Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, seronok baca komen entri penulis jemputan “Iklan di blog : Nak guna N ke tak?“. Entri ini telah berjaya menarik ramai silent reader untuk mengupas isu dan memberi pandangan secara ikhlas. Komen yang berkualiti boleh menjadi inspirasi untuk entri blog kepada yang berminat seperti Zulseffort dan mungkin ada yang lain tapi tak termasuk dalam radar.
Banyak isu yang dibincangkan antaranya isu tak pandai menulis blog mengikut teknik SEO yang betul. Bukan berat sangat sebenarnya nak menulis mengikut cara yang betul cuma kekadang kita tak ada masa nak mencari ilmu. Aku pernah berkongsi entri teknik menulis blog cara aku di entri “Ajarkan aku menulis“. Kak Jie juga pernah berkongsi entri bertajuk “Cara Mendapat Pembaca Setia Blog” dan En. Titan juga menulis dalam entri bertajuk “Cara Mengatasi Masalah Update Blog“. Semua ada cara menulis tersendiri tetapi asas penulisan hampir sama untuk menjadikan sesebuah blog mesra Google dan mesra pembaca setia.
Isu yang lebih berat dalam komen-komen tersebut terutama kepada Blogger baru berpendapat Pendapatan Blog hanya daripada IKLAN sahaja sehingga ada yang kecewa apabila tidak mendapat duit yang banyak daripada iklan N. Persepsi ini mesti dibetulkan dan pasti lebih daripada 200 Blogger yang telah menghadiri seminar buat duit dengan blog (SBDdB) telah mengetahui ada banyak cara untuk buat duit dengan blog.
Mungkin komen daripada Irsah boleh dijadikan inspirasi kepada kita semua :
[box type=”shadow”]
Dipetik “Kalau anda masih terikat dengan N, anda takkan dapat peluang dengan syarikat yang lain sebab N ni memang agak territorial dan company lain tak suka cari pasal. Mereka cari blogger yang tak paparkan iklan daripada syarikat N…..” Jika di ikutkan mana2 sykt pun akan teritorial, berkemungkinan terhad eksklusitiviti mereka ketika mengikat kontrak/projek dengan bakal advertisers demi menjaga kepentingan masing2..
Bagi kami adalah sebaliknya.dalam isu ini. Pasang atau tidak jenama “N” tetap menerima imbuhan yg sama. Projek reviews dan adverts tetap diterima dari jenama “N”, syarikat mahupun individu dari berbagai arah. Kenapa? Diterangkan/bermula pada POIN #2 oleh saudara Ariff. Cuma mungkin cara kami membuat advert atau penulisan yg tidak terlalu spesifik terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan yg membolehkan kami menarik berbagai projek ulasan reviews yg berkenaan niche kami.
Berfikir di luar kotak, kaji pesaing/sahabat blogger anda, hala tuju amat penting seperti disarankan. Setiap post dipublish samada berbentuk personal mestilah ada kaitan dengan niche anda juga. Ini menambahkan seri blog anda kelak serta memikat pembaca/advertisers serta sentiasa kekal relevan dan kompetitif.
Namun langkah2 awal memulakan arena blog-ing haruslah diterapkan dahulu, seperti dikongsikan A-Z di Denaihati (samada oleh penulis jemputan mahupun admin sendiri) kerana ia adalah asas, “seperti mendirikan rumah seharusnya bermula dengan tiang yg kukuh….”[/box]
Blog telah terbukti boleh menjana pendapatan lumayan kerana sudah ramai yang berjaya menjadikan Blogger sebagai kerjaya profesioal terutama di luar negara. Blogger mesti berfikir di luar kotak untuk bersaing dengan ratusan ribu Blogger yang lain. Blog itu sendiri mesti kukukh dan kuat jenamanya. Nasihat dari Top Blogger ini kena ikut :
[box type=”shadow”]
Encik Titan : Baik, K,I atau N atau G, atau GA, atau B, C, J sekalipun, hangpa semua kena buat kerja. Pemalas, memang tak dapat apa-apa.[/box]
Ingat nak buat duit dengan blog bukan hanya IKLAN sahaja tapi ada banyak cara lagi seperti buat duit dengan affiliate dan semua itu perlukan ilmu. Jangan malas nak cari ilmu dan jangan lokek nak keluar sedikit modal untuk pulangan berganda. Ada masa terluang selongkar blog kawan-kawan yang dah berjaya baca entri-entri lama tips untuk berjaya yang pernah mereka kongsikan.
Kongsikan cara anda buat duit dengan blog selain daripada iklan.
111 Comments
berharap dari traffic… 🙂
Curahan rasa hybrid car @ ..Budget Car Rental in Melbourne
terbaik, letak iklan ( lokasi dan size mesti kena ), sambil2 tunggu akaun naik setaip hari, cuba tarik dapatkan review produk plak. Jangan lupa affiliatte skali. Buat survey pun bulih duit gak geng.
Curahan rasa encikarman @ ..Pendapatan adsense Julai 13
kita kena rajin 🙂 semua blogger berjaya… semua rajin2…
Curahan rasa nizam ijam @ ..IFTAR – Bersama Samsung Di Paparich Bangsar
perkongsian yang baik seterusnya menambah ilmu saya berkenaan blogging ni… terima kasih
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..5 CARA HEBAT MEMBUKA SESEBUAH PERSEMBAHAN
Salam.
Insya Allah kerja kuat dan rajin belajar dari mentor hebak-hebak.
Tunjuk ajarku sipu!
memang banyak cara buat duit dengan blog selain iklan. Paling best bagi Sya affiliate dan jual produk fizikal / digital. 🙂
Curahan rasa Sya Isya @ ..KOLEKSI RAYA 2013 BAJU MELAYU KANAK-KANAK LELAKI
haha..komen en titan macam tu je lah..suruh rajin dan buat kerja selalu….hahahaha..
Curahan rasa Hafizul @ ..Hina Sangat Ke Lalat Dalam Kehidupan Seharian?
Semuanya membutuhkan ilmu dan kerja keras termasuk dalam hal mendapatkan uan dari blog juga
Curahan rasa safiyhati @ ..Malam Lailatul Qadar
Eh..
Rasa macam dah komen je kat entri ni semalam..
hehe
Curahan rasa Fakarepain @ ..DAPATKAN SONY XPERIA Z ULTRA DENGAN HARGA RM2299
selain daripada iklan, ada banyak cara lain utk jana pendapatan… kena rajin selongkar lah 😀
Curahan rasa azrijohan @ ..Blog Denaihati Semakin Hensem & Maskulin
ilmunya sangat bermanfaat sekali teman….terimakasih.
Curahan rasa denny blogspot @ ..Strategi jitu untuk meningkatkan kepuasan konsumen
Alhamdulillah affliate juga bisa menambah pendapatan untuk tambahan uang belanja istri di dapur juga
Curahan rasa Ferry @ ..Gangguan Kesehatan Jiwa
Best2!
Setakat ni mampu dapat dari affiliate sahaja. Macam Titan cakap, buat kerja =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Dengarlah Rintihan Si Berongga
yap. buat kerja.
kerja. kerja. gi kerja..
Curahan rasa titan @ ..TIGA Sebab kenapa aku jarang pergi event?
kalau nak berjaya jangan malu bertanya betul tak
Curahan rasa hafiz @ ..Komisyen ke 3 Jobdirumah
Buat Duit dengan Blog memang kena FOKUS 100%.
Mula-mula memang payah.
Tapi bila dah start mahsyuk….
Tak berhenti income masuk.
Ngee 😀
Curahan rasa hafidz @ ..Dugaan Ramadhan 1434 Hijrah
Petua gak ni. Bila dah dapat ‘pace’ dia….senanglah nak buat…gitu kan bro?
Curahan rasa hafizmd @ ..Dengarlah Rintihan Si Berongga
Comments are closed.