Assalamualaikum dan salam 1Dunia, apa kabar semua? Beberapa hari ini sibuk dengan urusan dunia dan peribadi. Baru kembali dari Siem Reap, Kemboja dalam rangka lawatan kerja selama 2 hari. Alhamdulillah projek ternak lembu dan beberapa projek kecil yang lain di Kemboja berjalan seperti yang dirancang. Semuga usaha kecil kami ini dapat membantu ekonomi Umat Islam Kemboja yang hidup dalam tersepit.
Petang ni baru sempat santai beronline dan terus terjah projek baru AzmanIshak Kakikomplen.com dah singgah ke? Aku tertarik dengan beberapa entri beberapa blog dengan tajuk yang sama “Blogger Yang Tersepit“. Rupanya ini projek santai blogger hebat Rohaizad yang mencabar blogger untuk menulis entri dengan tajuk yang sama “Blogger Yang tersepit” dan hanya boleh diterbitkan pada 2 Ogos 2010 sebelum jam 12.00 tengah malam.
Ketika aku menulis ini sudah ada 20 blogger menyahut cabaran telah menulis entri bertajuk “Blogger yang tersepit“. Macam-macam cerita dan kisah yang menarik telah diceritakan oleh kesemua blogger yang hebat belaka. Oleh kerana masa semakin suntuk memang susah untuk mencari idea kisah aku sebagai blogger yang tersepit. Tersepit pintu pernahlah memang sakit hampir tercabut kuku jari aku dibuatnya.
Yang masih berlegar-legar di minda ini adalah kehidupan Umat Islam Kemboja yang sungguh tersepit ekonominya. Orang tua berkata “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” tetapi peribahasa ini tidak sesuai untuk umat Islam Kemboja. Peribahasa yang paling sesuai “Kais pagi dan petang makan semalam“. Begitulah tersepitnya kehidupan umat Islam di Kemboja sehingga apabila difikirkan tiada ruang untuk kita menjadi blogger yang tersepit kerana dilimpah dengan berbagai rezeki yang melimpah ruah.
Tersepit kita tidak akan sama begitu tersepitnya kehidupan Umat Islam Kemboja yang hanya 500 ribu daripada 14 juta penduduk Kemboja tanpa apa-apa subsidi dan peluang perkerjaan daripada kerajaan. Bersyukurlah kita dengan apa yang ada dan jangan lupa menberi biarlah beberapa sen kepada mereka yang memerlukan dan pada yang mampu boleh mengerjakan kurban di Kemboja melalui eQurban.com.
Terima kasih kepada Blogger Rohaizad yang sudi memberi peluang kepada kami untuk berkongsi luahan hati dengan tajuk yang menarik “Blogger Yang Tersepit”.
[ad#Mangga 300]
133 Comments
salam, dalam mengenang kesempitan hidup sendiri… masih ada orang yang hidup lebih sempit dari kita…
Curahan rasa yangbaik @ ..BlackBerry jamin tidak ancam keselamatan
Kitaa selalu fikir kita susah tetapi sebenarnya ada orang lain yg lebih susah dari kita.
Kalau dari segi pemakanan tu pernah juga terfikir, walaupun tak dapat makan mewah2 sangat, tapi dekat negara lain pulak, ada jer orang yang langsung tak dapat makan walaupun sesudu nasi.
Curahan rasa Steward John @ ..I hate Celcom Broadband
Tu la pasal.. rasanya kena juga bagitahu diri kita sendiri ni.. sesusah2 kita, ada lagi yang lagi susah
Sangat miris membaca nasib saudara kita yang ada di kemboja.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Kronologis Tampilan Situs Porno di Layar Informasi DPR
Nasib Umat Islam Kemboja lebih sadis dari Islam di Indonesia kerana sesusah Umat Islam Indonesia masih diperintah Pemimpin Islam berbeza dengan Kemboja yang diperintah bukan Islam.
demikianlah kalau kita minority alamat menderita pula
Curahan rasa munir ardi @ ..Advantages and Disadvantages of Technology
Nah, maksudnya tu apa sebenarnya bro? tidak berapa jelas.
Curahan rasa Steward John @ ..Technorati
tetapi jika mereka bersabar tentulah pahala keimanan mereka jauh lebih besar dari kita
Curahan rasa munir ardi @ ..Advantages and Disadvantages of Technology
Iya.. orang lagi bersabar tu punyai pahala lagi besar.
pastilah demikian bro, selamat datang lagi
Curahan rasa munir ardi @ ..Advantages and Disadvantages of Technology
Iya.. ada masalah connection dekat sini.. tu baru dapat berkunjungan malam ni.
bersyukurlah..hargai apa yg kita ada
Curahan rasa Wan Perlis @ ..Perkhidmatan Internet di Malaysia
Sangat perlu bersyukur dengan apa yg kita ada yg melimpah ruah ni
Bersyukur dengan apa yang ada tanpa berusaha meraih apa yang tidak mungkin kita gapai
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Kronologis Tampilan Situs Porno di Layar Informasi DPR
ya marilah hidup dalam damai
Curahan rasa munir ardi @ ..Advantages and Disadvantages of Technology
Kerna itu lagi bagus daripada hidup bermusuh.. bukan macam tu bro Munir? Musuh jangan dicari sebaliknya teman yang dicari.
Curahan rasa Steward John @ ..I hate Celcom Broadband
Kalau berusaha kerna apa yang kita ada tu, sudah pasti yah.
Curahan rasa Steward John @ ..Tag- awards- outbound links and pagerank
kesian dengan penduduk di sana.. bersyukurlah kita dengan apa yang ada sekarang..
Curahan rasa Mr.Z @ ..Menghayati Bulan Ramadhan
Insyallah kita azam untuk bantu umat Islam bukan sahaja di kemboja malah semua umat Islam di dunia
tidak lupa juga umat Islam di negara kita sendiri Bro…
Curahan rasa yangbaik @ ..BlackBerry jamin tidak ancam keselamatan
projek camni memang best. sampai ramai blogger tersepit sekali. hahaha. patut buat slalu kan, meriah banyak.
a’aaa kadang kadang kita rasa kita susah, ada lagi yang lebih susah.
Curahan rasa ann @ ..Bagi aku Kepuasan itu
Ni idea kreatif seorang problogger ..mesti cari idea2 kreatif lain.
Mungkin kebanyakkan hanya ikut apa yang orang pernah buat.. saya pun macam tu juga.. Ni kena latih diri untuk menjadi kreatif dari segi cara pemikiran.
Setuju.. ada masanya kita rasa susah sangat.. tapi tak pulak terfikir yang orang lain lagi susah dari kita.
Curahan rasa Steward John @ ..Technorati
emm, dah x sempat dah nak join.. huhu
Curahan rasa Azuan @ ..Keputusan FIFA U20 Womens World Cup Germany 2010
Ya lah dah terlewat nak buat macam mana…lain kali je lah,
andai aku terlepas dari tersepit yang satu ini,insyaallah aku akan menyumbang semampu mungkin.
boleh bagi link,pihak yang terlibat dalam program ini[selain equrban.com ada link yang lain?]
Curahan rasa sangilapi @ ..blogger yang tersepit
Sila email aku terus insyallah boleh dibantu kerana aku sering ke kemboja.
kasihan mereka dah la tersepit pastu di himpit…. moga usaha murni saudara di berkati
Curahan rasa indahjiwa @ ..Doa Jika Diri Buntu
Semuga Allah mempermudahkan semuanya .
Memang betul-betul tersepit keadaan mereka. Kita dibumi emas ni masih lagi bertuah dan beruntung. Insyaallah, moga ada sesuatu yang dapat kita sumbang untuk meringankan beban mereka.
Curahan rasa samdaddycool @ ..Koleksi Tudung Diamond Labuh XXL
Kita ni sangat sangat bertuah di bumi bertuah. Semuga tuah kita berterusan.
Kasihan dengan kehidupan mereka, projek ternakan lembu itu diusahakan oleh orang tempatan di kemboja la erk? itu ada usaha siapa sebenarnya erk? tertarik untuk tahu lebih lanjut
Curahan rasa Eizil @ ..Blogger yang tersepit
Usahasama syarikat kami dengan Koperasi Muslim Kemboja… berminat ke??
berminat gak nak tahu lebih lanjut, contoh macam mana lerh bantu dan sebagainya…
Curahan rasa Eizil @ ..Blogger yang tersepit
Bantuan boleh diberi dalam bentuk wang dan pakaian. Untuk menyumbang boleh terus hantar email kepada aku insyallah akan dibantu. Juga boleh pergi lansung ke Kemboja.
Wa.. Teringin nak ke kemboja juga nak tengok cara hidup masyarakat sana.. Dari Sabah ni entah, tiada direct flight ke kemboja rasanya.
Curahan rasa Steward John @ ..Tag- awards- outbound links and pagerank
rupa2nya contest
patutnya banyak sangat tajuk entry dia sama
hahaha
P/S : Drama Minggu Ini : Awak NAK Guna PC Ker Wahai Si Kacak?
Bukan contest tapi cabaran bagi yg berminat menyahut cabaran sahaja.
Semoga usahanya lebih maju lagi dan dapat memberi kesejahteraan kepada mereka! Amin!
Curahan rasa nuansa pena @ ..Panitia Seleksi Calon Pengganti Pimpinan KPK meloloskan 12 Nama- sebagai pengganti Antasari Azhar
Assalamu’alaikum umat Islam di Kamboja, Salam Persahabatan … selamat berkarya dan sukses untuk semuanya!
Curahan rasa nuansa pena @ ..Panitia Seleksi Calon Pengganti Pimpinan KPK meloloskan 12 Nama- sebagai pengganti Antasari Azhar
tersepit juga ni, ada ‘janji’ yg belum ditunaikan
Insyaallah – akan mencari ruang yang sesuai untuk menyelit
Curahan rasa Kujie @ ..Blogger Yang Tersepit
Santai je Kak jie jangan dipaksa-paksa sangat ..sangat memahami keadaan dan situasinya.
teringin nak ke Kemboja.. rasa keperitan hidup umat Islam di sana. boleh bagi sumbangan apa-apa ke…
23/9 ada program berkhatan beramai-rami ..joom pegi. Sumbangan apa sahaja pun diterima boleh melalui http://equrban.com atau boleh melalui denaihati.
Comments are closed.