Bro Jejai Al Fatihah Damai Mu Di Sana

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terkedu tak dapat menahan sebak di dada menerima berita.

“@profhariz: Jejai dah pergi ? @denaihati @sweetkurma @anarmnet”

@denaihati: Comfirm ke? “@niknormasitah: @denaihati berita dari kak redmummy bro”

“@niknormasitah: @denaihati berita dari kak redmummy bro”

Terus mencari informasi di Twitter Kak Redmummy.

“@redmummydotcom: Jejai telah meninggalkan kita, pulang ke Rahmatullah jam 3pm tadi. Jenazah berada di rumah parents kak maz dan akan dikebumikan esok hari”

Tak Terkata : Al Fatihah buat sahabat ku semuga damai mu di sana. Itulah sedikit yang termampu kami membantu.

Bro Jejai

Untuk menziarahi sahabat kita kali terakhir :

“@redmummydotcom: Alamat rumah parents Kak Maz, mertua Allahyarham Jejai yg telah pergi: No 36, Jalan 4 Taman Sri 12 Kapar, Klang (Rumah Haji Othman).”

Alhamdulillah aku bersama Broframestone dan Isteri, Ariffshah, Mohd Aslam, Mia Namia, Ladfe Amir Zakaria, Fazrol Amer, Hilal Azmi, Eyriqazz, Abang Khai, Melastik Bintang dan Anak Kakinakl (maaf terlupa nama) sampai di rumah Tuan Hj Othman kira-kira jam 10.30 pm. Sebelum itu Zarulumbrella menziarahi Arwah Azhar Bin Ramli (Jejai) dan sudah pulang sebelum kami sampai. Tunggu juga berita dari Shakkido.

Blogger Jejai

Seperti kata bapa mertua Arwah melihat wajah Arwah terbaring dengan wajah tenang merasa sejuk hati walaupun sebak yang hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu. Arwah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 3.15pm sebaik keluarga mertuanya pulang dari Muar … sungguh hebat ketentuan ALLAH SWT. Jenazah Arwah akan disemadikan pada jam 11.00 am, 13/2/13. Kepada Rakan Blogger yang ingin menziarahi sila berbuat demikian sebelum jam 11.00 am.

Blogger Jejai

PESANAN DARI KELUARGA ARWAH AZHAR BIN RAMLI :

SEANDAINYA SEMASA HIDUP ARWAH ADA TERSALAH KATA TERSALAH BAHASA TERKASAR PERBUATAN MOHON AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG KAKI HINGGA KE HUJUNG RAMBUT. SEANDAINYA ARWAH ADA BERHUTANG MOHON DIHALALKAN TETAPI SEKIRANYA ADA TUNTUTAN SILA TUNTUT DARIPADA WARIS ARWAH. (mohon sebarkan kepada semua Rakan Blogger dan Facebook)

Takziah kepada Isteri Arwah, Pn Mazliana Othman dan 4 orang anak Arwah dan keluarga Allahyarham Bro Jejai semuga tabah menghadapi ujian.

Kepada yang sudi untuk menghulur bantuan silakan : Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (Mazliana Othman )

Inilah akhirnya hidup kita walaupun setinggi mana EGO kita memperjuangkan kehidupan dunia yang hanya beberapa saat di sisi waktu akhirat. Semuga kita sentiasa bersedia untuk menjadi tetamu ALLAH untuk selamanya.

Video Kenangan


Spread the love

157 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!