Bersih 3.0 pulak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, selepas Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 kini Bersih 3.0 macam versi aplikasi iOS pulak. Bersih 3.0 memberi ilham kepada aku untuk tiru konsep. Boleh lah tiru untuk Majlis Sepetang Blogger 1.0 dan akan datang Majlis Sepetang Blogger 2.0 yang akan ditaja P1, ada rezeki buat pulak Majlis Sepetang Blogger 3.0 dan 4.0. Macam ok tak idea ni?

Bersih 3.0

Nak komen Bersih 3.0 pun susah yang menyokong pasti akan bermati-matian menyokong tetapi adakah ianya mewakili majoriti Rakyat Malaysia. Polis dah benarkan untuk anjurkan Bersih 3.0 tapi bukan di Dataran Merdeka tapi penganjur nak buat juga kat Dataran Merdeka jadi dah boleh agak apa yang akan berlaku pada 28/4/2012 ni.

PDRM bagi je lah diaorang Duduk Bantah paling ramai pun 100ribu orang tu pun entah. Penganjur lagi suka kalau dihalang jadi keadan akan lebih kecoh dan ini akan jadi bahan untuk disebarkan di FB, Twitter dan Media Barat. Kalau Bersih 3.0 dibenarkan maka tak ada modal nak kecoh-kecoh satu dunia.

Pandangan peribadi akulah PAKATAN salah guna strategi yang akhirnya akan memakan diri sendiri. Memang ada Rakyat Malaysia yang sanggup buat apa untuk mengubah Kerajaan sekarang tetapi rasanyalah lebih ramai yang tak suka kecoh-kecoh dan provokasi yang melampau. Semakin banyak yang dituntut rakyat telah dilaksanakan oleh Kerajaan jadi modal PAKATAN semakin tandus melainkan menaikan kemarahan Rakyat dengan provokasi yang dilakukan satu demi satu.

Pilihan Raya Umum ke 13 dah tak lama lagi pasti Rakyat akan membuat penentuan tetapi yang pasti Malaysia sudah berbeza dan tidak akan sama seperti Malaysia yang dahulu. Islam dan Melayu akan terus berpecah sehingga suatu hari apabila kita terpaksa bersatu tetapi mungkinkah ketika itu sudah terlambat.

Gamber Bersih 3.0 jom klik Teratakarmo.com

Katanya Polis langgar pendemo Bersih. Ni video pelanggaran tersebut.

Tapi ada gambar analisa kejadian mengambarkan pendemo yang menyerang kereta Polis sehingga terbabas. Sumber.

Kejadian sebelum Kereta Polis melanggar pendemo

Video Perjuang Demokrasi .. Ya Ke? (Beza betul sifat dengan Perjuang Kemerdekaan dulu)

Original ke gambar ni – Sumber

Katanya kehadiran Bersih 3.0 seramai ini

Spread the love

444 Comments

  1. ok tu idea utk tiru konsep bg mjlis sepetang brsama blogger… bulehla kami join pla… insyaAllah

    dgr kata PRU13 ni diramalkn yg terburuk dlm sejarah. wallahua’lam. no comment
    Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Cuti panjang sikitMy Profile

  2. Where were they allowed to demo? Because as I know, their application was cancelled last minute and I really don’t know why they were not allowed to demo at Padang Merdeka. Or else, they would just duduk bantah there and maybe not so much havoc would happen… i don’t understand howcome the demo at other countries for bersih 3.0 is so peaceful but in our own country so havoc =/
    Curahan rasa ef.ae @ ..The Cikgu Suet FundMy Profile

  3. Betul kata Denaihati.
    Yang sokong bersih akan sokong walau apa pun yg di halang dan begitu juga yang tak sokong.
    Kalau hati dah kata sokong (juga tidak), tak boleh buat apa pun.
    Kalau nak tahu yg mana satu betul kena tanya org yg tak fanatik dgn politik.
    Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Wordless Wednesday | Bakal AngkasawanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!