Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa entri sebelum ini fokus kepada tajuk buat duit dengan blog setelah semakin ramai Rakan Blogger berjaya menjana pendapatan daripada blog. Tujuan sebenar buat blog bukan hanya untuk buat duit. Kalau mengikut entri “sebab mereka berblogging” ada berpuluh mungkin beratus sebab buat blog. Tidak kisahlah apa tujuan kita buat blog samada untuk buat duit atau sebab-sebab yang lain komen daripada Ibunda Blogger dalam entri “Google Webmaster penting untuk blog” ini mesti diambil perhatian.
Pemilik blog kena belajar cara membina blog secara teknikal dan non teknikal kena seimbang..tak boleh satu cara saja.
Rakan Blogger pernah ke baca biodata Ibunda Blogger yang memulakan kerjaya sebagai seorang Blogger pada tahun 20/9/2005. Kalau belum kenalah baca baru tahu betapa nasihat beliau patuh diikuti. Ini aku quote kan sebahagian biodata yang selalu menjadi alasan untuk kita tidak mahu memajukan diri menjadi seorang Blogger.
[box]
Saya beruntung kerana mempunyai kawan dilingkungan yang sangat rajin membantu. Sebagai seorang yang buta IT, saya perlu berada di kalangan ‘geek’ untuk mendapatkan ilmu.
Seperti kata perpatah, kalau ingin dapatkan madu, jadilah seperti lebah yang kemana-mana pergi mencari bunga. Jangan menjadi seperti lalat, kat mana² dia pergi, dia akan mencari kekotoran… orang yang hatinya bersih, akan mencari kebaikan pada suasana di sekelilingnya… orang yang hatinya busuk, akan hanya nampak keburukan kat mana² dia berada.
Ramai rakan-rakan yang menyumbang idea, pertolongan atau kritikan untuk membangunkan blog ini. Sumbangan mereka sangat dihargai.[/box]
Kita selalu menjadikan “Buta IT” sebagai alasan untuk tidak mahu memajukan diri menjadi Top Blogger atau Popular Blogger. Apabila kita nak buat blog kenalah buat dengan cara yang betul walaupun sekadar hobi. Ramai Blogger termasuk aku yang suatu masa dahulu tidak pernah tahu blog secara teknikal dan non teknikal tetapi mengambil masa berbulan-bulan untuk belajar dengan Pak Cik Google di samping mendapat tunjuk ajar daripada kawan-kawan.
Menjadi seorang Blogger bukan sekadar menulis dan menulis dan menulis serta fikir SEO sahaja. Blogger juga mesti mengenal blog sendiri dari sudut teknikal melalui Google Webmaster, Google Analytics, SEO tools dan berbagai tool yang lain. Melalui komen-komen daripada entri lepas masih ramai Blogger yang tidak tahu pun kegunaan Google Webmaster begitu juga kegunaan Google Analytics atau tools yang lain. Paling mengejutkan ada Blogger yang tak pernah tahu pun semua ini.
Blogger juga perlu tahu hal-hal teknikal yang lain seperti loading page, pagerank, alexa ranking, trafik blog, bounce rate dan banyak lagi yang boleh membantu blog kita menjadi hebat berbanding blog yang lain. Dengan kelebihan ilmu teknikal berblog tanpa kita sedari walaupun pada asalnya duit bukan matlamat tetapi perlahan-lahan duit akan mencari blog kita.
Gabungan pengetahuan bukan teknikal dan teknikal ini sebenarnya memberikan kita kelebihan untuk mengetahui di mana tahap blog kita berada dan bagaimana untuk kita menaikkan ke tahap yang lebih baik. Contohnya kita tahu bahawa loading page kita di tahap yang kurang memuaskan, walaupun mungkin kita mempunyai kekangan kemahiran atau ilmu untuk menambah baik, tetapi sekiranya kita dapat mengenalpasti bahawa bahagian tersebut mempunyai masalah, kita boleh meminta bantuan daripada mereka yang lebih arif dalam bidang tersebut untuk melakukan optimasi tersebut untuk kita.
Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya kita tidak cuba untuk belajar bagaimana untuk mengenalpasti perkara-perkara teknikal ini. Kita seringkali mengambil remeh perkara seperti ini dengan alasan ianya tidak penting atau kita hanya menulis untuk suka-suka dan pelbagai lagi. Namun sekiranya kita sedar bahawa setiap masa yang kita laburkan itu begitu tinggi nilainya, pasti kita tidak akan memberikan alasan-alasan sebegini.
Ini pesanan daripada Sifu Affiliate kepada Rakan Blogger yang memang nak buat duit dengan blog :
Bagi gua, nak buat duit dengan blog, SEO itu benda wajib dan kritikal. Nak tak nak, kena belajar.
Nak menjadi Blogger yang BERJAYA kata kunci yang penting adalah “BELAJAR“. Jadi sejauh mana anda telah meluangkan masa, tenaga mahupun wang ringgit untuk menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang yang anda ceburi ini; penulisan blog.
Sekiranya anda mungkin tidak gemar untuk menelaah buku atau bahan-bahan rujukan yang lain, pihak Akademi Denaihati menyediakan kelas praktikal yang membolehkan anda menambah pengetahuan mengenai perkara-perkara teknikal dan bukan teknikal dalam menguruskan blog dan menjadikan blog anda lebih baik. Semoga usaha kita untuk menjadikan industri penulisan blog ini sebagai industri yang boleh dijadikan sebagai kerjaya profesional akan menjadi kenyataan dengan perkongsian ilmu dan pendapat dalam pelbagai sudut.
83 Comments
Masih belajar untuk menjadi blogger yang boleh bagi manfaat kepada semua orang.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Berbuka Puasa Dengan Uncle Jack
kalau betul-betul nak generate income dengan blog, pastikan trafik kencang
tak kisah la dari laman sosial ataupun SEO, selagi trafik tinggi, insyaallah income tu datang sendiri
Apabila dipanggil blogger sudah semestinya pandangan masyarakat hanya menganggap kita menulis sahaja. Namun lebih banyak sebenarnya yang blogger lakukan selain daripada menulis. Contohnya membuat buat dengan internet.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Cantik jelita dan tampil berseri dengan Placenta White By Nikko
Nak menjadi blogger berjaya tak semudah yg disangkakan..banyak suka duka yg perlu ditempuhi sebelum menempa kejayaan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Jorge Pereyra Diaz Wira Baru JDT
ramai orang suka dengar kisah manis je…
tapi dia tak tahu apa yang blogger tu usahakan time mula2 buat blog dulu
Menitis air mata baca penulisan ni.
Susah nak jadi blogger berjaya ni, semua benda kena belajar.
Rasanya semua blogger bermula dgn hanya perasaan mahu menulis sahaja. Namun, selepas berapa lama, kehendak dan keinginan itu bertukar lantaran dari pengetahuan yg ditimba dari blogging itu. Sebagai blogger kita harus lihat pada blogger2 berjaya sebagai panduan dan idola.
Curahan rasa Ismail N @ ..More Than Teachers and Educators
InsyaAllah..mereka yang dah berjaya ni akan saya jadikan ikutan sampai bila-bila..
Curahan rasa Hafizul @ ..Perbezaan Kita dan Nabi SAW Menyambut Hari Raya
Banyak lagi yang perlu saya pelajari untuk mantapkan blog saya..
Curahan rasa daddydee @ ..Cara mendapatkan pendapatan tambahan : Kenapa Saya Pilih Jobdirumah?
samalah kita daddydee .. banyak lagi yang perlu dipelajari utk menjadi top blogger macam Denaihati
setakat saya bloggin, mmg byk lagi ilmu yg saya perlu belajar
dan yg paling penting, ilmu pemasaran itu sangat penting.
Curahan rasa Muaz @ ..Komen saya tentang Blogging is My Hobby and My Career
memang sentiasa kena belajar..
Curahan rasa blackrosehunter @ ..Selamat Hari Raya
Comments are closed.