Bertempur Mempertahankan Masjid

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku sudah mengembara banyak negara dan telah menjejaki banyak bandar besar dan kecil di negara-negara yang aku ziarahi. Untuk mengetahui keadaan sebenar kehidupan sesebuah masyarakat kita perlu tinggal di bandar-bandar kecil dan di hotel-hotel murah. Kesimpulannya kehidupan di Malaysia 1000 kali lebih baik berbanding daripada kebanyakan negara yang telah aku jejaki.

Mari kita baca sebuah kisah yang terbaru untuk kita ambil iktibar :

Sekumpulan penganut Islam di Hexi, Ningxia, China bertempur dengan pasukan polis yang meroboh sebuah masjid yang diisytiharkan sebagai sebuah rumah ibadat haram. Kira-kira 1000 polis ditugas untuk meruntuhkan masjid telah bertempur dengan beratus-ratus penganut Islam yang mengakibatkan 50 orang cedera dan 100 yang lain ditahan. Ada penduduk yang mendakwa dua orang terbunuh tetapi tidak dapat disahkan.

Polis berjaya merobohkan masjid tersebut setelah pertempuran berakhir. Pemerintah China memantau rapi aktiviti keagamaan dan bimbang jika masjid menjadi pusat golongan antipemerintah.

Begitulah nasib umat Islam di sebuah negara yang bukan Islam agama utama mereka. Banyak lagi kisah penindasan agama Islam yang berlaku di negara-negara lain.

Bersyukur dengan apa yang kita ada. Tidak salah berbeza pendapat dan berbeza fahaman politik tetapi jangan kita cuba mengubah dengan cara huru hara kerana banyak pengorbanan yang perlu dilalui sekira kita memilih cara yang agresif. Perubahan tidak boleh berlaku sekelip mata. Rasulullah SAW mengambil berpuluh tahum membina empayar Islam.

Kenapa kita tidak mengikut cara Rasullah SAW yang sudah pasti diredhai oleh Allah SWT dari mengikut cara barat?


Spread the love

113 Comments

  1. Sungguh tidak dapat dibenarkan, tempat ibadah adalah Hak bagi semua orang dan tidak boleh ada pelanggaran oleh siapapun juga untuk melarang seseorang melakukan ibadah,,perbuatan terkutuk bagi orang-orang yang dengan sengaja mengahalangi orang untuk beribadah dan hanya azab yang akan membalasnya.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!