Biodata Jacinda Ardern Perdana Menteri New Zealand

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan berita-berita viral terkini di Malaysia! Klik Sini

Pada ketika dunia sedang bersedih terhadap apa yang telah berlaku di Christchurch, semua mata turut tertumpu kepada kepimpinan, wibawa dan karisma seorang figura ini.

Beliau yang dimaksudkan adalah Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

1. Jacinda Kate Laurell Ardern dilahirkan pada 26 Julai 1980 di Hamilton, New Zealand. Beliau telah dibesarkan di Morrinsville dan Murupara. Di mana ayahnya berkhidmat sebagai pegawai polis, manakala ibunya bekerja sebagai pengusaha katering.

2. Beliau diperkenalkan dengan politik oleh ibu saudaranya, Marie Ardern yang merupakan ahli aktif Parti Buruh. Ardern telah membantu semasa kempen bagi pilihan raya umum NZ pada tahun 1999.

3. Setelah menamatkan pengajian di University of Waikato pada 2001, Ardern memulakan kerjayanya sebagai pegawai penyelidik kepada Perdana Menteri NZ ke-37, Helen Clark. Latar belakang pendidikan dalam bidang politik dan perhubungan awam banyak membantu penglibatannya dalam arena ini.

4. Kemudian, beliau ke United Kingdom dan menjadi penasihat dasar kepada bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair. Ardern juga pernah dipinjamkan ke Home Office UK bagi membantu semakan terhadap polisi yang dilaksanakan di England dan Wales.

5. Pada tahun 2008, Ardern telah dipilih menjadi Presiden bagi International Union of Socialist Youth (IUSY). Posisi ini telah membawanya ke pelosok dunia seperti Algeria, China, India, Israel, Jordan dan Lubnan, dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai demokrasi, hak asasi manusia dan dasar belia.

6. Penglibatannya sebagai Ahli Parlimen NZ adalah sejak 2008, dan seterusnya telah dipilih menjadi ketua Parti Buruh sejak Ogos 2017. Selepas pilihan raya umum pada September 2017 dan rundingan oleh beberapa parti, beliau telah dipilih menjadi Perdana Menteri NZ yang ke-40 mulai 26 Oktober 2017.

7. Ardern menggambarkan dirinya sebagai demokrat sosial dan progresif. Semasa ucapan sulungnya sebagai anggota termuda dalam Perwakilan, beliau telah mencadangkan penggunaan bahasa Maori di sekolah-sekolah, selain membantah beberapa pendekatan kerajaan terhadap isu perubahan iklim.

8. Beliau merupakan Perdana Menteri wanita termuda di dunia, selepas memegang jawatan itu pada usia 37 tahun. Ardern juga telah melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Jun 2018, yang menjadikannya pemimpin negara wanita kedua (selepas Benazir Bhutto pada 1990) yang melahirkan anak semasa memegang jawatan itu.

9. Anaknya diberi nama Neve Te Aroha. Neve, diambil daripada perkataan Irish, Niamh yang bermaksud ’terang’ atau ‘berseri’. Manakala Te Aroha dalam bahasa Maori membawa maksud ‘cinta’. Te Aroha juga mengingatkan beliau pada Mount Te Aroha, yang berada dekat dengan tempat asalnya di Hamilton.

Jacinda Ardern memiliki ‘strong character’ sebagai pemimpin, wanita berprinsip dan seorang ibu yang tetap berjiwa sensitif. Personaliti beliau makin terserlah, pada ketika negaranya kini sedang menghadapi saat-saat getir.

“A genuine leader is not a searcher for consensus, but a molder of consensus.”

Hawa Mayati

Belajar dari contoh yang baik.


Spread the love

6 Comments

  1. Thumbs Up. Really the great leader of this era. Dulu saya belajar degree di New Zealand, orang-orangnya memang baik-baik dan membantu. Islam bukanlah agama yang baru pada kita. Mereka selalu bertanya dengan perasaan ingin tahu tentang Islam. Sangat terkesan dengan apa yang berlaku di NZ.

  2. Thumbs Up. Really the great leader of this era. Dulu saya belajar degree di New Zealand, orang-orangnya memang baik-baik dan membantu. Islam bukanlah agama yang baru pada kita. Mereka selalu bertanya dengan perasaan ingin tahu tentang Islam. Sangat terkesan dengan apa yang berlaku di NZ.

  3. Kita satu dan bersatu. Kita aman dan cintakan keamanan.
    Tasneem Naturel Family menzahirkan rasa sedih dan simpati di atas kejadian berdarah yang menimpa saudara kita di Christchurch tempoh hari. Sesungguhnya pemergian mereka semua sangat dicemburui dan menjentik hati-hati kita. Perginya mereka di hari mulia, di rumah Tuhan kita semua.
    Semoga Allah merahmati kita semua.
    Salam sayang daripada kami,
    Tasneem Naturel.
    #RememberChristchurch #NotEvenHisName #WeAreHere4NewZealand #HelloBrother #MIZAN4NewZealand #LoveFromMalaysia
    Curahan rasa nurul zainal @ ..TIPS MENGURANGKAN KEMBUNG PERUT BABY YANG MOMMIES KENA TAHU.My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!