Blog PR2 Mazamohd.com

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ni ada offer kepada rakan-rakan FB Group Denaihati Network yang memiliki blog PR2 dan PR3 untuk buat review blog. Beberapa-beberapa orang rakan blogger telah menyahut cabaran dan telah mengirimkan entri untuk dipublish di blog Denaihati.

Joom kita baca entri review blog PR2 pertama dari rakan blogger muda Maza Mohd.

blog maza mohd

Maza Mohd asalnya merupakan sebuah blog peribadi dari domain percuma blogspot dengan menggunakan URL sayagilerpurple.blogspot.com.

Setelah hampir setahun menggunakan domain percuma, tergerak hati untuk menggunakan domain berbayar setelah berjaya menjana pendapatan dengan blog sebelum ini. Mazamohd.com didaftarkan pada penghujung bulan November 2012. Serverfreak menjadi pilihan bagi hosting dek kerana kebanyakan blogger yang ku kenali menggunakan perkhidmatan hosting yang sama.

( BANTU DENAIHATI MENANG PETI SEJUK INI DENGAN KLIK LIKE > CONFIRM > LIKE DI SINI )

Migrasi dari blogspot ke WordPress adalah satu tindakan yang bijak. Dengan hanya membuat sedikit pelaburan pada mulanya kini Alhamdulillah walaupun tak banyak setiap bulan akan ada sejumlah wang akan masuk ke dalam akaun.

Migrasi yang dilakukan telah menyebabkan saya bermula kembali dengan PR0, tetapi kini setelah lebih kurang empat bulan menggunakan self-hosted WordPress, Maza Mohd sudah berjaya memperoleh PR2. Insyaallah sebelum penghujung bulan Jun target yang ingin dicapai adalah ranking alexa di Malaysia kurang dari 1000, di mana sekarang ranking alexa Maza Mohd sudah berada kurang dari 2000.

blog review pr2

Maza Mohd juga telah menyebabkan saya terkenal di kalangan pelajar lepasan SPM dan juga kepada ibu bapa pelajar. Ini kerana saban hari akan saya terima email atau DM di Facebook bertanyakan bagaimana cara belajar, susah ke belajar dan sebagainya. Bila ditanya mengapa soalan itu diajukan kepada saya, lantas mereka jawab tadi baca dekat blog Maza Mohd. Bagi saya soalan-soalan sebegini adalah amat baik kerana mereka memberikan respon terhadap apa yang saya tulis, dan ini juga boleh melatih saya untuk menjadi seorang Konsultan yang berjaya kelak.

(DAFTAR SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT)

Di samping berkongsi nasihat dan beberapa tip, blog Maza Mohd juga mengandungi review makanan dan restoran yang telah saya singgah makan, saya berikan kritikan yang sejujur-jujur yang saya mampu. Kalau tak sedap mengapa nak tulis sedap, nanti pembaca blog baca then diorang cuba makan dekat kedai atau restoran tu dan makanan tersebut rasanya sebalik dari apa yang kita tulis. Tak ke akan menyebabkan mereka tidak percaya pada blog kita kelak. So saya akan memberikan kritikan yang benar sahaja.

entri jalan cari makan mazamohd.com

Target untuk Maza Mohd yang paling besar ialah akan menjadikan MazaMohd.com sebuah blog yang setanding dengan blog-blog luar negara menjelang tahun 2015. Insyaallah..


Spread the love

92 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!