman Komuniti G+ Kelab Blogger Ben Ashaari ❤
Betul2. Janganlah kita berputus asa dalam mencari ilmu pengetahuan ni. Pasti kita jugak akan berjaya dengan adanya ilmu. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Mini MMR Giveaway
Betul tu .. kena belajar sana dan sini. Belajar dari orang yang baru belajar pun boleh.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Usahawan Kecil Perlu Ada Blog
Berguru dengan usahawan yang berjaya akan dapat membimbing kita untuk menjadi berjaya sepertinya
itulah untungnya kalau berguru dgn org berpengalaman dan berjaya. kita pun akan berjaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sebenarnya duduk bersama dan berkawan bersama mereka yang berjaya pun ada kesan positif gak.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Wow 20 Ribu Follower Twitter … Opps …
be in good environment salah satu cara mudah untuk dapat kesan positif di dalam diri kita.
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Ada ilmu elok dikongsi kepada yang lain, ye dak? Bagus dengan adanya buku dan mentor ni boleh membimbing kita selok belok bisnes yang nak dilakukan
sebab tu azizi ali ni makin berjaya sebab dia kngsikan ilmu yg dia ada
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
betul, orang hebat macam ni akan semakin hebat sebab kongsi apa yang mereka ada 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
sebab itu membaca membezakan seseorang itu mempunyai ilmu ataupun tak . semakin banyak kita membaca , semakin banyak ilmu yang kita peroleh
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Program Diploma Muzik UPSI
Tepat sekali. Sebab itulah kita mesti amalkan budaya membaca ini dalam diri kita. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Mini MMR Giveaway
budi budaya budaya kita, membaca pun perlu di jadikan budaya. puji usaha BBW, mereka jual buku buku murah 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
yang penting kalau nak berjaya , perlu ada guru dan mentor sebagai pembimbing kita untuk berjaya
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Program Diploma Muzik UPSI
Setuju. Mentor dan guru sangat diperlukan untuk membimbing dan menasihati kita agar kita boleh berjaya.
Hmm siapa nak jadi mentor saya ehhh? Ramai dah boleh jadi mentor dah skang ni.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Usahawan Kecil Perlu Ada Blog
den yang rasa nak jadikan bro mentor den. mentor buat duit dengan blog 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
betul, dengan guide yang betul dari mentor yang berjaya, kita boleh berjaya, mungkin lebih berjaya dari mereka 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
ada ilmu yang kita miliki , kita berkongsi untuk membantu orang lain berjaya
tahniah AE
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Program Diploma Muzik UPSI
Betul tu. Ilmu bukan untuk disimpan, tetapi untuk dikongsi. Ilmu takkan habis kalau dikongsi, malahan akan bertambah. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Mini MMR Giveaway
rugi simpan ilmu,umpama simpan duit bawah bantal, tak berkembang pun 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
ok, sapa nak belajar pasal hartanah dengan Uncle Zuan say ‘Saya mauuuuu ‘.. Hehe 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Kadang-kadang terpikir..mcm mana diorg beli sebijik rumah? Need to learn more…untuk preparation for future… 🙂
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..Perginya Tak Akan Kembali
Kalau nak beli cash memang makan tahun la baru nak mula merasa membeli rumah pertama..tapi sekarang dah macam2 kaedah boleh dibuat contohnya melalui potongan EPF..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
nak beli cash susah. melainkan kita ada banyak duit. tapi not a good way to bayar cash untuk rumah 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
baca buku, pi seminar, dan tanya pada yang pakar. 1001 rhsia boleh terokai kalau anda tanyakan right question 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Comments are closed.