Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terkedu tak dapat menahan sebak di dada menerima berita.
“@profhariz: Jejai dah pergi ? @denaihati @sweetkurma @anarmnet”
@denaihati: Comfirm ke? “@niknormasitah: @denaihati berita dari kak redmummy bro”
“@niknormasitah: @denaihati berita dari kak redmummy bro”
Terus mencari informasi di Twitter Kak Redmummy.
“@redmummydotcom: Jejai telah meninggalkan kita, pulang ke Rahmatullah jam 3pm tadi. Jenazah berada di rumah parents kak maz dan akan dikebumikan esok hari”
Tak Terkata : Al Fatihah buat sahabat ku semuga damai mu di sana. Itulah sedikit yang termampu kami membantu.
Untuk menziarahi sahabat kita kali terakhir :
“@redmummydotcom: Alamat rumah parents Kak Maz, mertua Allahyarham Jejai yg telah pergi: No 36, Jalan 4 Taman Sri 12 Kapar, Klang (Rumah Haji Othman).”
Alhamdulillah aku bersama Broframestone dan Isteri, Ariffshah, Mohd Aslam, Mia Namia, Ladfe Amir Zakaria, Fazrol Amer, Hilal Azmi, Eyriqazz, Abang Khai, Melastik Bintang dan Anak Kakinakl (maaf terlupa nama) sampai di rumah Tuan Hj Othman kira-kira jam 10.30 pm. Sebelum itu Zarulumbrella menziarahi Arwah Azhar Bin Ramli (Jejai) dan sudah pulang sebelum kami sampai. Tunggu juga berita dari Shakkido.
Seperti kata bapa mertua Arwah melihat wajah Arwah terbaring dengan wajah tenang merasa sejuk hati walaupun sebak yang hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu. Arwah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 3.15pm sebaik keluarga mertuanya pulang dari Muar … sungguh hebat ketentuan ALLAH SWT. Jenazah Arwah akan disemadikan pada jam 11.00 am, 13/2/13. Kepada Rakan Blogger yang ingin menziarahi sila berbuat demikian sebelum jam 11.00 am.
PESANAN DARI KELUARGA ARWAH AZHAR BIN RAMLI :
SEANDAINYA SEMASA HIDUP ARWAH ADA TERSALAH KATA TERSALAH BAHASA TERKASAR PERBUATAN MOHON AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG KAKI HINGGA KE HUJUNG RAMBUT. SEANDAINYA ARWAH ADA BERHUTANG MOHON DIHALALKAN TETAPI SEKIRANYA ADA TUNTUTAN SILA TUNTUT DARIPADA WARIS ARWAH. (mohon sebarkan kepada semua Rakan Blogger dan Facebook)
Takziah kepada Isteri Arwah, Pn Mazliana Othman dan 4 orang anak Arwah dan keluarga Allahyarham Bro Jejai semuga tabah menghadapi ujian.
Kepada yang sudi untuk menghulur bantuan silakan : Maybank Acc Acc No : 164089741562 (Mazliana Othman )
Inilah akhirnya hidup kita walaupun setinggi mana EGO kita memperjuangkan kehidupan dunia yang hanya beberapa saat di sisi waktu akhirat. Semuga kita sentiasa bersedia untuk menjadi tetamu ALLAH untuk selamanya.
Video Kenangan
157 Comments
semoga rohnya tenang di sana… sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah…
Curahan rasa boni kacak @ ..Masa Kecil Dulu – Penyamun Inc.
semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin
Curahan rasa sha @ ..Tiada lagi #SaveJejai
Alhamdulillah.. cukup mudah pengebumiannya tadi.. segalanya dipermudahkan Allah..
Curahan rasa KiD @ ..Sadness Wednesday | Salam Terakhir Jejai
al-fatihah…..dari tanah pulang ke tanah..takziah buat keluarga beliau..
Curahan rasa weschairs @ ..Asteroid mendekati bumi pada jarak paling hampir 15 februari 2013
al fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman..
Curahan rasa topo @ ..Sam: Kucing Comel yang Ada Kening
Al-Fatihah buat Allahyarham Jejai. Semoga beliau tenang disana serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga keluarga beliau juga tabah menghadapi dugaan Allah S.W.T.
Curahan rasa Dr Fuh @ ..Ibu Catriona Ross Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Jalan Raya
Al-fatihah….perginya takkan kembali,tapi inshaallah..dia ditempatkan disisi org beriman…doa untuk arwah.
Curahan rasa ecadwinkyasha @ ..Tribal Peplum,Dress,Tops & Skirt yang AWESOME dari EA DressBaju
takziah kepada keluarga arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat
Curahan rasa hairulafiz @ ..Wordless Wednesday #16 : Suka dan takut
sebaknya bila seorang rakan blogger yang kenal rapat akhirnya meninggalkan dunia yang fana ini..al fatihah..semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.
Curahan rasa kak ina kl @ ..Tempat Menarik Di Kuala Terengganu
al fatihah … tahu pagi tadi ,,semoga arwah di tempat orang yang beriman ;”(
Curahan rasa Aku Penghibur @ ..Wordless Wednesday # 3 : Dapatkan Segera iPhone Mampu Milik
Semoga diberikan kebaikan…alfatihah…
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Perubahan Dalam Masa Kehamilan
Untuk keluarga almarhumah semoga diberikan kesabaran juga
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Perubahan Dalam Masa Kehamilan
al-fatihah utk arwah…semoga ditempatkan dlm kalangan hambaNYA yg dirahmati dan diredhai jua…ameen
p.s. al-fatihah
Curahan rasa hafizmd @ ..Jom Memberi!
Kepada ahli keluarga saudara Jejai harap tabah dan bersabar,sentiasa doakan dan hadiahkan bacaan Al- Quran..teringat diri sendiri yg sudah mengalami saat pemergian suami 3 tahun yg lalu
al-fatihah…salam takziah untuk kak maz. semoga tabah hendaknya.
Curahan rasa fyna @ ..GAMBAR ANAK KEDUA SHEIKH MUSZAPHAR & DR. HALINA MOHD YUNOS : SOPHEA NATASHA
Comments are closed.