Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Denaihati.com dah banyak buat entri review blog yang menarik untuk dibaca. Semua blog yang pernah direview terdiri daripada blog dengan niche yang tersendiri. Entri kali ni joom kita baca review blog DiaryMama.com pula. Untuk pengetahuan semua, pemilik blog DiaryMama.com ni merupakan salah seorang bekas pelajar Akademi Denaihati.
“Bagai orang mengantuk disorongkan bantal”. Dapat peluang buat review dalam blog Denaihati.com memang sesuatu yang dinanti-nantikan. Memang teruja sangat.
Blog DiaryMama.com ialah personal blog. Saya menulis tentang perjalanan kehidupan diri sendiri sama ada duka atau gembira menjadi ibu tunggal kepada 3 orang anak dan kini hanya menjaga seorang daripada 3 anak tersebut.
Bukan untuk mengaibkan diri sendiri dengan bercerita pasal diri sendiri kepada orang luar, tapi saya nak kisah yang saya tulis dijadikan satu pedoman dan pengajaran buat sesiapa sahaja di luar sana agar berhati-hati memilih kehidupan yang penuh onak dan duri. Apa yang saya tulis, yang baik jadikan pedoman dan yang tidak jadikan pengajaran.
Kecintaan Pada Makanan dan Travel
Dalam blog DiaryMama.com juga saya selitkan kecintaan saya pada makanan dan pelancongan. Saya minat makan. Apa yang saya cuba dan saya dapati menarik dan sedap saya akan kongsikan dalam blog saya. Begitu juga pasal melancong. Dari dulu memang saya suka berjalan. Jadi saya kongsikan setiap pengembaraan yang saya lalui di setiap tempat yang saya lawati.
Permulaan saya menulis dalam blog sekitar tahun 2010 bila saya terbaca kisah Redmummy.com. Dari situ timbul minat menulis dalam blog. Perlahan-lahan saya belajar sendiri bagaimana nak buat blog dan menulis dalam blog. Waktu tu saya belum berani lagi nak publishkan. Dalam tahun 2012 barulah saya beranikan diri dan nekad publishkan setiap entry yang saya tulis.
Daripada suka menulis dalam diary kini beralih ke blog. Daripada tidak ada domain sendiri kini saya ada nama domain sendiri. Terima kasih kepada silenceblogz.com rakan seangkatan dalam dunia blogging yang banyak membantu saya perihal berblog. Dia juga banyak betulkan salah dan silap yang saya lakukan dalam berblog ini.
Belajar Blogging di Akademi Denaihati
Kini saya mula berjinak pula dalam WordPress dan telah sertai Kelas Junior WordPress anjuran Akademi Denaihati. Saya juga ada buat business sikit-sikit iaitu skincare product dan health product. Jadi saya nak mengukuhkan dan mengembangkan lagi perniagaan saya agar mendapat rezeki yang halal bagi membesarkan anak saya.
Perkongsian dari pengalaman
Banyak kelebihan kita akan dapat bila join Kelas WordPress Akademi Denaihati. Seperti mana yang telah diberitahu, Kelas WordPress yang diadakan pada minggu lepas adalah kelas kedua terakhir bagi tahun ini. Kelas WordPress sesi bulan Disember nanti merupakan kelas terakhir bagi tahun 2013. Selepas itu, kelas akan dihentikan bagi memberi laluan untuk lebih fokus kepada misi dan visi tahun 2014.
Rakan blogger yang teringin untuk menjadi lebih baik dalam bidang blogging disarankan join WordPress Master Class. Di samping menimba ilmu, banyak projek bersama Denaihati Network bakal anda dapat terutamanya dalam projek khas #TeamWork yang sedang giat diadakan untuk bekas pelajar Master Class sebelum ini.
Anda juga boleh bersama-sama dalam projek ini dengan syarat perlu daftar penyertaan WordPress Master Class di Akademi Denaihati terlebih dahulu. Pendaftaran boleh dibuat di Halaman Akademi Denaihati.
No related posts.
99 Comments
Salam Kenai Mama….Hehehe
Curahan rasa Qashmere @ ..Mummy Jadi Duta 8Share ??
Salam kenal juga ya Qashmere..
Curahan rasa hannyabdullah @ ..HARI PERTAMA DI KERALA INDIA
ngeblog sungguh menyenangkan bisa jalan jalan dan plus dapat penghasilan dari ngeblog
Curahan rasa ade sunandar @ ..Obat Herbal Tumor Payudara
ade sunandar , ya betul tu..dapat hasil kemudian boleh jalan-jalan..hehehe
Curahan rasa hannyabdullah @ ..HARI PERTAMA DI KERALA INDIA
kalau tak silap saya pernah singgah ke blog diary mama..sejak mengurangkan aktiviti blogwalking saya agak ketinggalan mengikuti perkembangan banyak blog yang terbaik..
Curahan rasa kakiblog @ ..7 Dalil Blogger Itu Seorang Usahawan
kakiblog , mama pun ada perasan kakiblog ada singgah kat DM, terimakasih atas kesudian singgah..jangan berhenti untuk singgah ya..
Curahan rasa hannyabdullah @ ..HARI PERTAMA DI KERALA INDIA
Hafizmd…dipersilakan singgah, nak kata byk pedoman tu tak ada lah sgt tapi adalah sikit2 pengalaman
Belum pernah ke blog diarymama.com InsyaAllah terjah blog ni. Pasti banyak pedoman yg ada.
Curahan rasa hafizmd @ ..5 Tips Rumah Tangga Pasangan Baru Kahwin
Hafizmd…dipersilakan singgah, nak kata byk pedoman tu tak ada lah sgt tapi adalah sikit2 pengalaman
Curahan rasa hannyabdullah @ ..Fakta Alpha Lipid LifeLine Jika Anda Masih Ragu
Nanti nak terjah jugak blog pencinta makanan dan suka travel ini.
Hatiputra..silakan, sgt2 dialu-alukan. Jika ada salah silap sila2 lah komen ya
Curahan rasa hannyabdullah @ ..Fakta Alpha Lipid LifeLine Jika Anda Masih Ragu
yess…. dah memang nampak perubahan yang positif dan lebih baik blog DIARY MAMA nie…. dalam perancangan nak selit dalam blog saya jugak nanti nie….
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..Blog Makanan SEDAP di MAHAMAHU.COM
Terima kasih hazman…baru nak bertatih je ni…Alhamdulillah tunjuk ajar sifu boleh lah meningkat sedikit demi sedikit…
Nak selit di blog hazman?? Ya allah tima kasih byk2 atas kesudian ya..
Curahan rasa hannyabdullah @ ..Fakta Alpha Lipid LifeLine Jika Anda Masih Ragu
okeh jap2 lagi nak singgah la blog mama tuh…
Curahan rasa papa mifz @ ..Tayar Kereta Tersumbat Dalam Lampu Suluh
Ok papa mifz…mama akan tunggu kedatangannya…:)
Curahan rasa hannyabdullah @ ..Fakta Alpha Lipid LifeLine Jika Anda Masih Ragu
sekarang mama ni gi india kan? kan?
Curahan rasa encik bakul @ ..Bukti bayaran terbaru dari kerja JOBDIRUMAH
Encik bakul…ehhh mana tau ni..sekodeng mama ya..hehehe.
Yup mama sdg berada di I dia skrg ni, nanti singgah lah baca entry pasal perjalanan mama di india ya..
Curahan rasa hannyabdullah @ ..Fakta Alpha Lipid LifeLine Jika Anda Masih Ragu
kena usaha cari duit utk jln2 nih. Blog travel aku hampir siap.. hoho
Curahan rasa encikarman @ ..Tip Naikkan Pendapatan USD Adsense – Meh Baca
Untungla ada blog travel…
Curahan rasa saljuhumairah @ ..Mata dan Hati Menangis Menonton Video Ahmad Ammar bin Ahmad Azam
wah…makin maju…terbaiklah bro!
Curahan rasa hafizmd @ ..5 Cara Super Mudah ‘Potong’ Jumlah Kalori Dalam Menu Harian!
Encik karman…wahhh ada blog travel ya..nanti mama leh singgah, boleh jd guide utk trip yg akan dtg pulak
Curahan rasa hannyabdullah @ ..Fakta Alpha Lipid LifeLine Jika Anda Masih Ragu
Kalau ada duit yg banyak memang sedap gi traveling ni
Curahan rasa hafiz @ ..Permohonan BR1M 3.0
Boleh simpan sikit2 lama2 boleh le gi travel. Airasia kan dh ada…
Curahan rasa hannyabdullah @ ..Fakta Alpha Lipid LifeLine Jika Anda Masih Ragu
eh..eh..ada muka gua di situ..hehe..master class, betul-betul beri info berguna yang selama ini tak terlintas pun dalam kepala.
blog diarymama.com..selalu jugak masuk. sedap mata memandang. 🙂
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Faktor Kebahagiaan Rumah Tangga
patutlah nampak macam ada jer…hehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Oh! Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013
Mmg bagus join class ni…byk ilmu boleh dpt.
Errrr sdap mata memandang tgok blog ke tgok orgnya…hehehe
Curahan rasa hannyabdullah @ ..Fakta Alpha Lipid LifeLine Jika Anda Masih Ragu
baca blog makanan terasa lapar plak
Curahan rasa zool @ ..Adakah kita hamba duit
Org yang buat blog makanan pun sentiasa lapar…hehehe
Curahan rasa hannyabdullah @ ..Fakta Alpha Lipid LifeLine Jika Anda Masih Ragu
Tahniah dpt review blog bersama dlm blog denaihati
Saya juga suka travel n makan2… moga bisnes semakin maju
Terimakasih. …saya pun rasa bertuah sangat-sangat.
Curahan rasa hannyabdullah @ ..Fakta Alpha Lipid LifeLine Jika Anda Masih Ragu
best tengok ada kelas camtu ..
seronok.
lagi seronok kalau dapat join sekali .. haha
Curahan rasa Muaz @ ..Kajian Keyword untuk dapatkan potensi 10k peluang pembeli
Muaz…memang best sangat, byk ilmu boleh kita dapat. Mama pun rasa nak belajar lagi ni. Jom lah join…
Curahan rasa hannyabdullah @ ..Fakta Alpha Lipid LifeLine Jika Anda Masih Ragu
Comments are closed.