Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menarik membaca entri di blog Abangensem.com bertajuk “Bersara Awal Tidak Bererti Kaya“, kalau belum baca bagus klik link tu dan hayati isi HATI menulis yang selalu fikir dia ensem.
Setelah membaca entri yang menarik tersebut aku lontarkan komen untuk menguji tahap pemikiran penulis dan pembaca entri tersebut.
Komen aku : “Bersara awal sebab nak jadi kaya … mana ada orang makan gaji kaya raya melainkan makan rasuah juta-juta.”
Perangkap mengena ….
Abangensem menjawab : “Alamak Tuan DH dah pecah lobang. Memang saya berenti sebab nak jadi kaya..tapi bukan kaya harta, sebaliknya kaya MASA.”
Komen Anuar : “Saya setuju dengan pendapat Tuan Denai Hati.. Biasanya ornag bersara awal disebabkan untuk menjadi lebih kaya daripada sekarang.. Sebab duit makan gaji memang tak mampu menjadikan kita kaya.. Duit makan gaji hanya mampu memberikan kita kehidupan yang selesa.. Jadi, berenti kerja makan gaji adalah salah satu tindakan untuk mengejar kekayaan.”
Pengumuman Abangensem untuk bersara awal setelah berkhidmat lebih 15 tahun dengan sebuah Bank terbesar di Malaysia memang mengemparkan dunia Blogger Malaysia.
Setelah entri “Penggangur Ensem is in Town” keluar aku yang tak ada kena mengena dengan keputusan Abangensem juga terpalit apabila ada beberapa Rakan Blogger yang menghubungi untuk mengikut jejak Abangensem. Tak salah nak bersara awal cuma bukan ikut emosi kerana tidak ngam dengan suasana kerjaya sekarang atau stress dengan boss yang entah apa-apa. Bersara awal perlu dirancang dengan baik supaya keluarga tidak tergadai dengan angan-angan besar kita yang tidak terancang.
Semasa aku membuat keputusan bersara dari Perkhidmatan Awam pada akhir tahun 1997 aku telah mendapat offer bekerja dengan sebuah syarikat swasta dengan gaji double. Susah juga nak buat keputusan bersara dari Perkhidmatan Awam yang banyak kemudahannya. Setelah aku fikirkan daripada 28 juta Rakyat Malaysia hanya lebih kurang 4 juta keluarga yang bergantung rezeki dari Perkhidmatan Awam selebih bekerja dengan swasta dan bekerja sendiri. Jadi kenapa aku tak boleh jadi sebahagian daripada 24 juta tersebut.
Tujuan utama aku bekerja di Swasta adalah untuk belajar cara menguruskan perniagaan yang betul. Bekerja di swasta bukan mudah kalau gaji RM10k syarikat akan perah tenaga kita sehingga titis peluh yang terakhir. Kena maki F**k, B*B*, An**ng dan macam-macam perkataan hina itu menjadi halua telinga. Aku tak pernah ambil hati sebab aku tahu tujuan utama aku bekerja. Aku tak mahu emosi mengadai kehidupan keluarga seperti beberapa kawan yang bersara awal kerana tak tahan dengan tekanan akhirnya sengsara tidak dapat mencari kerja yang sesuai untuk menyara keluarga. Nak dapat ilmu dan pengalaman kena SABAR tak macam sekarang ramai yang nak berjaya sekelip mata tak sanggup nak bersusah bekerja dengan mereka yang telah berjaya. Setelah melalui berbagai kesusahan akhirnya bila sampai waktu yang sesuai aku meninggalkan jawatan besar dengan gaji dan fasiliti yang peeh memang best di KFC.
Aku meninggalkan KFC untuk menguruskan syarikat sendiri yang hasilnya berlipat kali ganda daripada gaji bulanan yang aku perolehi sebelum ini.
Tapi …
Setelah bekerja sendiri rupanya lagi sibuk daripada bekerja makan gaji. KURANG BENAR seperti jawaban komen Abangensem bersara awal sebab nak kaya MASA. Kaya MASA tak juga tetapi kita boleh menguruskan masa mengikut keperluan perniagaan, keluarga dan peribadi bukan keperluan bos. Sekarang ni walaupun aku selalu berada di rumah kekadang wife komplen juga sebab macam tak de sebab aku sibuk dengan kerja dari pagi sampai ke malam.
Bila bekerja sendiri tak kerja makna tak ada gaji itu bezanya dengan bekerja makan gaji yang pasti setiap bulan ada gaji dan kalau ada rezeki setahun sekali dapat bonus. Bestnya kerja sendiri ini semakin banyak kita kerja semakin lebih pendapatan untuk diri kita sendiri. Kepada yang malas dan suka berfoya-foya akhirnya gigit jari.
Kepada Rakan Blogger yang nak bersara awal seperti mamat ini memang aku sokong cuma pastikan ada perancangan yang betul dan pasti ada simpanan untuk keluarga sekurang-kurangnya 1 tahun sebab bisnis tidak selalunya indah. Ramai yang berjaya setelah melalui banyak kegagalan dan ada yang lansung terkapai-kapai setelah gagal mencuba kali pertama. Jangan pulak sudah bersara awal baru nak rancang nak buat apa itu menempah mautlah namanya.
Paling baik bina network dari awal kerana bekerja dalam network lebih mudah untuk berjaya bersama dan boleh mengurangkan kemungkinan kegagalan. Cuma bukan senang nak cari network yang satu kepala …
Paling penting be creative ..
236 Comments
Panjang lebar penerangan bro Dh. Nampaknya, kerja sendiri sememangnya menuntut lebih banyak pengorbanan dan usahanya mestilah lebih berlipat kali ganda.
Terima kasih bro DH utk nasihat ni. Terbaik!
Curahan rasa hafizmd @ ..Menulis Biar Bersungguh!
Dulu sewaktu bujang, saya pernah bekerja menjadi karyawan di sebuah pabrik plastik
Curahan rasa Dadan @ ..Daftar Prosesor Intel Terbaru Untuk Desktop Dan Mobile
Namun baru 6 bulan dah keluar karena tak suka dengan prosedurnya yang melalaikan kewajiban ibadah karyawannya
Curahan rasa Dadan @ ..Daftar Prosesor Intel Terbaru Untuk Desktop Dan Mobile
selanjutnya kerja lagi menjadi karyawan sebuah perusahaan asuransi, namun kerja ini pun akhirnya saya tinggalkan karena saya merasa tak cocok
Curahan rasa Dadan @ ..Daftar Prosesor Intel Terbaru Untuk Desktop Dan Mobile
Dan setelah itu saya bekerja serabutan (apa saja dikerjakan asal halal) sampai saya menikah
Curahan rasa Dadan @ ..Daftar Prosesor Intel Terbaru Untuk Desktop Dan Mobile
Setelah menikah alhamdulillah selang waktu 5 tahun akhirnya saya dan istri dapat membuka usaha sendiri yaitu oulet pengisian pulsa handphone dan sekarang bertambah dengan Warnet (cyber cafe)
Curahan rasa Dadan @ ..Daftar Prosesor Intel Terbaru Untuk Desktop Dan Mobile
Lengkap sudah pengalaman Kang dadan nih…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
Pasti sangat banyak pembelajaran yang diperoleh dari semuanya yah Kang?
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
Betul Bang, pengalaman yang menjadikan saya lebih dewasa dalam bersikap
Curahan rasa Dadan @ ..Daftar Prosesor Intel Terbaru Untuk Desktop Dan Mobile
wahhhh, entri ni best! haha… memang diakui bukan senang nak cari network yang satu kepala ;D
Curahan rasa azriMy @ ..Top 5 Blog Post Bulan Ogos
Betul tu, sekarang saya sudah pun brsara dari perkhidmatan kerajaan dan kini buat freelance Social Media Branding dengan blog, Facebook, Twitter dan Youtube. Lebih baik, dan memang sudah kaya masa sekarag. Alhamdulillah.
Memang betul kata Tuan DH, jika tiada perancangan yang rapi dan network yang kukuh maka sia-sia jika kita bersara awal yang mana sekarang peluang pekerjaan makin sedikit dan permintaan yang baik. Terima kasih atas komen Tuan DH ini untuk panduan jika mahu bersara awal…
lebih baik bersara or jadi freelance..lebih bebas dalam waktu dan creativitas
Terima kasih tuan DH kerana sudi menerbitkan komen yang saya tulis dekat Blog abang Ensem..
Bentul tu saya setuju.. Bekerja sendiri belum tentu memberikan kelebihan seperti pendapatan dan masa berbanding kerja makan gaji..
Tapi sekiranya kita dah berjaya mendapat income yang stabil melalui aktiviti yang kita minati, apa salahnya kita bekerja sendiri..
Supaya kita dapat merasai kepuasan apabila bekerja dengan apa yang kita minati tanpa desakan atau kongkongan daripada pihak atasan.. 😉
Senario sekarang ni saya dapati semakin ramai usahawan internet dan rakan blogger yang berhenti kerja makan gaji untuk memberi tumpuan untuk menguasahakan perkara yang mereka minati.. Good Luck.. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..RM140 Tajaan Pertama Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2
Satu nasaihat dan guide yg panjang. Bagus untuk panduan..
hehehe..saya setuju.. at least dah ada simpanan untuk setahun.. bila bisnes sendiri, risiko untuk jatuh adalah sangat besar. 60% adalah risiko untuk jatuh sebelum kita akan bertatih dan merangkak semula dan mendaki ke atas.. itu adat bisnes.. selalunya akan melalui fasa kejatuhan dulu. barulah akan naik sikit demi sikit..
Curahan rasa boni kacak @ ..Kenapa Tak Teruskan Sahaja Dengan Sesuatu Yang Baru Itu?
saya tak berminat nak bersara awal sebab memang nak jadi cikgu.. cuma kena pasang impian dan rancangan utk bersara dengan pendapatan lebih dari biasa.. insyallah.. saya byk baca penulisan arif shah…
Curahan rasa CMRatu @ ..Akhlak Mulia atau Cerdik Pandai mana pilihan anda?
ada juga tak kerja2 mengharapkan gaji mak bapak jer… tu cam ner plak… ntah bila nak pencen makan duit mak bapak tak tau ler…
kena fikir semasak-masaknya untuk bersara awal, kalau ragu2 maksudnya masih belum bersedia lagi
Curahan rasa beckhr00y @ ..Sihir Voodoo Dan Peralatan Ritual Sihir
Apa yg was2…mmg kena elak =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Menulis Biar Bersungguh!
Betul sekali, karena sekali kita membuat keputusan, itu akan menentukan nasib kita selanjutnya
Curahan rasa Dadan @ ..Daftar Prosesor Intel Terbaru Untuk Desktop Dan Mobile
rupanya… kreativiti juga perlu sebelum buat keputusan… hmmm menarik!
sanggup la pulak tanam kacang tak pun menunggu pokok anggur yang tak berbuah… sambil menghirup secangkir kopi bersama ubi kayu berlaukkan kelapa kering…
Curahan rasa yangbaik @ ..Mengembirakan atau mengecewakan
ada juga orang yang bersara atau berhenti kerja awal kerana bosan dengan kerja dan tidak suka menerima arahan terutama dari bos yang muda belia…
Curahan rasa yangbaik @ ..Mengembirakan atau mengecewakan
Memang banyak yang beralasan seperti itu sehingga bersara awal.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Titip Rindu Buat Ibu
Comments are closed.