Boleh atau tidak solat tarawih secara bersendirian

Spread the love

Assalammualaikum dan salam Ramadan.

Solat tarawih merupakan suatu solat yang dituntut bagi umat Islam untuk melaksanakannya. Ganjaran melakukannya adalah sangat besar, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

‎مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu.
Riwayat Al-Bukhari (37)

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa perbuatan qiyam Ramadan yang meliputi solat tarawih, pembacaan al-Quran, zikir dan doa, serta selainnya daripada ibadah yang dilakukan pada malam hari bulan Ramadan.

Sekiranya ia dilakukan dengan penuh keimanan akan pensyariatannya serta mengharapkan ganjaran pahala dari Allah S.W.T, nescaya pelakunya akan diampunkan dosa-dosa kecilnya yang terdahulu.

Solat Tarawih secara berjemaah di Masjid

Berkenaan dengan isu menunaikan solat tarawih secara bersendirian, adakah ia dibolehkan atau tidak ?

Berikut kami nyatakan beberapa pendapat para fuqaha berkenaan isu ini:

Kata Al-Syeikh Al-Buhuti Rahimahullah di dalam kitabnya Daqaiq Uli Al-Nuha (1/2245): Menunaikan solat tarawih di masjid itu lebih afdhal berbanding selainnya. Kerana Baginda S.A.W menunaikannya bersama orang ramai selama tiga hari berturut-turut. Ia sepertimana yang diriwayatkan oleh A’isyah R.anha bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ حُسِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan qiyam bersama imam sehingga dia selesai, akan dituliskan ganjaran untuknya qiyam sepanjang malam.
Riwayat Ibn Majah (1327)

Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah juga berpendapat yang sama berhujahkan hadis di atas.

Ditanyakan kepada Imam Ahmad : Adakah kau suka seorang lelaki solat bersama orang ramai (secara berjamaah) pada bulan Ramadan atau kau suka dia solat secara bersendirian ?

Maka Imam Ahmad menjawab : Aku suka jika dia solat berjemaah bersama orang ramai, dan aku juga suka sekiranya dia solat bersama dengan imam dan turut witir bersamanya.

Solat tarawih merupakan suatu solat yang dituntut bagi umat Islam untuk melaksanakannya

Kesimpulannya, menunaikan solat tarawih secara bersendirian adalah dibolehkan, dan yang paling afdhal adalah menunaikannya secara berjemaah.

Bagi yang menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat Isya’ secara berjemaah. Alangkah lebih baik untuk dirinya kekal di masjid dan meneruskan solat tarawih secara berjamaah.

Solat tarawih secara berjemaah merupakan satu syiar agama Islam. Kerana itu ia disifatkan menyamai solat hari raya.

Sesiapa yang merasakan kualiti solat tarawihnya semasa bersendirian jauh lebih baik berbanding kualiti solat semasa berjamaah, maka dia boleh untuk solat sendirian. Jika sebaliknya, maka berjamaah itu lebih afdhal.

Akhir kalam, marilah kita berdoa kepada Allah S.W.T supaya kita semua diberikan kesungguhan dalam beribadah, serta direzekikan kefahaman yang tepat dalam beragama. Aamiin.


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!