Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri review blog bertuah hari ni dari seorang blogger yang kini menetap di luar negara. Blogger yang seangkatan dengan Kak Kujie berjawatan sebagai Domestic Engineer suri rumahtangga ni banyak bercerita tentang kisah wanita dan keluarga di dalam blognya. Joom kita baca review blog Bardboo.com.
Assalamualaikum.
Seorang blogger yang betul-betul komited tidak sepatutnya melepaskan peluang yang ditawarkan oleh saudara pemilik blog Denaihati, di ruangan group Facebook Denaihati Network. Peluang yang ditawarkan adalah berbentuk review blog terbaik akan dipublish di blog Denaihati. Sebab itu saya cuba juga cari masa untuk ambil peluang ini. Manalah tahu kalau ada rezeki, dapatlah saya promosi blog saya secara percuma di blog terkenal di Malaysia ini.
( BANTU DENAIHATI MENANG PETI SEJUK INI DENGAN KLIK LIKE > CONFIRM > LIKE DI SINI )
Blog Bardboo, itulah nama blog saya. Dan tagline yang saya gunakan adalah ‘Kisah Wanita & Keluarga‘. Dengan baca tagline blog ini sahaja saya rasa orang dah dapat bayangkan apa yang yang bakal dihidangkan di blog saya. Ya, saya banyak bercerita mengenai wanita. Kerana saya seorang wanita. Sila jangan tertipu dengan nama ‘Bardboo’ itu ye. Untuk mengelakkan kekeliruan jantina ini, saya sudah mula menggunakan nama ‘Puan Bardboo‘ sebagai nama samaran di alam maya.
Saya juga banyak bercerita mengenai keluarga saya. Saya sudah berkahwin, dan mempunyai dua orang cahaya mata. Saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Kebanyakkan masa dihabiskan di rumah. Bila anak-anak tidur, di depan laptop lah saya bermaharajalela. Disebabkan kami menetap di luar negara buat masa ini (di Toulouse, Perancis), maka saya banyak kongsikan pengalaman hidup di negara orang. Pengalaman bersalin di negara orang pun ada. Jemputlah datang baca di Blog Bardboo ya.
(DAFTAR SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT)
Mengenai teknikal blog pula, blog saya tidaklah sehebat mana. Dulu saya bermula dengan Blogspot, dan sekarang saya lebih selesa menggunakan self-hosting WordPress. Blog Bardboo hanyalah berpangkat 2 untuk Google Page Rank (dulu pernah capai rank 3), dan Alexa Malaysia pula dalam lingkungan 5000 (tak menentu, kadang-kadang naik, kadang-kadang turun). Kebanyakkan trafik blog saya adalah trafik organik, yang datang dari enjin carian Google. Tapi trafik blog saya tak adalah sehebat mana, cuma cukuplah untuk beri kepuasan kepada diri sendiri.
Marilah singgah ke Blog Bardboo ya, blog santai yang dihasilkan oleh seorang surirumah. Jom kita sama-sama memeriahkan dunia blogging Malaysia. Salam ukhwah dari saya yang jauh di perantauan.
157 Comments
blog wajib terjah tiap hari…
Curahan rasa staibaqhang @ ..street photography with fuji X-E1
staibaqhang yg memang rajin singgah blog saya..terima kasih sangat2..sampai blog bisnes tu pun singgah hari2 ye.. =)
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Ambil Angin Petang
Blog kekeluargaan yang menjadi pilihan untuk dikunjungi selalu..
Curahan rasa iOS Gear @ ..Tips Bagaimana Menggunakan iDevice Jika Home Button Rosak [Tiada Jailbreak Diperlukan]
terima kasih sebab sudi singgah ke blog saya ye..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Ambil Angin Petang
semoga artikel ini dapat menjadi hikmah bagi seluruh wanita muslimah di seluruh dunia, amin ya rabbal alamiin
Curahan rasa farahmi @ ..PTC Terbaik
terima kasih ye farahmi…insyaAllah…amin…
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
Kalau ada rezeki ke Perancis bolehlah contact Puan Bardboo jadi tour guide..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Wondershare Panorama Untuk Android
boleh je..tiada masalah..=)
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Ambil Angin Petang
wah, masing-masing dengan pengalaman blogspot percuma beralih ke wordpress self hosting, hanif pula dari blogspot percuma ke wordpress percuma kini kembali dengan blogspot percuma, entah bila nak ke domain berbayar… huhu~ menarik review blog denaihati nih
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR
cubalah guna wordpress berbayar..mesti tak rasa rugi..memang best tau..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Ambil Angin Petang
Bestlah dapat jalan-jalan ke luar negara.
Curahan rasa amirulfaiz @ ..2 tahun dah nak menulis?
best..tapi leceh sikit dalam beberapa hal..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Ambil Angin Petang
Blog di perantauan yang menarik..boleh tengok gambar2 sekitar Perancis…
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Terkini Mengenai Seminar Buat Duit Dengan Blog
sementara saya di sini, memang saya akan ambil banyak gambar sebagai kenang-kenangan,,
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Ambil Angin Petang
jom singgah beramai2.
Curahan rasa arelan @ ..SaNTai BeRsiLa
mari-mari..tak kena bayar tol pun.hehe.. =)
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Ambil Angin Petang
baca perkongsian ini rasa macam best sangat jadi surirumah dalam erti kata lain blogger fulltime dari rumah hehehee 🙂
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Tik Tok Tik Tok!
hihi..best..tapi kadang-kadang stress…
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Ambil Angin Petang
Satu lagi blog sahabat yang perlu diterjah.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Semi-Final Liga Champions Leg-1 : Bayern München Vs Barcelona
terima kasih sebab selalu juga singgah di blog saya.. =)
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Ambil Angin Petang
saya suka baca blog beliau. suka baca kisah beliau diluar negara. gambar2 cantik2 pulak tu. hahahaha
Curahan rasa Lizz @ ..RM 300 Dalam Masa 2 Hari Rezeki Komisyen Affiliate
terima kasih sudi singgah blog saya..saya cuma mengharapkan gambar2 dari en.suami je kalau nak gambar cantik2 tu..hehe..diri sendiri tak geti nak ambil gambar cantik2..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Ambil Angin Petang
Suka juga baca blog bardboo tp tertanya2 bama tuh apa sebenRnya
Curahan rasa nurmisnsn @ ..Doa dihindari terkena sihir santau dan sebagainya
apa yang nurmisnsn maksudkan dgn ‘bama’ ye? nak taip bardboo tapi tersalah taip ye?
kalau yg dimaksudkan bardboo:
jawapan sya, bard tu nama panggilan sy, boo pula nama panggilan suami..jadi digabungkan jadilah bardboo. =)
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Ambil Angin Petang
Oh rupanya Bardboo ini tinggalnya di Toulouse, Perancis ya…
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Rekrutmen PT Len Industri (Persero)
Iya Kang… itung2 nambah sahabat jauh lagi
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Semi-Final Liga Champions Leg-1 : Borussia Dortmund Vs Real Madrid
iya..saya di toulouse..temankan suami yang sambung belajar di sini..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Ambil Angin Petang
seronok sebenarnya kalau dapat baca blog surirumah ni, tentu banyak informasi tentang kekeluargaan, nanti KY singgah dan takniah buat Puan Bardboo kerana terpilih di review,
KY masih baru kenali blog ni, sbb tu tak tahu apa2 tentang hal segmen ke, review ke..nanti KY pun nak join juga lah..heee,
terima kasih sudi singgah blog kecik KY
Curahan rasa KY @ ..Perkara Yang Selalu Dilupakan Oleh Seorang Blogger
terima kasih KY..takpe, belajar sikit-sikit pasal blogging dulu..nanti lama-lama akan mahir.. =)
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Ambil Angin Petang
Blog yg best dan santai. Nak2 entri pasal pengalaman kat negara orang. Serius mmg tak rugi singgah blog pn bardboo ni..
yeahh..supersonic hari ni..hehe
Curahan rasa hafizmd @ ..5 Cara Jadi Super Abah!
jangan puji blog tu banyak sangat..dah lama tak publish netri pasal ehidupan di negara orang..ni baru naikkan satu entri..jemput baca ye.. =)
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Ambil Angin Petang
Comments are closed.