Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kita boleh berkawan dengan siapa sahaja akhirnya pasti akan ada yang sangat rapat, sederhana rapat dan jauh tapi rapat. Orang tua kata kalau bersahabat biar bersederhana jangan terlalu akrab sangat kerana sejarah sudah banyak membuktikan apabila berkawan terlalu rapat akhirnya jadi musuh paling seteru.
Dalam tempoh 7 tahun menjadi blogger dengan blog Denaihati.com aku mengenali ramai rakan-rakan online yg memang berkualiti. Antaranya seorang sahabat yg ketika itu sedang belajar di Russia kami tidak pernah bertemu tetapi beliau tolong uruskan blog Denaihati dari Russia dan akhirnya bertemu secara tak segaja di Alamanda Putrajaya ketika dia pulang bercuti setelah bertahun berkomunikasi secara online .
Seorang lagi sahabat ketika itu menetap di Kota Bahru dan kami hanya berhubung menggunakan twitter untuk menguruskan blog Denaihati, hanya berjumpa sahabat dari Kota Bahru ini selepas lebih setahun berkenalan secara online.
“Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. – (Al-Furqan: 27-29)
Seorang lagi sahabat dari Shah Alam ketika itu bekerja di sebuah bank terkenal di Kuala Lumpur. Kami selalu berkomunikasi secara online dan kali pertama kami berjumpa apabila beliau nak minta nasihat untuk bersara awal untuk fokus pada dunia hartanah.
Seorang lagi teman memang world suka buat kerja sukarela di merata dunia. Dia dah buat kerja di Filipina, Australia, India, Nepal, Jepun dan sekarang di Europah. Kami selalu berkomunikasi online dan berjumpa setahun sekali dua sahaja. Aku juga mengenali sahabat Hafiz Al Quran secara online yang menguruskan Madrasah Tahfiz keluarganya lebih sepuluh tahun. Rupanya ustaz ini memang terkenal dan banyak ilmunya memang tidak rugi bersahabat dengan beliau.
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.” – (Riwayat Abu Daud)
Kisah sahabat offline memang ramai tidak tertulis satu entri antaranya usahawan wanita online yang hebat dengan berbagai bisnis online dan offline nya dan paling tidak terlawan sahabat yang ada rumah orang tua sudah menjelajah lebih 20 negara yang orang biasa tidak akan jejaki, singgah di ratusan Madrasah Tahfiz. Ada juga dua tiga sahabat yang buat onar sebagai iktibar kehidupan tetapi sudah aku maafkan tanpa ada perasaan permusuhan dan semuga mereka mendapat hidayah dari ALLAH. Ada juga sahabat yang sudah pergi menyahut panggilan ALLAH lebih awal yang akan sentiasa diingati semuga bersama ditempatkan bersama para ahli Syurga.
Kini semua insan ini sudah berjaya dalam bidang masing-masing, itu yang buat aku senyum gembira. Nabi kata kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi insyaa Allah pasti suatu hari terpalit bau wangi di baju kita. Sahabat sekeliling kita memang bakal mewarnakan kehidupan kita dan kejayaan di masa depan. Semuga aku juga akan sukses seperti mereka semua.
445 Comments
Jangan jadi seperti gunting dalam lipatan atau mengambil kesempatan diatas kejahilan orang. Jangan jadi seperti ‘ harapkan pagar ; pagar yang memakan padi’ serta khianat terhadap kawan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Jika kita memilih untuk berdamping dan bergaul dengan kalangan manusia yang rosak dan keji, apa hasilnya ? Lambat laun, kita sendiri akan berubah terikut ikut perangai, perbuatan, percakapan dan hancur jatidiri menjadi mereka yang dilaknati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan dibenci oleh masyarakat dan diburu pihak berkuasa.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Keadaan sebaliknya berlaku jika kita pergi bergaul dan berkawan dengan mereka yang jahat peribadinya, buruk akhlaknya, kotor tuturkata dan fikirannya. Rosak jiwa dan kosong ilmu agamanya serta kufur terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan keji perangai dan perbuatan perbuatannya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Orang yang berilmu itu akan mendapat peluang berkongsi ilmu yang dimilikinya lantas dapat pahala mengajar. Kita sebagai penuntut dapat menambah ilmu kita dan seterusnya kita pula melebarkan ilmu tersebut kepada sahabat atau kawan kita yang lain. Kesinambungan ilmu. Semua mendapat pahala dan kebaikan dari bersahabat begitu.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Penjual minyak wangi ibarat mereka yang berilmu dan ada kelebihan ilmu dan baik akhlaknya. Bilamana kita berdamping dengan orang sebegitu ikhlas kerana Allah Ta’ala, maka Insya Allah akan ada manfa’at bagi kita bersama.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Kawan kita haruslah kita pilih dari kalangan orang yang baik dan berilmu agama dan duniawi. Kalau kita yang kurang ilmu berkawan dengan mereka yang berilmu, lambat laun akan dapat sedikit sebanyak kefahaman dari ilmu yang dimilikinya dan Insya Allah begitu juga dari kita sendiri.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Berkawan kerana Allah adalah bagi kita yang Muslim ini harus mencari kawan yang boleh menambah kebaikan yang ada pada diri setiap dari kita ini dan kawan ini boleh membimbing kita semasa kita sedang buntu menghadapi sesuatu masalah atau keadaan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Sejarah manusia dari zaman Nabi Adam Alaihis salam sehingga ke saat dan ketika ini mencatatkan segala macam peristiwa dan kisah dimana kawan makan kawan dan yang disangka lawan beralih menjadi kawan yang teramat setia dan sanggup berkorban nyawa demi sahabatnya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Orang yang kita sangka ‘alim’ boleh didalam sekelip mata berubah menjadi ‘zalim’.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Tidak kira lah samada manusia itu seorang yang alim dan warak atau memang terkenal dengan kejahatannya. Hawa nafsu tidak mengenal agama, keturunan, pangkat dan bijak pandai atau dungu.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Namun begitu, kita tidaklah boleh berkawan dengan sesiapa saja. Manusia adalah makhluk yang boleh berubah sikap dan sifatnya didalam sekelip mata. Manusia terdedah kepada hawa nafsu.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Berkawan itu memang amat dipuji dan digalakkan oleh fitrah alami. Manusia yang tidak suka berkawan selalunya hidup didalam ruang yang sunyi sepi dan boleh menjurus kepada penyakit mental dan dilanda kemurungan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Apabila kebaikan di antara sesama teman itu lebih kuat atau lebih dominan, dapat diharapkan bahawa teman yang jahat akan tertarik pada kebaikan dan pelakunya. Tetapi, apabila kejahatan lebih kuat dan lebih dominan, dikhuatiri orang yang baik akan tertarik pada kejahatan dan pelakunya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
setiap seorang hendaklah memerhatikan siapa yang dijadikannya sebagai sahabat – siapa yang diajak berteman, bergaul dan berkawan. Apakah kita berkawan dengan orang soleh dan baik-baik atau dengan orang fasik dan jahat.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Persahabatan dan pergaulan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam mendatangkan kebaikan dan manfaat bagi seseorang.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Comments are closed.