Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kali ini aku nak kongsikan pengalaman berniaga. Sejak sekolah rendah lagi aku suka berniaga dengan bermula menjual nasi lemak dan kuih muih kepada kawan-kawan sekolah. Dari darjah tiga sudah mula berniaga dan tak pernah lagi kena marah dengan guru disiplin mungkin sebab semua jualan habis dalam perjalanan tak sempat sampai sekolah.
Macam-macam perniagaan yang aku pernah buat dari berniaga kecil-kecilan menjual kerepek, menjual jam tangan, menjual sabun basuh dan sebangainya. Minat berniaga bukan sekadar sebab nak ikut sunnah Nabi dan 9/10 rezeki dari berniaga tetapi nak keluar daripada kesusahan hidup. Semasa bekerja duit gaji memang tak pernah cukup dan banyak hutang. Pernah beberapa tahun aku dikejar tiga bank akibat hutang kredit kad yang tidak berbayar.
Bila nak berniaga soalan biasa nak buat bisnis apa? Ramai yang kata berniaga apa yang kita tahu atau apa yang kita minat lebih mudah. Daripada pengalaman aku kenyataan itu ada betul tapi banyak salahnya. Ramai sahabat-sahabat aku yang pakar memasak tetapi gagal apabila berniaga dalam bidang yang mereka pakar. Memang seronok bila kita pandai masak dan kita buka restoran atau syarikat katering. Kita buat apa yang kita tahu jadi kerja kita lebih mudah. Dalam perniaga bukan seronok yang dikira tetapi yang lebih penting hujung bulan berapa keuntungan bisnis kita. Kalau kita seronok masak tetapi setiap bulan perniagaan kita rugi agak-agak berapa lama kita boleh bertahan.
Aku belajar daripada ramai usahawan berjaya, majoriti mereka tidak buat bisnis yang mereka suka. Sebelum memulakan sesuatu perniagaan baru mereka akan buat analisa pasaran untuk melihat jenis perniagaan yang boleh memberi keuntungan. Usahawan yang berjaya lebih suka memilih perniagaan yang buat mereka suka dengan keuntungan yang berlipat kali ganda setiap bulan.
Sejak awal tahun 2000 aku sudah mengubah cara bisnis aku dengan memilih perniagaan yang boleh buat aku suka dengan keuntungan berlipat kali ganda. Aku mula berbisnis beberapa perniagaan yang dulu aku benci kerana bagi aku itu sahaja cara untuk aku keluarkan diri daripada masalah kewangan yang tidak berkesudahan. Alhamdulillah pengorbanan aku bertukar kepada perniagaan yang dahulunya aku benci telah berjaya mengubah ekonomi, bebas daripada hutang dan mempunyai kebebasan masa sehingga boleh menjadi blogger yang berjaya.
Perasaan tidak suka pada satu-satu jenis perniagaan boleh berubah apabila keuntungan mula masuk ke poket. Belum tentu bisnis yang kita suka disukai oleh orang ramai jadi mungkin rakan-rakan yang nak memulakan perniagaan boleh fikir-fikir. Mungkin juga kawan-kawan yang sudah buat macam-macam bisnis tetapi gagal boleh fikir-fikirkan apa yang aku coretkan ini.
77 Comments
semua bende mesti kene ade minat..tak kira bisnes atau apa saja…baru ad on..hehe
Curahan rasa Vimax Malaysia Original @ ..Vimax Malaysia Original ! Dapatkan Sekarang !
Benda yang kita minat lagi kita seronok nak buat berbanding dengan benda yang kita tak minat…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Buat Duit Dengan Website Online Game!
dalam bisnes pun kite kenee buat bende yang kita minat..bru dalam minat menaja duit..hehe
Curahan rasa Coway Malaysia @ ..Jom Bayar Coway
Bisnis apa ya yang cocok kadang kita nak bisnis sudah buat rencana tiba-tiba tak sejalan dengan pikiran
memang lebih menyenangkan untuk berbisnis pada bidang yang kita suka, tapi kadang karena suatu hal kita terjun dulu ke bidang tersebut baru rasa cinta / senang datang belakangan
baju batik kantor
Macam bercinta selepas nikah lah ni. lepas kahwin baru lah syok dan suka. Baju Batik Kantor..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Buat Duit Dengan Website Online Game!
Tentu sukar untuk buat apa yang kita suka sekiranya tiada ilmu. Perlu rajin juga untuk meneroka dan belajar…. di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Curahan rasa yangbaik @ ..Berita gembira sempena Hari Pekerja
setuju..love what u do then,do what u love.
Curahan rasa aishah ahmad @ ..Yahoo..dapat smartphone FREE !!!
Masih lagi belajar untuk bisnes. Alhamdulillah, ada guru, rakan yang sentiasa bersama di dalam menjayakan bisnes kami.
Curahan rasa shima @ ..Festival Motosikal Islam (Islamic Bike Fest)
Cari bisnes yang benar-benar kita minat buat,jangan kita sekadar berbisnes nak kejar duit banyak jer..
Curahan rasa ishak @ ..Bila Lavender Mummy Kantoi Lagi
Saya suka dengan bisnes yang saya buat sekarang ni sebab ia buatkan saya suka kehidupan sekarang dan lebih mementingkan kesihatan diri dan orang lain juga
Walau tak minat dari awal, jatuh cinta kemudian pun boleh pada bisnes yang kita ceburi. Namun, kalau kita dah berniaga pada benda yang kita betul2 minat, boleh terus shoot for the moon! Asal berniaga dengan ilmu.
Curahan rasa Ida @ ..Penjelasan dan kebenaran tentang punca ovari pecah tiada kaitan dengan Shaklee
tak tau nak bisnes apa buat masa ni.plan setakat ni untuk tahun depan je.tahun ni blur
Curahan rasa din @ ..George Kucing Berdiri
Saya dulu pernah jual tudung labuh. Tapi bila tengok sambutan tak berapa menggalakkan berbanding bisnes saya yang sekarang ni. Setuju sangat pasal analisa pasaran tu. 🙂
InsyaAllah nak belajar dan terus belajar untuk berjaya dalam bisnes. Seronok berbisnes ni sebab bos kita ialah Ar-Razaq.
Curahan rasa Syazana Jamaludin @ ..Beliau Tak Tahu Ada Masalah Kekurangan Kalsium Kerana Baru Berusia 26 Tahun Sehinggalah…
Betul tu Syazana. Dalam bisnes ni kalau ada masalah kita kena hadapai dan atasi masalah itu. Bila kita dah kenalpasti baru kita tak langgar tembuk lagi dan lagi..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Buat Duit Dengan Website Online Game!
setuju dengan wanie..kena ada mentor..kena berguru. Kita follow orang berjaya untuk sama-sama berjaya juga..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Bagaimana Ingin Berjaya dalam Penyusuan Bagi Ibu Yang Bekerjaya?
untuk berbisness kena ada mentor. yang pasti carilah mentor yang hebat.
Curahan rasa Wanie @ ..CHECKLIST KEPERLUAN MAMA & BAYI MENJELANG HARI KELAHIRAN (DI HOSPITAL)
Comments are closed.