Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 8/4/2014 genap sebulan Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014. Majlis gemilang untuk Blogger Malaysia tajaan utama Yeo’s Malaysia dan Oceanlife Marketing Sdn Bhd, Lazada Malaysia, Butik Ummi Umairah, MyNic Bhd, Al Ansar Health serta semua penaja hadiah cabutan bertuah. Tanpa semua penaja ini pasti majlis SBB2014 tidak akan menjadi kenyataan.
Setiap kali Majlis Sepetang Bersama Blogger kami sebagai penganjur memang sentiasa mencari kelainan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang berlaku di majlis yang sebelumnya. Untuk SBB2014 banyak juga harapan dan teguran yang kita terima daripada rakan-rakan untuk majlis yang akan datang.
[box type=”shadow”]Antara komen daripada rakan blogger Malaysia :
Alhamdulilah saya yang pertama kali turut teruja sangat-sangat. saya berharap majlis ini akan di adakan untuk tahun yang akan datang. moga-moga sambutan akan lebih meriah dari yang sebelumnya – Suri
Kalau ada lagi next year, sound awal2 he he.. kawe cari tiket kapal terbang yg murah sikit – Ismail N
Salam…Alhamdulillah… peluang untuk ke SBB 2014 tidak dilepaskan begitu saja. Saya amat teruja dapat hadir ke SBB 2014. Satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. Sama-sama bertukar kad nama sesama blogger lain – Kamil Salleh
Penganjuran tahun ini nampak lebih teratur, tersusun dan kemas dan yang paling best dapat habis awal – Akuzle Ayu[/box]
Kejayaan paling besar bagi aku untuk SBB2014 apabila dapat mencetak Buku Denaihati yang sudah menjadi idaman sekian lama. Buku Denaihati adalah himpunan terbaik tulisan blog Denaihati daripada beberapa katogeri dengan fokus utama kepada tips blogging.
Buku Denaihati bukan sahaja menghimpunkan koleksi entri terbaik blog Denaihati tetapi juga menghimpunakan gambar-gambar menarik rakan blogger dan paling istimewa mengumpulkan berpuluh URL blog rakan blogger. Buku Denaihati bukan buku syok sendiri tetapi buku untuk semua rakan blogger untuk dijadikan rujukan. Bayangkan kalau Buku Denaihati tersebar beribu-ribu naskah maka setiap gambar blogger dan URL BLOG yang ada di dalam buku tersebut juga akan tersebar. Inilah sedikit khidmat memberi Buku Denaihati kepada rakan blogger semuga ada manafaatnya. Kepada yang belum tengok gambar blogger dan url blog sila beli Buku Denaihati.
[box type=”shadow”]Lepas baca buku ini di beberapa muka surat, baru aku sedari yang Blog Denaihati adalah Personal blog yang lain dari lain. Memang laa pada permulaan aku rasa macam kurang bab peribadi dalam blog ini. Tapi setelah baca antara entri pilihan dalam buku ini. Nampaknya aku melakukan kesalahan besar dengan mengatakan Denaihati tak layak menang Best Personal Blog 2013 blogggr award. I’m sorry. – Fazrol.com
Anda boleh gunakan tips seperti cara membina jenama blog terkenal, Pengurusan laman blog, jadi penulis blog yang bagus dan bermacam-macam lagi. Perkara yang paling menarik perhatian Mahamahu adalah kisah dan ragam blogger sekarang. Bagaimana blogger yg baru membuat domain dan berpindah randah daripada blogspot kepada wordpress. Apa kelebihan hosting dan wordpress kepada dunia blogger di Malaysia. – Mahamahu.com
Buku ini perlu di baca sampai habis sebab banyak yang menarik paling menarik perhatian saya bagaimana denaihati mampu menjana pendapatan yang berganda melalui penulisan blog. dan yang itu saya mahu menuntut ilmu dengan denaihati sehingga saya sendiri mampu menjana pendapatan melalui penulisan saya sendiri. – Namiacinta.com
Baca lebih banyak review kawan-kawan di Review Buku Denaihati
Dalam pasaran buku bercetak memang susah nak mencari buku panduan blog mungkin Buku Denaihati akan menjadi pendahulu kepada buku-buku blog lain yang bakal dicetak. Kepada blogger yang berminat nak mencetak buku samada secara individu atau berkumpulan mungkin team Denaihati boleh membantu. Semuga lebih banyak buku panduan blog daripada berbagai niche dan buku personaliti blogger yang bakal dicetak di masa hadapan.
113 Comments
Insya Allah akan dapatkan sebuah.. =)
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Mengenal Pasti Ovulasi; Cara Mudah Untuk Hamil
dah lama saya tak berblogwalking…oh rupa-rupanya denaihati dah keluarkan buku sendiri..mesti menarik ni..
Curahan rasa MamaBard @ ..Tak Menyesal Daftar Jadi Ahli Shaklee Bila…
luar dari biasa…
Curahan rasa KelipKelip @ ..Inilah Gambar Menarik Yang Dapat Dirakam Dengan Lenovo A850
menarik ni.. buku yang menjelaskan tentang blog .. nice gan terimakasih infonya
Akan beli buku ini nanti. SBB. Hari tu ada terfikir nak join tapi.. saya ni.. huhuhu. Terlalu kerdil. =_=
Curahan rasa DYatie @ ..Wordless Wednesday : Anak Ku Di Kampung
bilalah dapat baca buku ni ehh..
Tulah tak nak pergi sangat ke SBB 2014 hari tu 8 March 2014, kalau tak dpt free satu.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Jadual Perlawanan Piala Liga Super 8,11,12 April 2014
saya suka baca isi tentang penggembaraan, pengalaman satu siri indah.rasa seperti tidak cukup puas untuk membacanya lagi.
paling terharu buku ini bukan cerita berkenaan blog admin, tapi meliputi blogger yang lain juga. terbaik untuk ulangkaji yang bermula dari bawah.
Curahan rasa suri @ ..Extrem SkyTrex, Bukit Cerakah, Shah Alam Cahayacinta Terokai
Sebuah buku yang boleh baca kat mana-mana … memang layan …
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Komen Terbaik Facebooker – Isu Tudung Fareeda
Melalui buku ini dapat membaca peengalaman sendiri Tuan Denaihati.. Dan ini kelebihan buat sesiapa yang pergi ke #SBB2014 tempohari, buku ini ada sekali.. dengan bayaran rm20 pelbagai manfaat dan faedah yang sama-sama kita dapat.. Rasa tidak sabar untuk #SBB2015 pula tahun hadapan, insya Allah dengan izin-Nya dapat sertai jika ada umur yang panjang.. Pastinya lebih ramai lagi yang ingin mendaftar lebih awal.. Tahniah atas kejayaan Team Denaihati..
Curahan rasa Irwan Alessa @ ..5 Sebab Usahawan Perlu Juga Memiliki Blog
Wow, boleh buat cetakan dengan team Denaihati pula sekarang? Best!
Curahan rasa Bella Enveeus @ ..Dirty Dancing Musical, Marina Bay Sands
Ada yang bertanya bagaimana hendak mendapatkan buku edisi khas ini. Saya pun difaham buku ini ada dijual.
Boleh beli secara online di http://kedai.denaihati.my atau beli lansung di pejabat DH.
mcm best baca buku gini..penglaman & ilmu yg luarbiasa.:-)
Curahan rasa JMR @ ..Mini GA Blog Melastik Bintang: Like daddy, Like son.
terbaek tu… denaihati memang mempunyai kualiti tersendiri
Curahan rasa zool @ ..Wordless Wednesday #Selamat Tinggal Windows XP
tahniah denai hati
Curahan rasa kucinghitam @ ..Sapa Pernah Buat Macam Ni
wah dah kuar buku dah tahniah
Comments are closed.