Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri bounce rate tak sangka telah menjadi trend minggu ini dan banyak blog lain juga berkongsi ilmu yang sama …the more the merrier. Alhamdulillah ramai blogger yang semakin faham apa itu bounce rate dan ada juga yang baru pertama kali dengar. Aku nak berkongsi komen dari GreenLava (blog beliau Blogger Sentral memang hebat) tentang bounce rate dari sudut pemikiran yang lain :
Haa bounce rate…
Untuk memahami relevancy bounce rate dengan kualiti blog kita, kita hanya perlu (betul-betul) memahami definisi bounce rate itu sendiri – “Bounce rate is the percentage of single-page visits or visits in which the person left your site from the entrance (landing) page.” (yang “Use this metric to measure…” hanyalah cadangan GA (google analytics), bukannya definisi. Ianya lebih ditujukan kepada website, bukan blog).
Saya beri satu senario:
10 minit lepas saya datang direct ke post ini melalui link di Kujie.com. Selepas saya tinggalkan komen, kemungkinan besar saya tak akan ke page yang lain sebab kebanyakannya saya dah baca. Saya akan close tab Denaihati pada browser saya. Saya rasa Denaihati suka pelawat macam saya (perasan) sebab saya datang, baca dan tinggalkan komen (panjang pulak tu). Okay, berbalik kepada bounce rate.
Bila saya close tab nanti, apa kata Google Analytics? Malangnya by definition lawatan saya ini dikira BOUNCE! Itulah kelemahan GA, kalau pelawat stay pada satu-satu page/post ia dikira bounce. Sedangkan inilah yang dilakukan oleh pembaca setia kita, yang subscribe, follow. Mereka datang ke blog kita setiap kali kita publish post baru direct ke post terbaru tersebut. Bila habis baca (dan komen), mereka beredar begitu saja sebab post-post yang lain mereka dah baca semuanya. Dan lawatan mereka semuanya dikira BOUNCE.
Avinash Kaushik sendiri di dalam post yang sama dengan penerangan 30%-60% di atas, mengecualikan blog dari rule tersebut (dia mention asalkan kurang dari 98% kira okay). Kalau kita fikir betul-betul, memang bounce rate tak sesuai untuk mengukur kualiti blog. Setiap post adalah destinasi, bukan transit macam landing page pada website.
Walau bagaimanapun saya masih setuju bounce rate lebih rendah adalah lebih baik, cuma benchmarking rate tu kena ubah. Berdasarkan pemerhatian saya bounce rate untuk sesebuah blog adalah sekitar 70%.
Terdapat satu web analytics yang berbeza daripada yang lain dari segi pengiraan bounce rate – Getclicky. Cara pengiraannya saya rasa lebih sepadan dengan tanggapan kita, bahawa pelawat bounce kerana mereka tak suka blog kita. Getclicky mengkelaskan bounce berdasarkan masa lawatan. Kalau kita lawati hanya satu page dan stay kurang 10 saat, itu dikira bounce. Kalau stay lebih 10 saat ia dah dikira tak bounce. Jadi asalkan saja pelawat singgah di blog kita melebihi 10 saat, ia dah tak bounce, tak kesah berapa page yang pelawat masuk.
(Saya ada terbaca somewhere bahawa pelawat hanya mengambil masa lebih kurang 5 saat untuk memutuskan samada nak stay atau nak blah (bounce), jadi pelawat yang melepasi 10 saat tu sememangnya yang nak stay, nak baca post kita.) Saya cadangkan pasang kedua-dua analytics dan tengok perbezaannya.
Kepada yang belum daftar boleh cuba @ http://getclicky.com/181267. WordPress juga mempunyai plugin clicky.
72 Comments
Aik dah jadi post 🙂 Terimakasih kerana share dengan semua pembaca.
Curahan rasa GreenLava @ ..Add Twitter tweet button to Blogger posts
ILMU yg baik mesti dikongsi dengan manusia seluruh alam sebab tak ramai yg baca komen ni.
Curahan rasa denaihati @ ..Bounce Rate 6455 Blog anda
komen yang bernas mesti dihargai.hehe
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Statistik SyahrilHafizCom Februari 2011
boleh try plugin clicky la pasni
Curahan rasa aizuddin @ ..Pemenang Contest Facebook Aizuddincom
INFORMASI BERGUNA…TAHNIAH DENAIHATI.
Curahan rasa zuarxpdc @ ..GemparLady Gaga Lahirkan Makhluk Asing
baru pernah gune GA… tu pun turun naik bonce rate nye… hehehe..
clicky tu 1st time dengar…
nampaknye memang banyak benda kene belajar lagi..
pepun, tanx 4 da info… =)
Curahan rasa iManAzRaf @ ..Aku Nak Bagi Hadiah
Itu masalahnya kalau Google Analytical menganggap dengan pengujung baca dan meninggalkan komen kurang dari 5 saat dianggap bounce rate.
Dulu saya pakai antispammer untuk mengawasi komen ditinggalkan kurang dari 5 saat saya rasa ia tidak membantu memang ada kalangan meninggalk komen pendek seperti expression seperti ‘Ya betul to bro’ dan sebagainya
Curahan rasa akubiomed @ ..Bounce rate naik pada penghujung Febuari
makasih banyak atas infonya….
Curahan rasa Bang Iwan @ ..iPad 2 Penuh Kejutan
Saya sudah daftar, Alhamdulillah.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..iPad 2 Penuh Kejutan
nak tanya. pasal google analytics punya bounce rate.
kalau kat graph, dia tunjukkan nilai yang lain.
dan kalau kat section “site usage” tu yang lain pulak.
yang mana lagi tepat ?
apasal ada perbezaan macam tuu ? dah la banyak beza dia tu.. habis, nak rujuk mana satu ?
Curahan rasa hazari @ ..i used to be her fan
itulah kelebihan googleanalytics (GA) boleh analisa detail bounce rate untuk setiap keywords, entri yg berbeza, tarikh yg berbeza. yg di graf tu adalah average bounce rate keseluruhan. Maknanya semua statistk tu boleh guna dan kita akan tau keywords dan entri mana yg tinggi bounce rate jadi perlu buat sesuatu utk rendahkan bounce rate utk keywords dan entri tersebut.
Hari ni tempoh percubaan GetClicky Kak Jie dah tamat = tak pasti nak teruskan upgrage yang bayar sebab kurang sgt nak bagi perhatian pada bounce rate…biasa tengok je statistik tu tapi abaikan.
Ikut pemahaman Kak Jie…bounce rate tu ikut berapa lama pelawat stay – sebab itu kebanyakkan entri Kak Jie akan ada internal link supaya pelawat akan stay lama….memujuk pelawat untuk klik membaca entri lain supaya mereka jadi ‘tidak bounce’
skrg Getclicky bukan saja ada IP tapi siap tunjukkan pelawat guna apa, TM, streamyx, gitn , telekom, uitm, utm, pejabat kerajaan negeri..hehehe….itu yang best!
Erk..hari ni kena buat keputusan..nak upgrade ke tidak…perlu ke?
Curahan rasa Kujie @ ..Jiran Sepakat Membawa Berkat
Perlu tu sebab walaupun tak berapa kisah tetapi getclicky boleh bagi analisa blog untuk pengetahuan sendiri selain guna kan google analytics.
Curahan rasa denaihati @ ..iPad 2 untuk teman setia
betul bro dan setelah saya bandingkan ternyata hasilnya tidak berbeda jauh.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..iPad 2 Penuh Kejutan
kongsi yang bermanfaat dari Kak Jie… makasih banyak.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..iPad 2 Penuh Kejutan
selain tuh, kita boleh tahu apa yang pelawat suka kan?;))
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Statistik SyahrilHafizCom Februari 2011
Salam denaihati.
Sebelum ini, saya amat jarang sekali mengambil berat akan hal ini. Namun memandangkan beberapa penjelasan dan juga pautan yang diberikan, saya ingin meneliti & mengkaji juga prestasi blog saya.
Terima kasih DH. 😉
Curahan rasa Hadi Rofiee @ ..Blogger yang kecewa
Masih perlu blajar banyk disni..!
Curahan rasa wawank @ ..Kisah 17 Februari Bag 1
aku setuju dengan komen die.
bounce rate rasanya kurang sesuai, sbb selalunya entry2 lama tu kita dah baca. Lain lah kalau entry dah banyak sgt, bila kat bhgn related post tu ada kemungkinan pembaca belum baca entry tu.
kalau blog update sekali sehari, agak payah
Curahan rasa Affan @ ..Banyak blogger- banyaklah ragamnya
tak payah mana pun, target kita sekarang organic traffik..hehe, 2nd baru kita bw..
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Statistik SyahrilHafizCom Februari 2011
errr…masing-masing punya pendapat. dan yg paling penting den masih bkebluran lagi…heheheee~
Curahan rasa kuyie @ ..Slot Lestary – Hani Episode Akhir
yAP, BETUL..!
Curahan rasa wawank @ ..Kisah 17 Februari Bag 1
salam..
ermmm..tetiba rasa lapang la
pula hati ku..memang tak perlu pun
mana ada orang nak landing kat homepage
lama2..tentu terus ke entry dan komen,
lepas blah..banyak lagi blog nak pergi
nih..he he
Curahan rasa zulkbo @ ..Isterinya Orang Cantik Belaka
Tambah lagi ilmu pasal bounce rate…. 🙂
Ni nak jadikan bulan bouncerate ke? Hahahahaha….
Curahan rasa Sabahan Bloggers Club @ ..Do you want free ipad 2
Analytics da pasang tapi tak berapa faham fungsi dye tu,terima kasih saya sudah faham bab bounce rate ne
Curahan rasa joomla templete @ ..Game Joomla Themes 2011 World Wide Appeal and Market
Comments are closed.