Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sana sini Rakan Blogger bercerita tentang SEO sehingga banyak blog terperangkap dalam dunia SEO. Tujuan utama SEO untuk kebanyakan Rakan Blogger tidak ada yang lain selain mengejar trafik blog. Untuk itu Rakan Blogger akan sentiasa sensitif dengan kata kunci panas semasa yang boleh menjana trafik yang tinggi yang akhirnya boleh menjana pendapatan apabila dapat mengembirakan pengiklan.
Apabila kita bermain dengan kata kunci panas masalahnya trafik blog tidak menentu bila mengena tiba-tiba trafik naik mengunung tetapi turun kembali apabila kata kunci tersebut tidak lagi dicari oleh pembaca. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Melihat situasi dunia blogging yang kucar kacir makanya sebuah entri bertajuk “Penjana Trafik Berdasarkan Kata Kunci” telah ditulis oleh Blogger Eizil untuk menyedarkan Rakan Blogger bahawa jangan kita hanya bergantung kepada kata kunci panas jika ingin bertahan lama dalam dunia blogging.
Terbaca entri di sebuah Blog Antrabangsa katanya SEO bukan segala-galanya dalam sesebuah blog yang baik. Jangan terlalu risau dengan trafik blog dan pengiklan yang meletakan berbagai syarat. Yang perlu kita fikirkan adalah PEMBACA SETIA yang membaca blog kita. Apa guna kalau trafik tinggi melangit hanya kerana kita meletakkan satu kata kunci panas yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan niche blog. PEMBACA SETIA pasti akan datang tetapi tidak membaca entri tersebut dan akhirnya akan lari daripada blog kita apabila kesilapan yang sama berlaku berulang-ulang.
Mengikut kata Blogger Profesional tersebut apa yang perlu adalah entri yang berkualiti dengan SEO yang bernyawa dengan tajuk yang sesuai, gaya penulisan yang menarik tidak kaku dan ejaan yang betul seperti kehendak Google. Apabila kita mampu menulis dengan baik, mempunyai blog yang berkuasa dan mempunyai PEMBACA SETIA maka kita boleh menetapkan syarat kepada pengiklan bukan pengiklan yang menetapkan syarat untuk kita. Mungkin ini jugalah yang ingin disampaikan oleh Blogger Eizil dalam penulisannya.
Antara Blog yang boleh menjadi contoh dengan penulisan yang baik, berinformasi dan mempunyai SEO bernyawa adalah blog Mak Cik ini. Aku memang kagum dengan cara menulisan yang bersahaja tetapi penuh dengan jiwa, ilmu dan menggunakan SEO yang nampak tak nampak. Blogger ini selalu kata dia tak menulis kerana SEO tetapi bagi yang faham akan tahu bahawa beliau menulis mengikut atur cara SEO.
2013 kian hampir sudah tiba masa untuk blog Denaihati berubah ….
185 Comments
Terima kasih tips yang bergunani bro DH.
Curahan rasa pokok manggis depan rumah @ ..SEGMEN BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH
Byk lagi perlu dipelajari, kena byk blogwalking dan tanpa pendapat rakan2 serta selalu layari blog2 yg dah famours/glamor.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget Impian
Kena pandai bagi masa, kalau tidak semua tersadai dan terbengkalai. Keyword pula betu;2 otai.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget Impian
Akhir2 tahun ini byk contest dan GA, ramai terperangkap di dalam SEO, kena pula semua mahu sertai, sampai ada tiada dlm SERP dan search engine google.com.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget Impian
lagi ingin belajar buat blog terima kasih informasinya
blog syahrilhafiz.com makin terkubur dek kerana belia dingin 🙁
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..(Parody) Sindrom Oppa Gangnam Style Rakyat Malaysia
Terfikir cara nak mengelakkan kekeringan idea..
ada sesiapa boleh tolong?
Curahan rasa albaihaqie @ ..Pengembala Mencari Bahagia
Tapi awalnya tetep harus pake seo, kalo udah dikenal baru ,,,
Curahan rasa Diabe @ ..Obat Herbal Penyakit Alzheimer
Saya lagi suka blog yang mempunyai pembaca setia daripada pembaca yang datang hanya kerana SEO. Pembaca setia ni akan kekal sampai bila-bila manakala SEO ni adalah bermusim sahaja.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Akhirnya Harimau Malaya Bangun Dari Tidur
sipp
nice blog
Curahan rasa mahfud @ ..Tutorial Dasar NX7 Part 2 (Fungsi Mouse)
Sangat berkesan untuk menggugah saya supaya tidak terjebak dalam dunia SEO, terimakasih.
Curahan rasa Suwono @ ..Agen Herbalife Tasikmalaya
Setuju sekali, sebuah artikel yang baik merupakan suatu latihan dalam menggunakan sebuah kata kunci dalam sebuah artikel
Sukses selalu
Salam
Ejawantah’s Blog
Panggggg!! tertampar dengan entri ini.. bagus-bagus. Kita kena mula berubah..
Curahan rasa samdaddycool @ ..Jom join Contest Giveaway hujung tahun 2012
aku lebih suka page load yg pantas ..kalau website / blog tu tu slow semacam je memang aku pangkah terus …template yg simple juga penting selain seo game …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Indiana Jones di Malaysia
Comments are closed.