Menghuni neraka kerana dosa lisan, jangan jadi “keyboard warrior”

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Orang tua kita dulu sering menasihati, “Jaga lisanmu, nak. Kerana kata-kata lisan lebih tajam daripada pedang. Jika pedang melukai tubuh, banyak ubat boleh kita cari. Tapi kalau lisan melukai hati, ke mana ubat hendak kita cari.”

Oleh sebab itu, berhati-hatilah terhadap lisan kerana boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Jika kita tidak mengetahui sebuah perkara dengan pasti, sebaiknya kita diam.

Bahkan, jika tidak ada nilai ibadahnya, tidak mengandung doa, syiar atau dakwah, lisan kita lebih baik diam.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan berita-berita viral terkini di Malaysia! Klik Sini

Disebabkan kata-kata lisannya

عن أبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: قِيْلَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ فُلاَنَةً تَقُوْمُ اللَّيْلَ وَ تَصُوْمُ النَّهَارَ وَ تَفْعَلُ وَ تَصَدَّقُ وَ تُؤْذِي جِيْرَانَهَا بِلِسَانِهَا فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: لاَ خَيْرَ فِيْهَا هِيَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ قَالُوْا: وَ فُلاَنَةً تُصَلِّى اْلمَكْتُوْبَةَ وَ تَصَدَّقُ بِأَثْوَارٍ وَ لاَ تُؤْذِي أَحَدًا فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: هِيَ مِنْ أَهْلِ اْلجَنَّةِ

Dari Abu Hurairah RA berkata, pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya si Fulanah rajin solat sunat malam, puasa di siang hari, mengerjakan (berbagai kebaikan) dan bersedekah, Cuma ia suka mengganggu para tetangganya dengan lisannya?”. Bersabda Rasulullah SAW, “Tiada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka”.

Mereka bertanya lagi, “Sesungguhnya si Fulanah (yang lain) mengerjakan (hanya) solat wajib dan bersedekah dengan sepotong keju, namun tidak pernah mengganggu seorangpun?”. Bersabda Rasulullah SAW, “Dia termasuk penghuni syurga”. (HR Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrod: 119) Status: Hadis Sahih

Pengajaran yang kita boleh dapat daripada hadis ini adalah seseorang akan ditempatkan kedalam syurga atau neraka bukan hanya bergantung banyaknya amal fardhu dan sunat atau tidak.

Ada orang yang rajin solat sunat malam, rajin puasa sunat, banyak melakukan kebaikan dan bersedekah, tetapi masuk neraka kerana mengganggu para tetangganya dengan lisannya (habis segala pahala kebaikannya)

Dosa lisan si keyboard warrior

Ada orang yang hanya mengerjakan yang fardhu seperti solat fardhu dan puasa fardhu, sedekahnya sedikit namun masuk syurga kerana tidak pernah menganggu orang lain.

Pada hari ini dosa lisan banyak digantikan dalam bentuk tulisan yang kadang kala lebih kesat, buruk, penuh dengan adu domba, umpatan, kejian dan fitnah termasuk yang ditularkan di FB, Twitter, Whatsapp, Telegram dan lain-lain

Ingatlah amaran Allah kepada pengumpat, pemfitnah dan pencela dalam surah al-Humazah.

Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela

  • Humazah menurut Mujahid, pengumpat termasuk cemohan dengan lisan dan ucapan.
  • Lumazah menurut Abi Hayan dalam Tafsir al-Bahrul Muhith bererti hinaan dengan isyarat mata, tangan dan sebagainya

Syed Qutb: ini gambaran manusia jahiliah – jiwa manusia yang lemah dan hina kerana tidak memiliki iman dan kehormatan diri, kerjanya mengumpat dan mencemoh.

Ingatlah bahawa pengumpat akan dihumban ke neraka hutamah.

كَلا لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ (٤) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ (٥) نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (٦) الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأفْئِدَةِ (٧) إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ (٨) فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ (٩)

Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. dan tahukah kamu apa Huthamah itu?. (iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan yang (membakar) sampai ke hati. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka . (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang (Al-Humazah: 4-9)

Marilah kita pelihara ibadat fardhu dan bersungguh-sungguh menjaga lisan dan tulisan. Sesungguhnya dosa lisan mungkin hanya didengar oleh beberapa orang namun dosa tulisan berkekalan dan tersebar keseluruh dunia di alam tanpa sempadan ini.


Spread the love

One Comment

  1. Nauzubillah, dosa lisan sangat gerun jika tidak setiap manusia muhasabah diri masing-masing. Jadi, berpesan-pesanlah kepada semua manusia terutama ahli keluarga kita.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!