Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Denaihati.com dah banyak buat entri review blog yang menarik untuk dibaca. Semua blog yang pernah direview terdiri daripada blog dengan niche yang tersendiri. Entri kali ni joom kita baca review blog DiaryMama.com pula. Untuk pengetahuan semua, pemilik blog DiaryMama.com ni merupakan salah seorang bekas pelajar Akademi Denaihati.
“Bagai orang mengantuk disorongkan bantal”. Dapat peluang buat review dalam blog Denaihati.com memang sesuatu yang dinanti-nantikan. Memang teruja sangat.
Blog DiaryMama.com ialah personal blog. Saya menulis tentang perjalanan kehidupan diri sendiri sama ada duka atau gembira menjadi ibu tunggal kepada 3 orang anak dan kini hanya menjaga seorang daripada 3 anak tersebut.
Bukan untuk mengaibkan diri sendiri dengan bercerita pasal diri sendiri kepada orang luar, tapi saya nak kisah yang saya tulis dijadikan satu pedoman dan pengajaran buat sesiapa sahaja di luar sana agar berhati-hati memilih kehidupan yang penuh onak dan duri. Apa yang saya tulis, yang baik jadikan pedoman dan yang tidak jadikan pengajaran.
Kecintaan Pada Makanan dan Travel
Dalam blog DiaryMama.com juga saya selitkan kecintaan saya pada makanan dan pelancongan. Saya minat makan. Apa yang saya cuba dan saya dapati menarik dan sedap saya akan kongsikan dalam blog saya. Begitu juga pasal melancong. Dari dulu memang saya suka berjalan. Jadi saya kongsikan setiap pengembaraan yang saya lalui di setiap tempat yang saya lawati.
Permulaan saya menulis dalam blog sekitar tahun 2010 bila saya terbaca kisah Redmummy.com. Dari situ timbul minat menulis dalam blog. Perlahan-lahan saya belajar sendiri bagaimana nak buat blog dan menulis dalam blog. Waktu tu saya belum berani lagi nak publishkan. Dalam tahun 2012 barulah saya beranikan diri dan nekad publishkan setiap entry yang saya tulis.
Daripada suka menulis dalam diary kini beralih ke blog. Daripada tidak ada domain sendiri kini saya ada nama domain sendiri. Terima kasih kepada silenceblogz.com rakan seangkatan dalam dunia blogging yang banyak membantu saya perihal berblog. Dia juga banyak betulkan salah dan silap yang saya lakukan dalam berblog ini.
Belajar Blogging di Akademi Denaihati
Kini saya mula berjinak pula dalam WordPress dan telah sertai Kelas Junior WordPress anjuran Akademi Denaihati. Saya juga ada buat business sikit-sikit iaitu skincare product dan health product. Jadi saya nak mengukuhkan dan mengembangkan lagi perniagaan saya agar mendapat rezeki yang halal bagi membesarkan anak saya.
Perkongsian dari pengalaman
Banyak kelebihan kita akan dapat bila join Kelas WordPress Akademi Denaihati. Seperti mana yang telah diberitahu, Kelas WordPress yang diadakan pada minggu lepas adalah kelas kedua terakhir bagi tahun ini. Kelas WordPress sesi bulan Disember nanti merupakan kelas terakhir bagi tahun 2013. Selepas itu, kelas akan dihentikan bagi memberi laluan untuk lebih fokus kepada misi dan visi tahun 2014.
Rakan blogger yang teringin untuk menjadi lebih baik dalam bidang blogging disarankan join WordPress Master Class. Di samping menimba ilmu, banyak projek bersama Denaihati Network bakal anda dapat terutamanya dalam projek khas #TeamWork yang sedang giat diadakan untuk bekas pelajar Master Class sebelum ini.
Anda juga boleh bersama-sama dalam projek ini dengan syarat perlu daftar penyertaan WordPress Master Class di Akademi Denaihati terlebih dahulu. Pendaftaran boleh dibuat di Halaman Akademi Denaihati.
No related posts.
99 Comments
Sangat bertuah kalau dapat menimba ilmu blogging di akedemi denaihati ni. Banyak yang perlu dipelajari untuk menjadi blogger yang hebat
Curahan rasa Azhafizah @ ..Zikir Harian
Tahniah blog diary mama berjaya dalam menghasilkan blog personal yang best. Seronoknya kalau dapat travel dan berkongsi pengalaman dan juga makanan luar kan. Semoga terus maju Blog DiaryMama.com.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Zikir Harian
dalam kita berbuat sesuatu ilmu itu amat penting..tanpa ilmu bagaimana kita hendak bergerak kedepan apabila kita tidak tahu kaedah yang betul…tak rugi jika melabur untuk menimba ilmu..yang peting rajin berusaha..kepada blogger mama diary semoga terus maju jaya
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Mitos Tentang Alexa Traffic Rank
Untuk berjaya tidak kira latar belakang malah sesiapa sahaja boleh berjaya. Tahniah untuk beliau yang berjaya harungi kehidupan sebagai ibu tunggal bersama seroang anak. Bukan mudah juga.
Kejayaan hari ini adalah pembakar semangat untuk terus maju ke depan. Lupakan kegagalan sejenak. Renunginya apabila kita berjaya kelak untuk bantu supaya kita tidak riak.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Apa yang akan dipelajari dalam kelas-kelas wordpress kelolaan denaihati ni ye? tertanya-tanya jugak.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
wah pasti sedap sekali makanannya
wah sedapnya makananannya pasti enak, post yang sangat bagus sekali
Obat jantung alami…terima kasih, makanan nya memang enak-enak sekali
Curahan rasa Hannyabdullah @ ..Belajar Masakan Traditional Kerala Di Munnar , India
perjalanan momen yg bermanfaat selalu memberikan manfaat untuk para blogger
Curahan rasa cara diet aman @ ..Camilan sehat untuk diabetes
Tahniah kepada Akademi Denahati yang terus membantu ramai blogger Malaysia utk terus maju dan berjaya dalam bidang ini. Well done bro. Kalau saya duduk kat Semenanjung, maybe saya pun sibuk-sibuk juga. 😀
Belum lagi ada kesempatan utk membaca blog dairy mama. Mungkin selepas buat komen di sini nanti. Thank you for sharing.
Ismail N , Memang tak rugi belajar di akademi Denaihati , penuh dengan ilmu yang dicurahkan. Saya bertuah dapat timba ilmu di sini.
Sudi2lah singgah ya..
Curahan rasa Hannyabdullah @ ..Belajar Masakan Traditional Kerala Di Munnar , India
Makanan dan berjalan adalah kombinasi yang best 🙂
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Jana Side Income Dari Rumah
Naimah, Memang betul tu..lebih2 lagi kalau kita berjalan ke tempat2 yang makanan nya sedap2 , lagi banyak cerita yg boleh di kongsi
Curahan rasa Hannyabdullah @ ..Belajar Masakan Traditional Kerala Di Munnar , India
membuat saya lapar boss jika membahas makanan
Menarik blog ini. dah cuba singgah sekejap tadi. Bagus dia ikut kursus yang DH tawarkan. Terbaik.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Poket Dengan Buat Surveys(Soal Selidik)
Pokok Mangis Depan Rumah , terima kasih singgah blog DM, Memang rasa bertuah sangat dapat belajar di Akademi denaihati, insaallah akan teruskan pembelajaran
Curahan rasa hannyabdullah @ ..HARI PERTAMA DI KERALA INDIA
Saya usahakan buat singgah di blog diarymama…
Curahan rasa bed cover @ ..Apakah Tuhan Selalu Membuat Mujizat?
bed cover
terimakasih ya atas usaha untuk singgah ke DM..;)
Curahan rasa hannyabdullah @ ..HARI PERTAMA DI KERALA INDIA
Selamat dan sukses. Salam kenal buat owner diarymama.com
Curahan rasa renungan harian @ ..Apakah Tuhan Selalu Membuat Mujizat?
Selamat maju jaya untuk DM.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Poket Dengan Buat Surveys(Soal Selidik)
renungan harian..Salam kenal juga ya..;)
Curahan rasa hannyabdullah @ ..HARI PERTAMA DI KERALA INDIA
Salam kenal untuk founder blog dearymama
Curahan rasa Bang Iwan @ ..DOCTOR WHO Ulang Tahun Ke-50 Di Logo Google Hari Ini
Salam Kenal juga buat Bang Iwan, ehhh Bang Iwan..bukan ke kita sudah kenal dulu??
Curahan rasa hannyabdullah @ ..HARI PERTAMA DI KERALA INDIA
Comments are closed.