Assalamualaikum dan salam 1Dunia, rabu lepas team Denaihati ke Zoo Negara hadiri jemputan media Nat Geo Wild, Fox International Channels dan Astro Present Dangerous Encounters with Brady Barr. Brady Barr merupakan pakar reptilia terkenal National Geographic dan juga host bagi siri popular Dangerous Encounters di Nat Geo Wild (Astro Ch 550). Dr. Brady Barr berada di Malaysia dalam mencari pengembaraan dan meneroka hidupan liar reptilia yang terdapat di Malaysia. Lawatan beliau mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan (MOE), Akademi Sains Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia.
Lawatan Dr. Brady Bar ini serentak dengan promosi tayangan perdana siri terbaru Dangerous Encounters musim ke-7. Rancangan Most Dangerous Encounters & Dangerous Encounters akan dimulakan dengan tayangan selama 2 jam secara eksklusif di National Geographic Channel (Astro Ch 553) dan Nat Geo Wild (Astro Ch 550) pada 27 Jun jam 8:00 malam. Kemudian episod baru Dangerous Encounters akan disiarkan setiap hari Rabu jam 8:00 malam di Nat Geo Wild.
Sebagai pakar reptilia, Brady Barr yang telah menjelajah lima benua dan lebih 70 buah negara telah menjadikan misi hidupnya untuk mengkaji dan melindungi beberapa haiwan yang paling bahaya dan terancam di dunia khususnya buaya dan aligator.
Ketika bertemu di Zoo Negara baru-baru ni dapat lihat perwatakan, gaya dan personaliti Brady Barr yang menarik dan sangat peramah ditambah dengan pengetahuan saintifik yang luas membolehkan beliau membawa binatang yang paling menarik di planet ini terus ke hati masyarakat. Seramai 120 orang pelajar hadir di Zoo Negara semasa acara dengan Brady dan mereka sangat kagum kerana beliau telah menunjukkan bagaimana untuk mengendalikan ular tanpa menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan kepada haiwan tersebut.
Kemudian beliau masuk ke kandang buaya untuk tunjukkan demonstrasi menangkap buaya betina yang mengawal sarangnya dan telah memukau pandangan semua orang dengan aksi beliau. Beliau juga merupakan satu-satunya orang dalam sejarah yang telah menangkap dan mengkaji semua 23 spesies buaya yang terdapat di dunia dan ada di antaranya diancam kepupusan kerana sikap rakus manusia.
Tips Untuk Elak Serangan Ular dari Brady Barr
(1) Jangan cuba menyentuh atau menangkap ular kerana hanya mereka yang pakar sahaja dapat menentukan sama ada ular itu berbisa atau tidak.
(2) Jika terjumpa ular, jauhkan diri anda. Ular tidak akan mengejar anda kerana mereka tidak agresif.
(3) Anda akan digigit jika anda melangkah ular atau cuba untuk mengambilnya.
(4) Pastikan sekitar rumah bebas dari sampah sarap dan semak samun kerana ia akan menarik perhatian tikus dan secara tak langsung akan menarik perhatian ular.
Tips Untuk Elak Serangan Buaya dari Brady Barr
(1) Jangan memancing ketika menyeberangi sungai dan bawa ikan hasil tangkapan bersama-sama.
(2) Jangan biarkan anak-anak atau haiwan peliharaan bermain di tepi air terutamanya pada waktu senja.
(3) Jangan sesekali mendekati buaya. Jika anda ternampak atau terserempak, kekalkan jarak anda dan cuba elakkan diri dengan perlahan-lahan.
(4) Jangan sesekali memberi makan kepada buaya! Ini adalah sangat berbahaya kerana mereka menjadi aggresif bila membabitkan makanan.
Nat Geo Wild yang dihoskan oleh Brady Barr merupakan saluran info dan hiburan No.1 di Malaysia yang berdasarkan fakta, mencapai 3 juta pelanggan TV Astro dan lebih 18 juta penonton di seluruh negara. Kejayaan Nat Geo Wild adalah disebabkan tujuan saluran itu untuk mendidik para penonton mengenai semua makhluk dan peranannya yang unik dan tempatnya dalam ekosistem. Saluran ini juga menyokong dan menggalakkan pemuliharaan hidupan liar.
Jangan lupa menonton rancangan Most Dangerous Encounters & Dangerous Encounters, season 7 yang ditayangkan selama 2 jam di National Geographic Channel (Astro Ch 553) dan Nat Geo Wild (Astro Ch 550) pada 27 Jun jam 8:00 malam. Episod baru akan disiarkan setiap hari Rabu jam 8:00 malam di Nat Geo Wild. Rancangan Dangerous Encounters musim ke-7 ini boleh didapati dalam empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
169 Comments
Kalau melihat tayangan di TV, ular dan buaya seperti mainan saja ditangan Brady Barr…
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Semifinal Euro 2012 : Jerman vs Italia
sepertinya hilang sudah kebuasan buaya dan ular bila berhadapan dengan Brady Barr
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Semifinal Euro 2012 : Jerman vs Italia
betul tu…mereka pegang pun macam permainan jer…
Curahan rasa Nana @ ..Dibunuh Angkara Tolak Lamaran
Phobia dgn ular, tengok pun dah ngeri. Tapi buaya, tengok pun tak pe.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Tok Aman Bali Beach Resort | Percutian Hari Bapa
kalau saya phobia dengan ular dan buaya
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Semifinal Euro 2012 : Jerman vs Italia
ular….eeee, nak sentuh pun geli rasanyer…
Curahan rasa Nana @ ..Dibunuh Angkara Tolak Lamaran
membutuhkan keberanian dan ketrampilan tersendiri menghadapi reptilia buaya yang ganas itu
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Orang Mengantuk
Bila terlatih dan juga mempunyai pengalaman tentunya hal ini bagi Brady Barr hanya biasa saja
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Orang Mengantuk
Padahal bagi orang kebanyakan hal tersebut tentunya akan menakutkan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Orang Mengantuk
membutuhkan ilmu pengenalan akan reptilia yang baik dan juga pengalaman yang tidak sedikit
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Orang Mengantuk
Di Indonesia walaupuin tidak setenar Brady Barr tetapi ada Panji yang kerap bermain dengan ular dan juga buaya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Orang Mengantuk
macam mana la nak jadi berani cam dia ye?
Curahan rasa g4m3m4l4y4 @ ..Assassin Creed ke Pelantar Smartphone?
hehehehe….berkawan ler ngan buaya dulu, baru tahu macam ner…
Curahan rasa Nana @ ..Dibunuh Angkara Tolak Lamaran
Wah…serem juga ini nonton videonya, keberanian yang patut untuk di acungkan jempol
Curahan rasa Mas Gie @ ..Creating History Together With ArenaBetting Piala Eropa 2012
Orang2 seperti ini memang mempunyai keberanian lebih untuk menaklukan binatang reptil yang berbahaya.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Creating History Together With ArenaBetting Piala Eropa 2012
Wow serunya nonton langsung acara seperti ini
Curahan rasa smp3lembang @ ..Preview Semifinal Portugal Vs Spanyol
Seru juga sekaligus menengangkan bang…keberaniaanya memang luar biasa
Curahan rasa Mas Gie @ ..Creating History Together With ArenaBetting Piala Eropa 2012
tengok trailer tu mcm menarik je, siap menyamar jadi buaya dgn badak sumbu huhu
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..MasterChef Selebriti Episod 20 – Jehan Miskin Tersingkir
huh banyak lagi benda lain boleh buat main… 🙂
😀 betul2x..masih banyak yang bisa dimainkan selain biantang2 berbahaya ne
Curahan rasa Mas Gie @ ..Creating History Together With ArenaBetting Piala Eropa 2012
wahh hebatnya dia, mmg seronok rancangan2 mcm ni
Curahan rasa Dunia Maklumat @ ..Keputusan Rasmi Pilihanraya Presiden Mesir
Beliau diantara hos yang saya minati selepas mendiang Steve Irwin.
Curahan rasa akubiomed @ ..Seminar Jom Kurus bersama Kevin Zahri
tak ada siapa yang dapat menandingi steve irwin…dia meninggal dunia pun kerana hobinya sendiri…
Curahan rasa Nana @ ..Dibunuh Angkara Tolak Lamaran
geli sikit sebenarnya bila tengok ular atau buaya.. tengok dalam tv pon meremang bulu tengkuk.. apa lagi kalo tengok live!
Curahan rasa fathiah jasni @ ..Masalah pendengaran telinga bertambah baik
saya baru tahu yang nama nya DR.Brady Bar. pa yang di lakukannya sungguh menentang ardenalin baget karena berurusan sama yang namanya buaya, binata yang sangat buas .
Curahan rasa sepriyanto @ ..keretaminiku.com produsen kereta mini mainan di indonesia
Sebelum ni kalo bab buaya cuma nama Steve Irwin je biasa kita dengar kat Nat Geo tu..
saluran Nat Geo memang sesuai untuk pembelajaran kanak kanak..anak sy yang 3 tahun tu pun sy biasakan menonton Nat Geo terutama bila rancangan tentang flora fauna..memang penat melayan setiap soalan yang ditanyakan tapi bila pegi jalan2 kat taman2, dia dah tau nak sebut haiwan dan tumbuhan yang dia tengok..
Curahan rasa pipoq @ ..Dewasa melalui pengalaman
walaupun bahaya, sanggup berkorban utk jalankan kajian..
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Eyriqazz vs Denaihati : Tema SEO Thesis
suami saya kenal sangat dengan DR BB ni ..
Curahan rasa puanbee @ ..Minta Tolong
kenal sangat tu, kenal macam mane, kak? hehe
Curahan rasa fathiah jasni @ ..Masalah pendengaran telinga bertambah baik
Aku juga kenal dia Mbak PB, cuman dia aja yang nggak kenal saya. wkwkwkwk
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Semifinal Euro 2012 di dominasi Oleh Bintang Real Madrid
kirain Brady Barr kenal sama Bang Iwan, kalau kenal saya mau titip salam…hehehehe
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Semifinal Euro 2012 : Jerman vs Italia
hehehe….betul tu bang iwan. kita semua kenal dia cuma dia saja yang tak kenal kita…hehehe…
Curahan rasa Nana @ ..Dibunuh Angkara Tolak Lamaran
Comments are closed.