Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku sudah mengembara banyak negara dan telah menjejaki banyak bandar besar dan kecil di negara-negara yang aku ziarahi. Untuk mengetahui keadaan sebenar kehidupan sesebuah masyarakat kita perlu tinggal di bandar-bandar kecil dan di hotel-hotel murah. Kesimpulannya kehidupan di Malaysia 1000 kali lebih baik berbanding daripada kebanyakan negara yang telah aku jejaki.
Mari kita baca sebuah kisah yang terbaru untuk kita ambil iktibar :
Sekumpulan penganut Islam di Hexi, Ningxia, China bertempur dengan pasukan polis yang meroboh sebuah masjid yang diisytiharkan sebagai sebuah rumah ibadat haram. Kira-kira 1000 polis ditugas untuk meruntuhkan masjid telah bertempur dengan beratus-ratus penganut Islam yang mengakibatkan 50 orang cedera dan 100 yang lain ditahan. Ada penduduk yang mendakwa dua orang terbunuh tetapi tidak dapat disahkan.
Polis berjaya merobohkan masjid tersebut setelah pertempuran berakhir. Pemerintah China memantau rapi aktiviti keagamaan dan bimbang jika masjid menjadi pusat golongan antipemerintah.
Begitulah nasib umat Islam di sebuah negara yang bukan Islam agama utama mereka. Banyak lagi kisah penindasan agama Islam yang berlaku di negara-negara lain.
Bersyukur dengan apa yang kita ada. Tidak salah berbeza pendapat dan berbeza fahaman politik tetapi jangan kita cuba mengubah dengan cara huru hara kerana banyak pengorbanan yang perlu dilalui sekira kita memilih cara yang agresif. Perubahan tidak boleh berlaku sekelip mata. Rasulullah SAW mengambil berpuluh tahum membina empayar Islam.
Kenapa kita tidak mengikut cara Rasullah SAW yang sudah pasti diredhai oleh Allah SWT dari mengikut cara barat?
113 Comments
hmmm.. tak tau pun, camni la komunis handle negara diorg… menindas dan tak berperikemanusiaan.. sampaikan sesetangah rakyat diorg sendiri pun dah jadi cam “binatang”
Curahan rasa ZoOL @ ..Plastic Pulse for Windows 7 [Desktop]
susahnya kehidupan umat Islam di negara lain..
Curahan rasa faiz @ ..Kata-kata Hikmah 1
semoga ALLAH SWT memberikan jalan terbaik untuk keluar dari semua masalah ini
Curahan rasa Informasi Kota Balikpapan @ ..Bandar Udara Sepinggan
mmg cabaran hidup sbg minoriti di bumi bukan Islam akan lebih mengeratkan hubungan dan smgt keislaman itu sendiri. lain pula senario di negara yg majoriti Islam…
Curahan rasa ekspresiruang @ ..D’espresso Cafe Oleh Nema Workshop: Senget Kepala Ke Kanan, Jadi Perpustakaan!
Subhanallah…
mereka berjihad untuk islam, semoga mereka dapat mempertahankan masjid mereka…
Curahan rasa Obat Alami Untuk Stroke @ ..Comment on Stroke | Obat Alami Untuk Stroke by Berita Saya
KIta harus bersatu untuk menghidari perkara macam ni
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #7
Kita hanya bisa berdoa….
Curahan rasa Chan Chan @ ..Best Rated New HDTV
sedih juga aku baca ni.. rasa sebak je sebab diorang sanggup pertahan walaupun islam bukan agama rasmi di china. Bayangkanlah ganjaran yang diorang akan dapat di akhirat.
Curahan rasa Fizz @ ..Kemanisan Teh Tarik Penyebab Diabetis
ya betul tu bro…aku sokong kata2 ko…
Curahan rasa Budak Nakal @ ..Gadis Cantik Vs Ustaz Azhar Idrus(Isu Bonceng Motosikal)
benar. berbeza pendapat itu sesuatu yang baik. kerana kita boleh belajar bagaimana orang lain menilai satu perkara yg sama. tetapi perbezaan pendapat tidak wajar jadi sebab kepada permusuhan sebab itu akan merugikan negara.
Curahan rasa Fyzal @ ..Crime: Stabbed to Death
masalah btul ble sme org start pndang serong kt ISLAM.time kt jpon dlu tkde pon smpi mcm ni.payah btul negara komunis kn.
Curahan rasa arelan @ ..oRaNg CuTi aKu KeJe & SeBaLiKnYa…
DUGAAN DIAKHIR ZAMAN…
Curahan rasa syamila @ ..Hari Pertama
menjadi tanda tanya, sejauh manakah ‘islamnya’ seseorang muslim tuh…islam hanya pada nama kalau kita tengok dunia sekarang nih….
Curahan rasa kudin @ ..Taylor Lautner mengaku gay?
Tapi maaf, kadang-kadang Islam itu hancur oleh karena umatnya sendiri, contohnya banyak umat Islam yang tidak mau melaksanakan kewajibannya sebagai umat Islam seperti Solat, puasa ataupun zakat
Curahan rasa Dadan @ ..Jagung Muda Penghilang Jerawat
Salam
Kes meruntuhkan Masjid ni kat Malaysia pun ada. Memang agak sedih bila sebuah Masjid yang dalam pembinaan leh dikatakan 80% siap dan beberapa rumah orang kampung dirobohkan oleh pihak berkuasa di Terengganu kes ni tahun 2007 (kalau x salah la).
Curahan rasa jedi @ ..Kita Merancang Tuhan Menentukan
Comments are closed.