Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
RAMADAN menjanjikan banyak kelebihan dan ganjaran. Antaranya amalan sunat diberi ganjaran pahala ibadat fardu, yang fardu diberi ganjaran 70 kali ganda. Demikian juga dalam bab sedekah. Bagi umat Islam yang suka bersedekah, pastinya Ramadan sentiasa ditunggu-tunggu untuk mendapat kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW juga adalah insan yang paling dermawan. Sifat pemurah Baginda adalah berlipat kali ganda dalam bulan mulia ini berbanding bulan-bulan lain. Ingatlah ganjaran yang disebutkan oleh Nabi SAW yang bermaksud:
Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya”.
(Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi).
Besarnya pahala orang yang sedekah makanan untuk orang lain berbuka puasa. Bayangkan kalau kita sedekah makanan berbuka puasa untuk 10 orang, 20 orang, 100 orang? Banyaknya pahala inshaAllah.
Jom rebut peluang di bulan Ramadan ni. Cara-cara untuk mendapatkan pahala sedekah berbuka puasa:
1. Masak atau beli hidangan berbuka untuk ahli keluarga.
2. Belanja kawan-kawan berbuka puasa.
3. Taja majlis berbuka puasa untuk jemaah surau/masjid atau di rumah anak-anak yatim.
4. Sedekah duit dalam tabung Ramadaan di surau atau masjid.
5. Beri sumbangan untuk NGO yang aktif menyediakan bantuan makanan kepada orang miskin atau tempat-tempat konflik.
6. Beli makanan secara pukal yang dijual di Bazar Ramadan dan minta penjual beri secara percuma kepada orang lain.
7. Hantar makanan kepada jiran-jiran berdekatan.
8. Edarkan makanan yang siap dibungkus untuk rakan-rakan di pejabat untuk dibawa balik.
Atau apa saja cara-cara sedekah yang korang fikirkan terbaik. Yang penting ikhlas. Buat senyap-senyap je, tak perlu hebahkan.
**
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Selain itu, keutamaan bersedekah yang lain adalah:
Sedekah dapat menghapus dosa. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api”.
(Riwayat Tirmidzi)
Sedekah memberi keberkatan pada harta. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Harta tidak akan berkurang dengan sedekah…”
(Riwayat Muslim)
Rebutlah peluang ini sementara Ramadan masih ada lagi. Jangan ketinggalan ye!
Dah baca? Jangan lupa share 🙂
4 Comments
Di bulan Ramadan inilah masanya untuk praktikkan amalan amalan yang tak dapat dibuat pada bulan bulan yang lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Dropship Shopee Sebulan RM8 Ribu Tanpa Henti
Ye betul tuan. Bulan Ramadan ni sangat mulia dan Allah menggandakan pahala di setiap perbuatan baik kita. Insyallah semoga kita semua dapat mengharungi bulan Ramadan ni dengan cemerlang..
Curahan rasa RN @ ..Hospital ke taman tema? Sangat kreatif ‘Interior Design’ di Hospital AVISENA baru ini
Memang banyak kelebihan didalam bulan ramadhan ni. Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan seperti berpakat dengan ahli kariah dan masak dalam kuantiti yang banyak dan dihantarkan ke pusat-pusat gelandangan di sekita lembah Kelang.
Curahan rasa Sani @ ..Bagaimana Nak Buat Kajian Pasaran Barang Trending di Ebay?
Aktiviti memberi makan gelendangan memang selalu sangat berlaku di Kuala Lumpur. Hampir setiap hari akan ada NGO yang memberi makan sahur dan berbuka. Sungguh besar pahala jika kita memberi orang lain juadah berbuka. Rebutlah peluang ni selagi ada.
Curahan rasa RN @ ..Mualaf sebak kali pertama sambut Ramadan, 66 tahun pendam rasa peluk Islam
Comments are closed.