Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dulu Emas ini hanya untuk orang kaya sahaja sebagai perhiasan tak ramai yang tahu Emas juga adalah suatu pelaburan. Bila nampak je orang masuk pajak gadai mesti fikir orang tu sesak. Tak boleh juga nak salahkan sesiapa kerana budaya Melayu itu menunjukkan masuk pajak gadai makna nak cari duit dengan mengadai barang kemas. Tapi kini semuanya sudah berubah. Ramai sudah tahu emas adalah pelaburan yang tidak pernah ada susut nilai terus dan terus naik harganya.
Ketika entri ini ditulis harga emas pada USD1739/oz kita tengok apa yang berlaku dalam tempoh 2 – 3 tahun dari sekarang. (1 Ounce = 28.3gm)
Harga emas dijangkakan akan terus meningkat selagi ekonomi dunia tidak stabil. Katakanlah aku ada hutang RM200k pasti aku akan minta tolong jurunilai menilai rumah aku lebih tinggi daripada nilai sepatutnya supaya aku dapat pinjaman lebih tinggi apabila rumah itu dicagarkan kepada bank. Amerika dan kebanyakan negara Europa sedang menanggung hutang yang banyak pasti harga emas akan dimanipulasi tinggi supaya dapat membuat pinjaman untuk membayar hutang yang trillion dollar.
Ada yang tanya bagaimana cara terbaik nak melabur emas. Pendapat peribadi aku yang terbaik adalah buka akaun emas di bank. Sebabnya pertama tak perlu fikir tentang keselamatan nak simpan dimana. Kedua emas fizikal khasnya jongkong semakin sukar untuk dijual semula kerana harganya semakin mahal dan kalau ada syarikat yang nak beli balik akan mengambil harga yang sangat rendah. Kebanyakan pajak gadai pun dah tak terima jongkong emas. Nak simpan jongkong emas boleh tapi mesti untuk jangka masa panjang untuk cover julat beli balik yang tinggi.
15/2/12 : Analisa terbaru menyatakan harga emas boleh meningkat sehingga USD2000/oz pada pertengahan tahun 2012 – Sumber TheStar Online.
182 Comments
harga emas akan terus meningkat
Curahan rasa obat herbal xamthone plus @ ..Obat jantung koroner
tp jgn lupa..zakat emas pon wajib juga.. 🙂
Curahan rasa Jebeng Otai @ ..Page Speed
sy lebih suke brg kemas silver berbanding gold 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Malaysia Top Blogger
kebanyakan yang cinta sama emas tu wanita, kalau pria, yaaa….mungkin sama saja… hehhe
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
kalau pria sukanya emas batangan…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prinsip Tellu Cappa dalam Tradisi dan Budaya Bugis-Makassar
ohh.. cmtu, buka akaun kat bank rupanya..
ingat simpan jongkong emas tu buat koleksi..
Curahan rasa zhazmi @ ..Cik Bunny Buat Giveaway LAGI, Join Sekarang!
Ada juga perancangan melabur emas ni,banyak nak kena belajar
Curahan rasa wazy @ ..Dapatkan ALFA Long-Range Wireless USB Dari ALFA Network (Malaysia)
Silverpun ok. Cuma naik dan turunnye lebih ‘tajam’ berbanding emas.
Lagipun, kalau ade rm50, dah boleh beli silver seketul dua =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Wordless Wednesday #9 Halal & Suci
OOOOO…. macam tu yer. Kena study n banyak tanya orang pasal pelaburan silver nih
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Wordless Wednesday #9
Nampaknye, harga emas akan terus melonjak naik. Mmg sesuai kalau ada budget.
Ramai yg takut utk beli emas, takut rugilah, takde tmpat nak juallah…
Curahan rasa hafizmd @ ..Wordless Wednesday #9 Halal & Suci
Murah juga tuh. RM25 setahun
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Wordless Wednesday #9
kita tidak pernah terlambat untuk membeli/melabur emas kerana secara relatif nya kita akan meraih keuntungan sesuai dengan jumlah modal yang kita laburkan.
Curahan rasa dinar @ ..Mengapa beli emas?
istri sudah lama menyarankan invest emas, tapi saya masih pikir-pikir, karena belum mengerti invest emas…
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
kenapa tidak mencuba Bro…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prinsip Tellu Cappa dalam Tradisi dan Budaya Bugis-Makassar
Kalau di Indonesia, kira2 yang bagus dimana yang bang..?
Curahan rasa Dadan @ ..Keutamaan Hari Jum’at
Banyak Bank Syariah yang menawarkan sistem ini Kang…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Say No To Valentine’s Day
Assalamu’alaikum…emas sekarang naik terus, tak terbeli oleh saya..
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
ada pernah terfikir gak nak melabur dalam emas ni..tp ilmu masih belum cukup..tak berani lagi
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Makan Kebab Kat Auckland
ambil yg selamat..melabur melalui akaun bank..huhu..dijamin dan selamat 🙂
Curahan rasa Jebeng Otai @ ..Page Speed
Saya pelajar. Teringin sangat-sangat nak buat pelaburan emas. Tapi income tak ada. Itu sangat menghalang saya. Sudahlah elaun + duit poket family + duit nuffnang = Memang tak cukup. Hujung bulan je dah kering. Nak bayar duit itu dan ini. xsigment bagai. Ada tak cara bagi seorang student nak buat pelaburan ni? Mungkin simpan dalam sebulan rm50 ke?
Curahan rasa ProfHariz @ ..Biodata Tasha Manshahar
semakin lama semakin mahal harge emas..thanks share info ni
Curahan rasa Adib @ ..Tips Blogger: Tempat Ping Blog
Comments are closed.