Ramadan tiba lagi. Ahlan wa sahlan Ya Ramadan 1440H

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berpuasa atas dasar iman ialah melaksanakan ibadat puasa dengan meyakini akan kewajipan melaksanakan ibadat puasa kerana perintah Allah.

Ihtisab adalah melakukan ibadat puasa dengan ikhlas, menyempurnakan ibadat puasa dengan memelihara perkara yang boleh merosakkan puasa dan hanya mengharap pahala dari Allah.

Tidak merasa berat melaksanakannya dan tidak hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.

Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa Setahun Yang Lalu

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. (HR Bukhari No: 37)

Puasa yang dilakukan atas dasar keimanan dan penuh keikhlasan akan menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu (dosa kecil). Rasulullah SAW bersabda:

“Solat lima waktu yang didirikan, satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar”.( HR. Ahmad No: 8830)

solat di new zealand

Ramadan Bulan Ibadah

Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu.” (HR Muslim No: 1793)

Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah:

  1. Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.
  2. Ramadan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir, doa).
  3. Ramadan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga. Mereka yang terus melaksanakan belbagai perbuatan yang mengandungi ibadah atau kebaikan akan menyediakan dengan rahmah Allah untuknya masuk ke dalam syurga.
  4. Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan yang, kita dianjurkan untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.
  5. Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu.

Semoga ibadat Puasa yang dilaksanakan bersungguh-sungguh akan menjadi instrumen menghapuskan dosa-dosa kita setahun yang lalu.

Jom kita menyediakan diri dengan bersungguh-sungguh untuk mengharungi sebulan Ramadan. Ahlan Ya Ramadan. Selamat berpuasa untuk semua pembaca blog denaihati ini.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!