Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berapa ramai di kalangan Rakan Blogger yang yakin Blogger boleh menjadi sebagai kerjaya profesional yang bukan sahaja boleh menjana pendapatan secara online malah boleh membina peluang bisnis yang boleh memberi manafaat kepada ramai orang. Mungkin tak ramai yang yakin kerana ramai yang telah gagal menjadi Blogger yang berjaya.
“saya dah kecewa dengan blog… tak ada impak pada diri saya walaupun dah mcm2 dah buat… maybe i quit – SilenceBlogz“
Dalam ribuan Blogger Malaysia semakin ramai yang telah berjaya menjadikan Blogger sebagai kerjaya antaranya Abang Nara dan Paul Tan. Ramai juga yang ada niat nak jadikan Blogger sebagai kerjaya tetapi kurang keyakinan dan tidak mendapat sokongan daripada keluarga. Kepada Rakan Blogger yang sedang bekerja tapi ada niat nak jadikan Blogger sebagai kerjaya sepenuh masa mungkin tips berikut boleh dijadikan panduan.
1. Laburkan duit mengikut kemampuan untuk upgrade blog. Blog ini ibarat rumah. Pasti kita suka kalau rumah kita kemas, selesa dan bila balik isteri yang menyambut senyum dengan pakaian yang cantik. Itu baru dinamakan rumahku syurgaku (Aku rasa En. Titan mesti suka analogi aku ni). Begitu juga blog yang mesra kepada pembaca dan disukai oleh pengiklan merupakan permulaan yang sangat penting untuk menjadikan Blogger sebagai kerjaya. Jangan buat blog ikut selera kita dengan warna, banner dan lagu segalanya tapi buatlah blog mengikut trend terkini.
2. JANGAN lokek duit pergi kelas belajar ilmu blog teknikal dan non teknikal untuk memudahkan kita menguruskan blog yang akan menjadi sumber pendapatan utama kepada kerjaya kita. Jangan sesekali ada perasaan kita sudah tahu segalanya kerana itu tanda bermulanya kegagalan sebagai seorang Blogger.
3. Rancang strategi penjenamaan dan pemasaran untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Perancangan mesti selalu berubah mengikut perubahan teknologi dan sosial media yang sentiasa dinamik.
4. Paling penting tukar cara fikir yang lebih positif dengan minda bisnis untuk persiapan menjadi Blogger profesional. Cara terbaik adalah mengikuti seminar motivasi yang dianjurkan oleh pakar yang sudah berjaya. Teringat nasihat Ustaz Rahim Nasir katanya kalau kita kawan dengan penjual minyak wangi pasti terpalit juga wangi minyak kat badan kita. Nak jadi Blogger yang berjaya kena bercampur dan belajar dari mereka yang sudah berjaya tanpa melupakan Blogger yang lain.
Video Blogger sebagai kerjaya rakaman dari Astro Awani.
Blogger yang sedang berkerjaya perlu korban masa usaha lebih untuk membina blog yang baik sehingga apabila sudah betul-betul bersedia yakinkan diri buat keputusan untuk menjadikan Blogger sebagai kerjaya seperti Abangensem dan Shakiddo. Percayalah dengan persiapan yang sempurna Blogger bukan sahaja menjadi kerjaya tetapi boleh mengubah kehidupan kita menjadi manusia yang lebih berjaya. Blogger pun boleh jadi kaya seperti angan-angan Blogger Nuraini Huda … kalau aku kaya ..
Tiada siapa yang boleh meningkatkan martabat Blogger Malaysia melainkan komuniti Blogger itu sendiri. Jangan mengharap orang ketiga seperti wartawan atau PR syarikat untuk menaikan nama Blogger kerana mereka hanya menjalankan tugas mereka sahaja. Lihat sahaja profesion lain seperti doktor, jurutera dan sebagainya yang sentiasa perjuang untuk meningkatkan martabat kerjaya mereka di mata ramai. Blogger Malaysia mesti berjuang untuk menjadikan Blogger sebagai kerjaya yang dihormati kalau bukan untuk warga Malaysia setidak-tidaknya untuk isteri dan keluarga sendiri.
Untuk menjadi Blog yang dihormati dan Blogger yang dihormati memerlukan pengorbanan dan tiada jalan singkat.
No related posts.
105 Comments
aku masih kena wat secara part time je…baru nak merangkak nie..hu3..tapi dengan tip2 yang diberi memberi semangat tuk terus menulis
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Blogger Lelaki Jadi Mr Mama?
Saya pun tengah memikirkan untuk menjadikan blogging sebagai kerjaya sepenuh masa. Buat masa sekarang Insyaallah saya akan mula dengan Blogspot dahulu sebelum ke WordPress.
Masalah saya sekarang ialah saya masih keliru topik apa yang perlu saya ketengahkan dalam blog nanti. Saya peminat gadget, teknologi, bisnes, Agama. Adakah disarankan untuk saya campur adukkan semuanya dan menggunakan nama saya pada alamat Blog (aka personal blog)?
Ataupun adakah sepatutnya saya hanya fokus pada gadget/teknologi sahaja misalnya dan mencari nama yang sesuai untuk menggambarkan niche saya tersebut?
Ada sesiapa boleh bagi pandangan dan pencerahan?
pilih niche mengikut passion bro..jangan campur aduk kalau boleh..
sedang menjadi full time..hehe
sokong sangat dengan entri yang penuh bernas dan padat ini! 🙂
sokong dengan artikel diatas. takkan ada yg mustahil. yg penting usaha n jgn putus asa
setiap sesuatu bisnes yang diceburi mesti mempunyai a BIG WHY? apakah sebab utama dia buat sesuatu bisnes/pekerjaan itu. jika ini clear, berserta dengan perancangan rapi, tetapkan objektif/sasaran apa yang ingin dicapai dalam jangkamasa tertentu.. insyaAllah boleh berjaya
Selain itu, tanamkan niat dalam diri untuk menjadikan kerjaya yang bakal dibina sebagai satu perjuangan dalam usaha memenuhi tuntutan fardu kifayah terhadap umat Islam. Umat Islam masa kini sememangnya memerlukan ramai pakar dalam segenap bidang untuk maju ke hadapan demi mencapai khaira ummah.Insya-Allah, kita sebagai generasi belia Islam hari ini dapat memenuhi aspirasi ummah dengan mencipta kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.Konklusinya, berikut yang telah diterangkan adalah beberapa destinasi yang pelajar Lepasan SPM 2010 yang boleh pilih. Banyak lagi sebenarnya tetapi ini pun sudah mencukupi untuk merangkumkan segalanya. Saya doakan anda berjaya kelak!!Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini? Dapatkan rujukannya di Laman Informasi Kerjaya Selepas SPM ini.
Curahan rasa get smart @ ..No last blog posts to return.
Emm insyaALlah satu masa nanti saya pun nak jadikan blog sebagai kerjaya utama saya..insyaAllah..bak kata encik titan, kerja tetap kena buat walaupun malas..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Perbezaan Kita dan Nabi SAW Menyambut Hari Raya
Kerjaya sebagai blogger suatu kerjaya Professional juga.. Mengalahkan professor..
Kerana perlu faham awalnya kerjaya ini bermula secara non-profit, yang perlu dikorbankan seribu satu perkara dalam melakukan eksperimen.
Seperti ingin mencipta suatu formula kejayaan.
Apapun tak nampak di kemudian hari..
Hari2x tiada pendapatan, keluar duit ada lagi lah.
Percayalah langit tak mungkin sentiasa mendung dan taufan tak akan selalu melanda..
Tiba saat cahaya kejayaan itu datang, apa yang diusahakan selama ini akan memberi kepuasan diri..
Blogger sebagai kerjaya dari rumah. Peluang kerjaya professional yang tidak diketahui ramai.
Walaupun tak berjaya menjadi Fulltime blogger, Partime blogger pun jadilah..
Ikhlas,
AMIN JOHAR
(Pendaftar Domain)
PAKAR NIAGA
Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..TEKNIK SEO | KATA-KUNCI ITU DUIT
Memang.. lama betul saya blogging cuma baru tahun ni rasa selesa dan seronok dgn hasilnya ^^
Curahan rasa Siti @ ..Harga Emas Semasa – Analisis Harga Emas Bagi Ogos 2013
berblogging tu memang seronok,tapi nak dapat income daripadanya bukan senang..kene belajar,belajar dan belajar..
saya setuju !
blogging sebagai suatau kerjaya, dan juga suatu hobi.
Curahan rasa Muaz @ ..Komen saya tentang Blogging is My Hobby and My Career
siapa sangka blog boleh jadi pendapatan tetap kan?
Curahan rasa Muaz @ ..30 WordPress Plugins paling Popular – InfoGrafik
Comments are closed.