Buku dan Mentor mengubah anda menjadi kaya

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,  memang tidak menyesal memenuhi jemputan Jutawan Hartanah, Saudara Faizul Ridzuan hadir ke Konvensyen Hartanah 2014 atau lebih dikenali sebagai Havoc Hartanah 2. Ini kali kedua beliau menjemput aku tetapi kali pertama tak dapat nak sertai kerana jadual sudah penuh dengan program lain. Tertunggu-tunggu juga jemputan dari Blogger Hartanah No 1 MalaysiaAbang Ensem tapi senyap je mungkin kerana gemuruh nak jadi penceramah. Terima kasihlah Faizul Ridzuan yang sentiasa ingat aku walaupun hanya jumpa sekali di Seminar Hartanah di PKNS Biz Points pada tahun 2013.

havoc hartanah 2
Havoc Hartanah 2 mendapat sambutan sangat baik

Tersentuh hati apabila mendengar perkongsian Saudara Wijay yang sudah bersara awal dengan bersunyi-sunyian menetap di Langkawi menikmati kehijauan alam sambil memantau pelaburan hartanahnya. Aku juga ingin menjadi seperti beliau suatu hari nanti bersara awal, fokus kepada kehidupan yang memberi manafaat kepada dunia.

Minat aku kepada pelaburan bermula apabila aku membaca buku berjudul “Jutawan dari Planet Jupiter” kira-kira 22 tahun lepas. Ketika itu aku tak pernah menyangka bahawa suatu hari aku akan bertemu dengan penulis buku tersebut yang aku gambarkan seorang Jutawan yang berjaya. Alhamdulillah kali pertama aku berjumpa dengan Azizi Ali ketika meraikan majlis rumah terbuka Aidilfitri Abang Ensem. Rupanya beliau bukan sahaja Jutawan Pelaburan tetapi juga seorang Juruterbang MAS pesawat Boeing A380. Jadi jangan jadikan pekerjaan sebagai alasan untuk kita tidak berjaya.

abang ensem di havoc hartanah 2
Lelaki paling Ensem di Malaysia di pentas Havoc Hartanah 2

Havoc Hartanah 2 telah menemukan aku dengan Azizi Ali kali kedua. Betul kata beliau buku “Jutawan dari Planet Jupiter” dan “Jutawan Hartanah” adalah buku klasik yang telah mengubah minda ramai insan Melayu seperti aku. Teringat kalau 10 tahun dulu setiap kali seminar hartanah boleh dikira dengan jari peserta Melayu tetapi sekarang sudah berubah. Perjuangan Azizi Ali telah melahirkan ramai Jutawan Hartanah Melayu yang telah berdiri bersama-sama menyedarkan anak bangsa.

Untuk berjaya memang kita memerlukan guru untuk kita contohi seperti semua usahawan dan ulama terulung yang mempunyai mentor tersendiri. Kalau nak buat jalan sendiri pun boleh tapi rintangan lebih beronak berduri. Jadi kenapa nak menyusahkan diri contohi sahaja mereka yang sudah berjaya tapi syaratnya kita kena taat pada mentor, tidak boleh ikut rasa hati sendiri.

Terima kasih kepada buku Azizi Ali dan mentor-mentor yang tidak pernah lokek mengajar aku dan anak bangsa untuk menjadi insan yang lebih berjaya. Semuga aku dipilih ALLAH untuk jadi seperti mereka membantu seramai mungkin manusia lain menjadi manusia yang memberi manafaat kepada dunia. Siapa sangka dengan hanya membaca Buku dan Mentor dengan izin ALLAH telah mengubah hati aku untuk menceburi dunia berbagai pelaburan? Anda bila lagi nak berubah … jom sertai seminar begini menimba ilmu untuk melahirkan minat. Mungkin anda tidak minat kerana tidak cukup ilmu kerana apa yang anda minat belum tentu boleh ditukar menjadi duit.


Spread the love

948 Comments

  1. pada den, azizi ali tu seperti living legend kat msia ni. sebut hartanah atau financial expert je, pasti tak terlupa pasal beliau. den mula pasang niat nak jadi kaya lepas baca buku jutawan planet jupiter pada tahun lepas. kiranya baru setahun merancang cita cita anak muda.. jauh sangat lagi perjalanan 🙂
    Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Menang Hati Kawan gaya Dale CarnegieMy Profile

  2. Waalaikumsalam, wah pasti ramai dan seru sekali seminarnya memberikan rahasia mengubah Anda menjadi kaya, semua orang ingin kaya namun selalu terrhenti karena tidak punya modal, tapi jika kita memiliki niat kuat 100% pasti modal bisa dicari :), terima kasih sudah berbagi artikel yang menarik sekali
    Curahan rasa yandi @ ..Penyebab Batuk Kering GatalMy Profile

  3. alamak,kenapa saya tak tahu pun ada seminar macam ni?selalunya macam mana nak tahu jemputan2 ke seminar macam ni? nak lebih berjaya supaya dapat jadi salah seorang rakyat yang boleh menyumbang dengan lebih banyak pada keluarga ,bangsa,agama dan negara. 🙂
    Curahan rasa azrimah @ ..JENIS SETIA PUN PAYAHMy Profile

      1. bagi aku minat lebih kepada kepuasan diri sendiri..dan ianya satu pakej jika kita mampu berjaya disebabkan kerana minat kita…jika minat kita di tambah dengan ilmu memang terbaik…sebab apabila kita buat benda yang kita minat kita akan rasa seronok dan tidak mudah rasa boan..cuma apa yang perlu kita renungkan balik..adakah minat kita itu ada ruang untung buat kita berjaya…jika ada ruag untuk maju kdepan cepat-cepat lah cari sifu dan mentor untuk lebih maju lagi kedepan
        Curahan rasa blogger lelaki @ ..Kenapa Susah Nak Faham Lelaki ?My Profile

    1. setuju sangat..dalam agama kita juga menggalakkan kita untuk membaca..turunnya ayat Al-Quran yang pertama dengan surah Iqra..menunjukkan membaca itu sangat penting..membaca adalah salah satu cara yang untuk kita menimba ilmu…rasanya ilmu sudah terlalu banyak dimuatkan dalam buku untuk kita baca..antara rajin dengan malas je nak dapatkan ilmu daripada mereka yang berpengalaman
      Curahan rasa blogger lelaki @ ..Hujan Emas Hujan BatuMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!