Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri review blog bertuah hari ni dari seorang blogger yang kini menetap di luar negara. Blogger yang seangkatan dengan Kak Kujie berjawatan sebagai Domestic Engineer suri rumahtangga ni banyak bercerita tentang kisah wanita dan keluarga di dalam blognya. Joom kita baca review blog Bardboo.com.
Assalamualaikum.
Seorang blogger yang betul-betul komited tidak sepatutnya melepaskan peluang yang ditawarkan oleh saudara pemilik blog Denaihati, di ruangan group Facebook Denaihati Network. Peluang yang ditawarkan adalah berbentuk review blog terbaik akan dipublish di blog Denaihati. Sebab itu saya cuba juga cari masa untuk ambil peluang ini. Manalah tahu kalau ada rezeki, dapatlah saya promosi blog saya secara percuma di blog terkenal di Malaysia ini.
( BANTU DENAIHATI MENANG PETI SEJUK INI DENGAN KLIK LIKE > CONFIRM > LIKE DI SINI )
Blog Bardboo, itulah nama blog saya. Dan tagline yang saya gunakan adalah ‘Kisah Wanita & Keluarga‘. Dengan baca tagline blog ini sahaja saya rasa orang dah dapat bayangkan apa yang yang bakal dihidangkan di blog saya. Ya, saya banyak bercerita mengenai wanita. Kerana saya seorang wanita. Sila jangan tertipu dengan nama ‘Bardboo’ itu ye. Untuk mengelakkan kekeliruan jantina ini, saya sudah mula menggunakan nama ‘Puan Bardboo‘ sebagai nama samaran di alam maya.
Saya juga banyak bercerita mengenai keluarga saya. Saya sudah berkahwin, dan mempunyai dua orang cahaya mata. Saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Kebanyakkan masa dihabiskan di rumah. Bila anak-anak tidur, di depan laptop lah saya bermaharajalela. Disebabkan kami menetap di luar negara buat masa ini (di Toulouse, Perancis), maka saya banyak kongsikan pengalaman hidup di negara orang. Pengalaman bersalin di negara orang pun ada. Jemputlah datang baca di Blog Bardboo ya.
(DAFTAR SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT)
Mengenai teknikal blog pula, blog saya tidaklah sehebat mana. Dulu saya bermula dengan Blogspot, dan sekarang saya lebih selesa menggunakan self-hosting WordPress. Blog Bardboo hanyalah berpangkat 2 untuk Google Page Rank (dulu pernah capai rank 3), dan Alexa Malaysia pula dalam lingkungan 5000 (tak menentu, kadang-kadang naik, kadang-kadang turun). Kebanyakkan trafik blog saya adalah trafik organik, yang datang dari enjin carian Google. Tapi trafik blog saya tak adalah sehebat mana, cuma cukuplah untuk beri kepuasan kepada diri sendiri.
Marilah singgah ke Blog Bardboo ya, blog santai yang dihasilkan oleh seorang surirumah. Jom kita sama-sama memeriahkan dunia blogging Malaysia. Salam ukhwah dari saya yang jauh di perantauan.
157 Comments
yep saya suka blog ini, terbaik
Curahan rasa Juan @ ..Penang Car Service Center
terima kasih juan sebab selalu gak menjengah blog bardboo…
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
Nun jauh disana rupanya…
saya berada jauh di perantauan buat beberapa tahun kerana temankan suami sambung belajar..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
Bonjour….. France kat mane ye?
Curahan rasa Joe @ ..Cara Mudah Jual Domain
bonjour…saya di toulouse..bahagian selatan france…jauh juga dari paris…
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
mula2 baca dulu konpius gak. owner blog ni lelaki ke pompuan..hehe
Curahan rasa MK Kimi @ ..Lagi Gajet Baru, Asus A45VD
hihi…sekarangni dah tak confuse lagi la kan… =)
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
nanti pergi france, bole la duduk rumah nya.. he he
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Bad Mood
baru berkenalan dengan beliau… semuanya dari rakan Denaihati Network.. terbaikkk
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Bad Mood
Denaihati Network memang terbaik kan..tanya je apa2 soalan, memang cepat dapat jawapan..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
insyaAllah..boleh je..kalau betul nak datang, roger2 la ye.. =)
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
taknak balik malaysia ke?hehe
Curahan rasa blackrosehunter @ ..Quantcast Rank
kalau ada peluang, rasanya sekarang juga nak balik malaysia…
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
Jauh di bumi Perancis bersama 2 anak yang tembam. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Air terjun Serendah mandi manda paling syiok
anak-anak bardboo memang terkenal dengan ketembamannya…
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
Salam perkenalan buat tuan blog barboo 🙂
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Cara undi kita dikesan semasa pilihanraya
salam perkenalan juga dari saya kepada semua rakan blogger…
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
baru mengenal sahabat blogger satu ini
Curahan rasa Ferry @ ..Penyakit Hemoroid Ambeien
Mencoba terjah sahabat blog bardboo ini
Curahan rasa Ferry @ ..Penyakit Hemoroid Ambeien
salam kenal buat saudara ferry…jemput singgah ke blog saya ya…
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
Menarik juga ni 😀
Curahan rasa Amirul Aslam @ ..Wanita Tak Wajib Pakai Tudung
tawaran yang ada di blog denaihati ni memang sentiasa menarik..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
beberapa ali juga singgah baca kisah pn bardboo 🙂
Curahan rasa Sop @ ..Berada di Heritage Hotel Ipoh
terima kasih sebab sudi juga singgah ke blog saya…
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
First time dgr..nnt ada masa aden dtg jengok ye
Curahan rasa weschairs @ ..LAVA KAYAKING – KAYAK MAUT
jemputlah singgah ke blog saya bila-bila free ya..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
terima kasih denaihati kerana sudi menyiarkan review ini.. =)
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Tawaran Menarik Buat Rakan Blogger
Tolong jawab komen kawan2 blogger utk entri special ni.
saya sedang usahakan untuk jawab setiap komen yang ada di entri ini..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
Tahniah blognya telah direview oleh denaihati.com
Curahan rasa safiyhati @ ..Penyebab Nyeri Sakit Dada
Blog Puan Bardboo sangat layak di review disini
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Pertandingan Semi-Final Liga Champions Leg-1 : Bayern Munchen 4 – 0 Barcelona
terima kasih bang iwan untuk komen tu..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
review itu saya tulis sendiri..cuma dipaparkan di blog denaihati..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
Ah, Perancis .. gambar Eiffel Tower kat belakang tu pun dah buat saya romantik tiba-tiba 😀
Curahan rasa JomJalan @ ..7 Tip Keselamatan Di Bilik Hotel Yang Penjenayah Tidak Mahu Anda Tahu
hihi…eiffel tower memang cantik…saya suka tengok..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
wah wah bagus la ada blog yang macam ni dapat banyak pengetahuan nanti
saya cuma berkongsi pengalaman tinggal di negara orang…jemputlah singgah ye..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
Comments are closed.