Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku minat berbisnis sejak sekolah rendah lagi masa itu tolong emak jualkan nasi lemak, mee hoon goreng dan kuih muih kepada kawan-kawan sekolah. Aku sangat yakin rezeki kita 9/10 daripada bisnis kerana Nabi Muhammad SAW juga berniaga. Jadi bila kita berniaga dengan niat yang betul juga adalah satu cara menghidupkan sunnah Nabi.
Perkara paling penting apabila kita nak menceburi dalam bidang bisnis adalah bersedia menerima risiko kerana bukan semua perniagaan menjanjikan keuntungan. Bisnis adalah keuntungan tetapi kekurangan ilmu dan skill menyebabkan ramai yang rugi. Selain untung rugi bisnis juga penuh dengan cabaran dan ujian. Ramai lebih suka makan gaji walaupun hutang keliling pinggang kerana mereka tidak sanggup rugi dan melalui kesusahan berniaga.
Berniaga memang perlu berani gagal dan mempunyai hati yang cekal. Antara pengalaman manis yang pernah aku lalui sepanjang berniaga adalah prestiwa 12 tahun dahulu. Aku dikehendaki oleh syarikat ke Johor Bahru untuk preview produk baru. Ajak kawan-kawan menemani aku, seorang pun tak nak jadi aku pergi bersendirian memandu kereta.
Seorang wakil syarikat sudah menguruskan majlis tersebut yang sepatutnya bermula pada jam 8. 30 pm. Memang tak ada rezeki setelah menunggu sehingga jam 9.30 pm hanya seorang tetamu sahaja yang datang jadi jumlah termasuk aku dan wakil tersebut hanya tiga orang sahaja. Aku mengambil keputusan untuk meneruskan preview walaupun hanya seorang sahaja yang datang.
Sahabat aku yang menguruskan majlis tersebut rasa sangat bersalah. Aku kata pada sahabat tersebut tak ada masalah walaupun hanya ada seorang yang datang. Aku yakin walaupun seorang yang datang tetapi kalau betul cara menerangannya pasti nilai bisnis daripada seorang tersebut akan lebih tinggi berbanding kalau ramai yang datang tetapi tidak berkualiti. Aku tak tahu samada pujukan itu untuk sejukkan hati kawan atau hati aku yang perlu memandu balik ke KL malam itu juga.
Bagimana perasaan anda kalau jadi aku, datang dari jauh tetapi hanya seorang sahaja tetamu yang datang? Itulah minda bisnis perlukan kecekalan hati kerana kejayaan dalam perniagaan adalah sebuah kembara yang akan melalui berbagai ujian dan rintangan. Hanya mereka yang cekal dan sabar sahaja berjaya.
229 Comments
Langkah pertama carilah pengisian ilmu pengetahuan. Namun demikian pengisian tanpa KEFAHAMAN satu perkara lagi.
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Sedarilah kefahaman adalah hak milik Allah Taala.berdoa kepada Allah agar diberikan kefahaman kepada perkara yang tidak difahaminya. Jadi bila dapat pengisian mintalah pertolongan Allah agar diberi kefahaman.
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Kalau kita simpan dan hanya gunakan untuk diri sendiri maka ingatlah kita akan ditanya kelak mengenainya di akhirat kelak
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Nak melabur, nak berniaga, nak rumahtangga bahagia, nak ketenangan hati, nak masak lauk, nak selesaikan masalah, nak masuk syurga juga memerlukan ILMU…
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Sebenarnya kalau kita nak buat apa-apapun dalam kehidupan ini perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah untuk MENCARI ILMU!…
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Orang yang banyak ilmu melihat masalah umpama lalat hinggap kat hidung, orang yang sempit ilmu akan melihat masalah umpama gunung everest menghempap dirinya
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Ingat ni, orang boleh ambil wang dan bisnes kita, tapi orang lain tidak boleh ambil ilmu, pengalaman dan SEMANGAT kita!!…
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Jika kita tidak diuji, mungkin kita selesa dengan hidup kita sekarang. Tukar gaya hidup sedia ada.
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Jangan tukar kawan, tapi UPGRADE kawan sedia ada.Berkawan dengan mereka yang lebih tinggi ilmu dan kejayaan daripada kita.
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Ketika jatuh,SANGAT penting untuk kurangkan berkawan dengan orang yang jatuh sama. Nanti sama-sama main biola.
Ada yang sudah merasai zaman kejatuhan,ada juga yang masih struggle tak kurang yang masih bertahan
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Kepada anda yang makan gaji, usahlah gundah gulana dengan diri sendiri hanya kerana orang lain menjadi usahawan tetapi tidak anda. Tidak semua orang sesuai menjadi usahawan, kerana usahawan juga memerlukan pekerja yang setia dan bersungguh-sungguh
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Mereka bebas menentukan pergerakan mereka. Mereka bebas menentukan waktu kerja mereka. Mereka bebas melakukan inovasi tanpa batas dan halangan. Mereka bebas daripada kekangan birokrasi jabatan. Mereka bebas bersuara. Mereka bebas mencuba sesuatu yang berisiko
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Jika kita membaca banyak tulisan terutama di kebanyakan blog dan forum, sebahagian besar menulis pro dan kontra di antara berniaga sepenuh masa dan makan gaji. Malah ada sesetengah yang lantang pula berkata, orang yang makan gaji itu amat selesa dengan kedudukan mereka dan bersifat penakut
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Taraf penghidupan yang tinggi daripada segi ekonomi, contohnya memiliki kereta dan rumah mewah, mendapat pendapatan bulanan 5 – 6 angka menjadi daya penarik untuk seseorang itu menceburi bidang perniagaan
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Bagi saya, tidak kisah kita makan gaji atau berniaga sepenuh masa, yang penting adalah apakah niat kita? Jika kita niat makan gaji atau berniaga untuk wang semata-mata, maka di situlah bermulanya kepincangan. Yang makan gaji mudah tidak puas hati, manakala si usahawan pula sering berasa tidak cukup
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Tidaklah perlu berkata apabila kita berniaga sepenuh masa, kita akan keluar daripada mulut singa (bos, politik pejabat…) kerana apabila kita menjadi usahawan, rintangan yang lebih besar sedang menanti di hadapan
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
banyak jugak bisnes yang bungkus apabila tak dapat bertahan.. ada rugi sikit, nak tutup..sepatutnya kena bertahan dan fikir strategi.
Bila sebut tentang bisnes perkara pertama kena jaga adalah hati kita. Kena sentiasa kuat untuk berjaya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai… Inilah perumpamaan yang paling sesuai untuk orang-orang Bisnes…
Curahan rasa Anuar @ ..Perbezaan Passive Income Vs Active Income melalui Blog : Persediaan menghadapi Cabaran Ekonomi 2016
Bila dah melangkah ke dalam line Bisnes…Nak tak nak, kena hadapi semua dugaan dengan hati yang cekal dan tabah….
Curahan rasa Anuar @ ..Perbezaan Passive Income Vs Active Income melalui Blog : Persediaan menghadapi Cabaran Ekonomi 2016
Dalam bisnes, discipline diri kena tinggi. Malah kena lebih tinggi drp makan gaji.
Discipline bermaksud berusaha hari demi hari secara konsisten dan bukannya bergantung kepada mood atau semangat.
Disiplin akan membawa diri anda terus berlari ketika semangat dan motivasi rendah
Curahan rasa Elias @ ..Adakah kejatuhan harga minyak membawa kebaikan atau keburukan?
Yurp… bisnes kena hati yang cekal… dan sanggup berhadapan dengan kegagalan…
Curahan rasa anuar @ ..Berjaya merampas Takhta “Pengalaman Bersama ONEXOX”
Perkongsian yang baik. Betul tu. Kena ada disiplin diri yang tinggi jika nak berjaya dalam dunia bisnes.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Comments are closed.