Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kita boleh berkawan dengan siapa sahaja akhirnya pasti akan ada yang sangat rapat, sederhana rapat dan jauh tapi rapat. Orang tua kata kalau bersahabat biar bersederhana jangan terlalu akrab sangat kerana sejarah sudah banyak membuktikan apabila berkawan terlalu rapat akhirnya jadi musuh paling seteru.
Dalam tempoh 7 tahun menjadi blogger dengan blog Denaihati.com aku mengenali ramai rakan-rakan online yg memang berkualiti. Antaranya seorang sahabat yg ketika itu sedang belajar di Russia kami tidak pernah bertemu tetapi beliau tolong uruskan blog Denaihati dari Russia dan akhirnya bertemu secara tak segaja di Alamanda Putrajaya ketika dia pulang bercuti setelah bertahun berkomunikasi secara online .
Seorang lagi sahabat ketika itu menetap di Kota Bahru dan kami hanya berhubung menggunakan twitter untuk menguruskan blog Denaihati, hanya berjumpa sahabat dari Kota Bahru ini selepas lebih setahun berkenalan secara online.
“Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. – (Al-Furqan: 27-29)
Seorang lagi sahabat dari Shah Alam ketika itu bekerja di sebuah bank terkenal di Kuala Lumpur. Kami selalu berkomunikasi secara online dan kali pertama kami berjumpa apabila beliau nak minta nasihat untuk bersara awal untuk fokus pada dunia hartanah.
Seorang lagi teman memang world suka buat kerja sukarela di merata dunia. Dia dah buat kerja di Filipina, Australia, India, Nepal, Jepun dan sekarang di Europah. Kami selalu berkomunikasi online dan berjumpa setahun sekali dua sahaja. Aku juga mengenali sahabat Hafiz Al Quran secara online yang menguruskan Madrasah Tahfiz keluarganya lebih sepuluh tahun. Rupanya ustaz ini memang terkenal dan banyak ilmunya memang tidak rugi bersahabat dengan beliau.
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.” – (Riwayat Abu Daud)
Kisah sahabat offline memang ramai tidak tertulis satu entri antaranya usahawan wanita online yang hebat dengan berbagai bisnis online dan offline nya dan paling tidak terlawan sahabat yang ada rumah orang tua sudah menjelajah lebih 20 negara yang orang biasa tidak akan jejaki, singgah di ratusan Madrasah Tahfiz. Ada juga dua tiga sahabat yang buat onar sebagai iktibar kehidupan tetapi sudah aku maafkan tanpa ada perasaan permusuhan dan semuga mereka mendapat hidayah dari ALLAH. Ada juga sahabat yang sudah pergi menyahut panggilan ALLAH lebih awal yang akan sentiasa diingati semuga bersama ditempatkan bersama para ahli Syurga.
Kini semua insan ini sudah berjaya dalam bidang masing-masing, itu yang buat aku senyum gembira. Nabi kata kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi insyaa Allah pasti suatu hari terpalit bau wangi di baju kita. Sahabat sekeliling kita memang bakal mewarnakan kehidupan kita dan kejayaan di masa depan. Semuga aku juga akan sukses seperti mereka semua.
445 Comments
Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Minyak wangi yang wangi n kadang tuh mahal harganya.. nak spray bebanyak pun dok fikir 2 3 kali jugak lah kan.
Berkawan dengan orang negatif, sampai bila-bila pun takkan menjanjikan sebarang kejayaan. Berkawan dengan orang positif, tidak mudah give up, keep forward dengan cabaran dan ujian, maka secara tidak langsung kita juga akan terkesan dengan sikap yang ada pada rakan sebegini.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Siapa kita berkawan adalah cerminan kepada diri kita sendiri. Berkawan dengan tukang besi, maka kotoran dan bauan besi akan melekat pada kita. Berkawan dengan penjual minyak wangi, maka wangian minyak wangi akan terpalit juga pada kita.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Orang yang berfikiran negatif boleh menjangkiti orang lain. Jadi, jauhkan diri kita daripada orang yang selalu berfikiran negatif.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Berkawan dengan orang yang berfikiran positif. Secara tidak langsung, kita juga akan berfikiran positif.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Minyak wangi n pun ada memacam baunya… kena bebetul pilih yang sesuai tuk kita.. barulah tahan lamaa..
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Sangat ramai orang yang ‘unik’ berada di sekeliling kita. Percaya atau tidak, mereka serba sedikit mempengaruhi gaya hidup kita seharian. Jika apa yang mereka salurkan itu perkara baik, maka beruntunglah kita. Jika tidak, elok jauh-jauhkan diri.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
berita terbarunya saya tunggu pak admin.. salam semangat semoga kita sukses selalu amin,, http://goo.gl/UFCAK5
Insyaallah. Dengan ramainya penjual2 minyak wangi ni, maka tersemilah persahabatan hingga ke Jannah
Curahan rasa Therina Jopri @ ..Petuakulit.com blogging contest Disember 2015 – Shaklee Collagen Powder WOW!
Bila dah beminyak wangi n nak kena lah pandai menjaga baunya supaya harum.semerbak sentiasa….
Apa pun, tujuan berkawan sebenarnya untuk mendapatkan manfaat seperti bantuan dan perkongsian pengetahuan, bukan mencari keburukan. Perompak dan pencuri juga mencari kawan yang dapat memberikan faedah kepada dirinya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Dalam sesetengah keadaan juga, kawan selalu diberikan keutamaan dan kepercayaan yang lebih berbanding ahli keluarga.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Kita sama-sama memohon perlindungan dan berharap supaya tidak termasuk golongan yang rugi bertemankan yang jahat sehingga mengakibatkan diri tersesat daripada landasan kebenaran.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Kawan yang bertaqwa mengenal Tuhan dan menjadikan Tuhan sebagai rujukan dalam semua perkara, manakala kawan tidak bertaqwa lupa Tuhan serta demi kepentingan masing-masing bercakaran, walaupun sesama sendiri.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Kawan yang bertaqwa sebenarnya kekal dan bermanfaat, sementara kawan tidak bertakwa akan bermusuhan sesama sendiri.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Comments are closed.