Nak solat tarawih juga. Ini pesanan kepada yang menghalau anak-anak kecil di masjid

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Salam Ramadan al-Mubarak 1440 H, semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa berbuat kebaikan terhadap orang lain. Di bulan yang mulia ini, perbanyakkanlah melakukan ibadah, berzikir, bersedekah dan mohon keampunan dari Allah taala. Insya-Allah

Artikel kali ini nak dikongsikan kepada kau orang tentang perkongsian daripada seorang pengguna facebook. Beliau ialah Khairul Hakimin Muhammad. Beliau memuat naik posting tersebut pada 6 Mei iaitu pada awal Ramadan.

Ceritanya adalah seperti berikut;

“Malam tadi kami bertiga ke surau berdekatan untuk menunaikan solat sunat tarawih.”

“Habis sahaja, masuk ja dalam kereta orang rumah saya duk cakap kecewa bagai. Saya pun kata sabarlah, biasalah orang tua menegur kita.”

“Isunya kecil sahaja, ada seorang ibu (sudah berumur) tak selesa menunaikan solat dengan anak-anak. Oleh itu, ibu tersebut menghalau ibu lain yang membawa anak ke ruang yang disedia di atas atau di belakang. Ruang tersebut memang anak-anak bolehlah bermain atau berlari.”

kredit foto OhBulan

“Dalam kes orang rumah saya dan juga orang di sebelahnya, mereka punya anak-anak jenis memang tunaikan solat sama-sama. Tak bermain dan tak melasak. Kerana anak-anak tersebut dah pun besar serta dengar kata.”

“Jadi isteri saya terus bangun dan pergi ke saf paling belakang untuk tenang menunaikan solat. Malas nak bergaduh.”

“Isu ini adalah isu yang biasa sangat pada setiap kali ramadan. Waktu inilah ramainya ahli keluarga yang datang ke masjid atau surau untuk menunaikan solat isyak dan terus solat sunat tarawih.”

“Jika di Masjid besar, ada ruang disediakan untuk anak-anak bermain dan berlari. Surau-surau, ada juga, namun ruangannya kecil.”

“Namun, ibu-ibu, bapa-bapa dan semua AJK masjid dan surau boleh perhatikan anak yang jenis bagaimana perlu diasingkan atau keperluan membawa mereka ke surau / masjid.”

“Dan saya yakin juga ibu bapa kena ada rasa tanggungjawab bab yang ini. Tak boleh bawa anak, kemudian kasi lepas begitu sahaja. Habis solat baru nak pergi kutip anak sendiri, itu memang merepek melainkan kalian letak di bawah penjagaan sesiapa.”

“Saya suka orang rumah saya punya poin, dia kata”

“kadang-kadang hal kena halau dari saf ini menyebabkan rasa tak mahu datang dah ke surau atau masjid. Kita puas didik anak di rumah suruh solat, ajar solat, disiplin dan dengar kata, dan anak kita memang ok ja solat sebelah kita. Tak habis-habis nak samakan anak kita dengan anak dia, cucu dia semua.

Namun orang tua yang suka halau-halau ini boleh ja beritahu baik-baik kalau nak kata bab kesucian, bab putus saf bab anak tak solat dan bab sah ke tidak anak solat dan sebagainya, ini main halau dan cakap kuat-kuat. Syukurlah kita jenis tak melawan. Kalau tak, tak pasal bergaduh di malam pertama puasa.”

“Saya pun tak pasti nak menyebelahi mana pihak kali ini, namun saya rasa ada baiknya kita membawa aura keseronokan di surau atau masjid ini dengan banyaknya kasih sayang.”

“Saya takkan lupa semasa solat jumaat di salah sebuah surau di sini (bukan surau yang sama malam tadi). Ada seorang pakcik tua yang muka bengis akan lambai kepada anak-anak yang melasak ini (sebelum khutbah bermula), kemudian dia akan peluk dan cium dahi budak tersebut.”

“Oleh kerana saya tengok kejadian itu beberapa kali, saya berusaha nak solat berdekatan dengannya, nak sangat dengar beliau nasihatkan apa. Akhirnya berjaya,”

Beliau kata, “Sayang Allah tak? Sayang kan? Ini rumah Allah, kalau bising, kalau banyak main, nanti Allah pun marah. Boleh nak main, tapi diam-diam dan jangan sampai ganggu orang lai ya.”

“Saya sendiri senyum melihat layanan begitu.”

“Anak-anak ini dia nampak taman ja. Lebih lagi ruangan itu luas, banyaklah akalnya nak buat apa. Dan kita ini sebaiknya tidaklah melihat anak-anak ini sebagai binatang, yang kita yakin dia akan bawa kemusnahan dalam amalan kita.”

“Kadang-kadang, kita ini jauh lebih teruk dari itu, melayan orang seperti kita sudah mempunyai tiket ekspress ke syurga, sungguhlah, kita semua nak ke masjid atau surau untuk solat, namun kita lupa, ibadah kita itu jadikan kita rasa kita mulia. Padahal semua ibadah itu adalah tuntutan supaya terhapus banyaknya dosa kita.”

“Dan apabila detik itu ada di dalam hati kita, ketahuilah, kita sedang jadi jahat. Orang mulia, takkan rasa diri dia mulia, dia sentiasa rasa dirinya banyak lagi perlu dibaiki dan dibaiki.”

“Itulah kita melayan orang demi ibadah kita pun dengan dosa. Maka ketahuilah kawan-kawan, kita tak baik mana pun. Kita hanya pentingkan ibadah dengan melukakan orang lain, maka adakah ibadah tersebut disukai, disayangi serta diambil sebagai ibadah paling tinggi di sisi Allah?”

“Saya kuat rasa, selain dari membuat panduan anak-anak perlu diletak di luar, perlu juga ada papan tanda yang ditulis atau dibuat pengumuman:”

“Ibu bapa yang anaknya boleh solat, dialu-alukan solat bersama. Juga semua ibu bapa hemahlah menegur sesama kita, sama ada dengan para ibu atau para bapa atau bab tegur anak-anak, berlembutlah dan berkasih sayanglah. Anak-anak ini akan jadi jemaah kita suatu hari nanti.”

Sangat menyentuh hati. Kau orang kalau nak lihat komen-komen di posting tersebut, sebab banyak komen yang membuka minda kita. Boleh sahaja klik di sini. Semoga bermanfaat.

Kredit facebook: Khairul Hakimin Muhammad

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!