Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kali ini aku nak kongsikan pengalaman berniaga. Sejak sekolah rendah lagi aku suka berniaga dengan bermula menjual nasi lemak dan kuih muih kepada kawan-kawan sekolah. Dari darjah tiga sudah mula berniaga dan tak pernah lagi kena marah dengan guru disiplin mungkin sebab semua jualan habis dalam perjalanan tak sempat sampai sekolah.
Macam-macam perniagaan yang aku pernah buat dari berniaga kecil-kecilan menjual kerepek, menjual jam tangan, menjual sabun basuh dan sebangainya. Minat berniaga bukan sekadar sebab nak ikut sunnah Nabi dan 9/10 rezeki dari berniaga tetapi nak keluar daripada kesusahan hidup. Semasa bekerja duit gaji memang tak pernah cukup dan banyak hutang. Pernah beberapa tahun aku dikejar tiga bank akibat hutang kredit kad yang tidak berbayar.
Bila nak berniaga soalan biasa nak buat bisnis apa? Ramai yang kata berniaga apa yang kita tahu atau apa yang kita minat lebih mudah. Daripada pengalaman aku kenyataan itu ada betul tapi banyak salahnya. Ramai sahabat-sahabat aku yang pakar memasak tetapi gagal apabila berniaga dalam bidang yang mereka pakar. Memang seronok bila kita pandai masak dan kita buka restoran atau syarikat katering. Kita buat apa yang kita tahu jadi kerja kita lebih mudah. Dalam perniaga bukan seronok yang dikira tetapi yang lebih penting hujung bulan berapa keuntungan bisnis kita. Kalau kita seronok masak tetapi setiap bulan perniagaan kita rugi agak-agak berapa lama kita boleh bertahan.
Aku belajar daripada ramai usahawan berjaya, majoriti mereka tidak buat bisnis yang mereka suka. Sebelum memulakan sesuatu perniagaan baru mereka akan buat analisa pasaran untuk melihat jenis perniagaan yang boleh memberi keuntungan. Usahawan yang berjaya lebih suka memilih perniagaan yang buat mereka suka dengan keuntungan yang berlipat kali ganda setiap bulan.
Sejak awal tahun 2000 aku sudah mengubah cara bisnis aku dengan memilih perniagaan yang boleh buat aku suka dengan keuntungan berlipat kali ganda. Aku mula berbisnis beberapa perniagaan yang dulu aku benci kerana bagi aku itu sahaja cara untuk aku keluarkan diri daripada masalah kewangan yang tidak berkesudahan. Alhamdulillah pengorbanan aku bertukar kepada perniagaan yang dahulunya aku benci telah berjaya mengubah ekonomi, bebas daripada hutang dan mempunyai kebebasan masa sehingga boleh menjadi blogger yang berjaya.
Perasaan tidak suka pada satu-satu jenis perniagaan boleh berubah apabila keuntungan mula masuk ke poket. Belum tentu bisnis yang kita suka disukai oleh orang ramai jadi mungkin rakan-rakan yang nak memulakan perniagaan boleh fikir-fikir. Mungkin juga kawan-kawan yang sudah buat macam-macam bisnis tetapi gagal boleh fikir-fikirkan apa yang aku coretkan ini.
77 Comments
bisnes akan jadi seronok jika banyak permintaan.
yang lebih baik kita berbisnes dengan secara berkumpulan.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Kerjaya Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
Teringat kata-kata Dr. Azizan Osman yang bunyik lebih kurang ‘belajarlah untuk minat apa kita yang kita buat dan lepas tu barulah buat apa yang kita minat’ . Insya-Allah minat itu boleh dibajai. 🙂
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Percutian Ke Jepun & Magic Dari Allah: Hari Pertama Part 1
Mestilah bisnis yang kita suka. Macam bisnes yang sy buat nie, walaupun ramai yg join biz online macam jual spek rayban, sy tetap try jugak. Bak kata orang rezeki masing2 kan.
Masalahnya bisnes yang saya suka saingan dia maha dahsyat… Tak yakin diri dengan bisnes tu.. Tapi skarang ni tengah usaha belajar benda baru demi memastikan bisnes berjalan dengan lancar. Nk kena rajin p sharing dengan sifu-sifu…huhu
Curahan rasa Hilal @ ..Kecelakaan tatkala berniaga
bagus entry ni.. boleh naikkan semangat usahawan muda untk buat bisnes
Curahan rasa nikkhazami @ ..Menang iPhone 5s dari Denaihati
best best best….. memang perlu berniaga… artikel i bagus…. semoga murah rezeki aku, aminn
Assalamu’alaikum Wr. Wb.
salam 1 dunia
betul sekali dengan menekuni pekerjaan yang memang kita cintai maka kita bisa menjalankannya dengan senang dan tentunya lebih bersemangat untuk mengerrjakan pekerjaan tersebut
Curahan rasa Free Logo Vector Art @ ..032 Sign Logo Vector
setuju dengan denai hati. bila kita mula nampak kelebihan atau keuntungan yang kita dapat dalam berbisnes, kita akan mula suka dan semakin bersemangat untuk lebih maju dalam bisnes
Curahan rasa Kaki Pelangi @ ..JANA PENDAPATAN DARI RUMAH BERSAMA KAMI
mula-mula memang tidak suka.
namun lama kelamaan kita akan jumpa bisnes yang kita suka.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Panduan Beli Kereta Secara Tunai
rasanya macam setuju dengan DH, saya pernah bisnes “yang saya suke” tapi macam stuck and cannot go. yang penting nak meniaga ni sebenarnye tengok sejauh mana barang or servis yang kita tawarkan boleh go. Berniaga ni membantu selesaikan masalah orang, kalau faham selok belok camne nak selesaikan masalah orang dengak produk/ servis kite, tak banyak sangat masalah yang bakal kita hadapi.
but still ade masalah..dah kalau bisnes takde turun naik bukan bisnes namanye~
😀
Curahan rasa faezahjalil @ ..Nak Ramping Dengan Air Coklat?
Sebaik2nya apply jer..Yang paling penting jgn jemu2…InsyaAllah jika Allah mengizinkan, dapat jua akhirnya..
Curahan rasa KERJA TERKINI @ ..KEKOSONGAN JAWATAN WAWASAN OPEN UNIVERSITY
Mek ila suka Shaklee. Sebab ia dapat membantu dalam memberikan kehidupan yang lebih bermakna kepada mereka yang memerlukannya.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..3 Sebab Kenapa Tak Boleh Marah Anak Selalu
setuju, bisnes shaklee bantu ramai orang jadi sihat dan hidup bahagia.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Al-Kisah Kontraktor 2 Parti
Benci bisa bertukar sayang. Sekali bila dah jatuh cinta, selama-lamanya akan suka. Betul, bila niat betul dan baik, apa yang dibuat pada asalnya walaupun kita tak suka, mesti berakhir dengan perkara yang baik juga
Curahan rasa myliferia @ ..6 Jenis Makanan Bantu Tingkatkan Metabolisma
Nampak gayanya nak kena fikirkan balik..tengok balik..perniagaan apa yang boleh mendatangkan untung dan ada kemampuan untuk dilakukan..
Curahan rasa Pondok Papan @ ..Susah Menjahit Baju Sebenarnya
Alhamdulillah, seronok baca. Betul, usaha tangga kejayaan
Allah takkan sia-siakan usaha hamba Nya 🙂
Curahan rasa Ani Haryani @ ..3 Cara Bersyukur Untuk Kehidupan Seharian
Comments are closed.