Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa entri sebelum ini fokus kepada tajuk buat duit dengan blog setelah semakin ramai Rakan Blogger berjaya menjana pendapatan daripada blog. Tujuan sebenar buat blog bukan hanya untuk buat duit. Kalau mengikut entri “sebab mereka berblogging” ada berpuluh mungkin beratus sebab buat blog. Tidak kisahlah apa tujuan kita buat blog samada untuk buat duit atau sebab-sebab yang lain komen daripada Ibunda Blogger dalam entri “Google Webmaster penting untuk blog” ini mesti diambil perhatian.
Pemilik blog kena belajar cara membina blog secara teknikal dan non teknikal kena seimbang..tak boleh satu cara saja.
Rakan Blogger pernah ke baca biodata Ibunda Blogger yang memulakan kerjaya sebagai seorang Blogger pada tahun 20/9/2005. Kalau belum kenalah baca baru tahu betapa nasihat beliau patuh diikuti. Ini aku quote kan sebahagian biodata yang selalu menjadi alasan untuk kita tidak mahu memajukan diri menjadi seorang Blogger.
[box]
Saya beruntung kerana mempunyai kawan dilingkungan yang sangat rajin membantu. Sebagai seorang yang buta IT, saya perlu berada di kalangan ‘geek’ untuk mendapatkan ilmu.
Seperti kata perpatah, kalau ingin dapatkan madu, jadilah seperti lebah yang kemana-mana pergi mencari bunga. Jangan menjadi seperti lalat, kat mana² dia pergi, dia akan mencari kekotoran… orang yang hatinya bersih, akan mencari kebaikan pada suasana di sekelilingnya… orang yang hatinya busuk, akan hanya nampak keburukan kat mana² dia berada.
Ramai rakan-rakan yang menyumbang idea, pertolongan atau kritikan untuk membangunkan blog ini. Sumbangan mereka sangat dihargai.[/box]
Kita selalu menjadikan “Buta IT” sebagai alasan untuk tidak mahu memajukan diri menjadi Top Blogger atau Popular Blogger. Apabila kita nak buat blog kenalah buat dengan cara yang betul walaupun sekadar hobi. Ramai Blogger termasuk aku yang suatu masa dahulu tidak pernah tahu blog secara teknikal dan non teknikal tetapi mengambil masa berbulan-bulan untuk belajar dengan Pak Cik Google di samping mendapat tunjuk ajar daripada kawan-kawan.
Menjadi seorang Blogger bukan sekadar menulis dan menulis dan menulis serta fikir SEO sahaja. Blogger juga mesti mengenal blog sendiri dari sudut teknikal melalui Google Webmaster, Google Analytics, SEO tools dan berbagai tool yang lain. Melalui komen-komen daripada entri lepas masih ramai Blogger yang tidak tahu pun kegunaan Google Webmaster begitu juga kegunaan Google Analytics atau tools yang lain. Paling mengejutkan ada Blogger yang tak pernah tahu pun semua ini.
Blogger juga perlu tahu hal-hal teknikal yang lain seperti loading page, pagerank, alexa ranking, trafik blog, bounce rate dan banyak lagi yang boleh membantu blog kita menjadi hebat berbanding blog yang lain. Dengan kelebihan ilmu teknikal berblog tanpa kita sedari walaupun pada asalnya duit bukan matlamat tetapi perlahan-lahan duit akan mencari blog kita.
Gabungan pengetahuan bukan teknikal dan teknikal ini sebenarnya memberikan kita kelebihan untuk mengetahui di mana tahap blog kita berada dan bagaimana untuk kita menaikkan ke tahap yang lebih baik. Contohnya kita tahu bahawa loading page kita di tahap yang kurang memuaskan, walaupun mungkin kita mempunyai kekangan kemahiran atau ilmu untuk menambah baik, tetapi sekiranya kita dapat mengenalpasti bahawa bahagian tersebut mempunyai masalah, kita boleh meminta bantuan daripada mereka yang lebih arif dalam bidang tersebut untuk melakukan optimasi tersebut untuk kita.
Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya kita tidak cuba untuk belajar bagaimana untuk mengenalpasti perkara-perkara teknikal ini. Kita seringkali mengambil remeh perkara seperti ini dengan alasan ianya tidak penting atau kita hanya menulis untuk suka-suka dan pelbagai lagi. Namun sekiranya kita sedar bahawa setiap masa yang kita laburkan itu begitu tinggi nilainya, pasti kita tidak akan memberikan alasan-alasan sebegini.
Ini pesanan daripada Sifu Affiliate kepada Rakan Blogger yang memang nak buat duit dengan blog :
Bagi gua, nak buat duit dengan blog, SEO itu benda wajib dan kritikal. Nak tak nak, kena belajar.
Nak menjadi Blogger yang BERJAYA kata kunci yang penting adalah “BELAJAR“. Jadi sejauh mana anda telah meluangkan masa, tenaga mahupun wang ringgit untuk menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang yang anda ceburi ini; penulisan blog.
Sekiranya anda mungkin tidak gemar untuk menelaah buku atau bahan-bahan rujukan yang lain, pihak Akademi Denaihati menyediakan kelas praktikal yang membolehkan anda menambah pengetahuan mengenai perkara-perkara teknikal dan bukan teknikal dalam menguruskan blog dan menjadikan blog anda lebih baik. Semoga usaha kita untuk menjadikan industri penulisan blog ini sebagai industri yang boleh dijadikan sebagai kerjaya profesional akan menjadi kenyataan dengan perkongsian ilmu dan pendapat dalam pelbagai sudut.
83 Comments
Ya.. saya setuju untuk menjadi Blogger yang berjaya kena “Belajar”. Sebab setiap masa banyak perkara baru yang perlu dipelajari daripada segi teknikal dan bukan teknikal. Semua blogger bermula dengan langkah demi langkah. Tiada jalan mudah untuk jadi blogger yang berjaya.
Curahan rasa Arieon @ ..Sabahan Bloggers List 2013
Assalammualaikum… terima kasih bro denaihati bebanyak atas pencerahan ilmu yang baik. Moga sama2 kita berkongsi. “sharing is caring”
mselim3
Curahan rasa mselim3 @ ..Entry Khas : Kad Raya mselim3.blogspot.com Untuk Rakan Blogger.
sebenarnya dunia blogging ini..apa yang paling buat kita happy adalah apabila ada orang baca artikel kita..itulah kepuasan seorang blogger..hehehehe
Curahan rasa master slave @ ..Melayu Boleh
grafik the brain of a blogger tu sangat tepat, bukan saja aim the money, tapi keseluruhan. lama tak blogwalking..hoho 😛
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..(Parody) Sindrom Oppa Gangnam Style Rakyat Malaysia
Ya, saya setuju dengan pendapat di atas. Dulu tulis blog sekadar main2 je. tapi kini lebih bersemangat dan sedang belajar semua ini. Juga sedang membantu seorang rakan yang mempunyai blog yang popular tapi dia kurang berminat untuk mengetahui menguruskan blog dia dengan baik.
Curahan rasa BK @ ..Gambar Kim Jin Sung sebagai hos undangan di 8TV Nite Live
Menulis saja-saja, bila ada income generate masa berblog terus rasa happy. Tp biar lah happy berblog (berkongsi) dan income tu adalah reward kpd kita,
Curahan rasa Tips Buat Duit Online @ ..Tips Buat Duit Dengan Blog
bukan sekadar menulis, ada event2 kena hadir juga bukan setakat hadir je tp bina keyakinan diri sendiri itu yang penting apakah tulisan kita menggambarkan diri kita sebenar juga bila berada di kalangan blogger2 lain di event
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Melayu Boleh
thanks denai untuk inspirasinya
Curahan rasa agen herbalife @ ..Agen Herbalife Semarang
Start dengan hobi ler.. penuhkan masa di waktu lapang.. lama kelamaan dah nampak $$$ masuk… itulah matlamat yang terbesar sekali.. ^_^
Ikhlas,
Amin Johar
Webmaster
PAKAR NIAGA
Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..BUAT DUIT BLOG | RM5000 UNTUK BLOGGER!
abis….blogger untuk dikencing…sebb bila wat kontest tak nak bayar…mcm tu ker
Kuasa blogger.. Komplen…. Ada blogger buat contest tak bayar. Apa lagi.. kasi komplen di blog lah… 1 dunia boleh tahu..
Apapun sebelum komplen di blog sendiri, try push gila2x macam orang cina buat kat pengelola contest tu… Gagal dapat feedback juga baru announce di blog..
Ikhlas,
Amin Johar
Webmaster
PAKAR NIAGA
Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..BUAT DUIT BLOG | RM5000 UNTUK BLOGGER!
Sangat betul…. Blogger bukan hanya sekedar menulis saja.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Tradisi Mudik Lebaran
Kita harus memikirkan entri agar berkualitas , menarik dan bermanfaat bagi banyak orang. Jika kita Ikhlas menulis akan lebih mudah namun sebaliknya kalau cuman sekedar menulis maka hasilnya tentu tidak sempurna.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..TA’ARUF – Konsep Pacaran Islami?
semakin banyak kita menulis kita akan semakin terbiasa . Jika kita mengetahui kesalahan saat membuat artikel pastinya tentu akan membuat kita untuk menulis dengan cara dan susunan yang benar
Curahan rasa Bang Iwan @ ..TA’ARUF – Konsep Pacaran Islami?
Dan semua itu, saya banyak belajar dari denaihati.com. Terima kasih banyak
Curahan rasa Bang Iwan @ ..TA’ARUF – Konsep Pacaran Islami?
Setuju dengan artikel ni..saya seorang blogger yang mempunyai 1001 alasan dan sebab kenapa saya buat blog. dan setiap alasan yang saya ada tu, ia akan membawa kepada ilmu dalam bidang blogging..buat buat untuk dia, mesti kena belajar seo. buat duit untuk berkongsi pendapat, mesti kena belajar cara penulisan yang baik. kalau tak nak belajar, buat blog untuk syok sorang…haha..yang ni malas belajar pun tak apa…saya dan pondok kecil, kami sangat serius..hahaha
Curahan rasa Hafizul @ ..Berita Gembira Dari Kuala Lumpur
Memang ilmu sangat penting apatah lagi bila nak beramal…TK berikan peringatan.
Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..4 benda yang boleh digunakan untuk buat perubahan
yang penting, terus menulis dan jangan putus asa.
Curahan rasa encik bakul @ ..Pengalaman kena tipu dengan Jobdirumah.
@Encik Bakul,
Betul3x.. teruskan menulis walaupun hasil iklan hanya sekadar $0.10 sebulan… huhuhu ^_^
Sampai satu masa @ dah tiba giliran rezeki, dapat tetap dapat… Jangan patah semangat..
Ikhlas,
Amin Johar
Webmaster
PAKAR NIAGA
Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..BUAT DUIT BLOG | RM5000 UNTUK BLOGGER!
betul tu Bro Denai…kena belajar untuk dapatkan ilmu blogging ni.. tanpa ilmu blog tak akan ke mana.
Curahan rasa ema @ ..Tak akan sekolah agama sampai bila-bila
Comments are closed.