Bengkel wartawan al-Quran 2.0

Spread the love

 

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Pada hari sabtu tanggal 30 Mac 2019, bengkel wartawan al-Quran 2.0 telah diadakan dan dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas di bawah Karangkraf di Shah Alam. Lebih 20 peserta menghadirinya.


Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Bermula pada jam 9.30 pagi sehinggalah jam 4.30 petang. Pada awalnya peserta mula berdaftar, sarapan kemudian barulah memenuhi dewan yang disediakan. Antara peserta yang hadir daripada kalangan wartawan, Blogger, Copy Writer dan ahli biasa.

Pembuka bicara oleh pengerusi majlis. Kemudian, kata-kata aluan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Ustaz Fazrul Ismail.

Pada sesi pertama, Ustaz Fazrul ismail berkongsi beberapa ayat al-quran yang boleh dijadikan pembakar semangat kepada penulis untuk terus berkarya antaranya surah al-kahfi ayat 1 dan 2. Ada 3 perkataan yang ditekankan oleh beliau iaitu hamba, al-kitab dan bimbingan.

Dalam skop yang besar al-kitab itu ‘apa yang tertulis dan termaktub untuk dilaksanakan’ oleh hambanya dan sebagai bimbingan. Jadi konsep penulisan online ataupun offline itu digunakan dalam hal yang sama bagi menyebarkan kebaikan dan sebagai bimbingan kepada nilai yang lurus.

Sesi kedua disampaikan oleh Tuan Haji Amir bin Hassan. Beliau menekankan penulisan online di facebook, blog dan sebagainya. Terdapat beberapa ciri yang berkesan untuk diikuti dalam penulisan supaya pembaca dapat menggambarkan dirinya pada situasi tersebut dan memberi impak yang positif untuk digunakan didalam kehidupan seharian.

Ada pelbagai idea penulisan yang boleh digunakan antaranya penulisan tentang kehidupan, makanan, hobi dan sebagainya, ia berdasarkan niat awal ‘mengapa saya menulis’ dan yang paling penting ia berlandaskan al-quran dan sumber yang benar serta tepat.

sesi yang ketiga,

Sessi terkahir, perkongsian daripada Encik Norden Mohamed, Mantan Ketua Pengarang Sinar Harian. Perkongsian beliau di dalam penulisan offline ini, perlu menerapkan tiga komponan yang sangat penting iaitu mental, fizikal dan spiritual. Setiap komponan ini ada ilmu yang perlu di teliti lagi, bagi menjadikan penulis itu menjadikan tulisannya memberi manfaat kepada pembaca.

Semoga dengan perkongsian mereka dapat memberi satu idea baru dalam penulisan akan datang, dimana tanggungjawab kita bukan mengharap kepada viral semata-mata tetapi perlu adanya nilai dan kebaikan dan akhirnya bawa kepada nilai al-Quran al-Kareem.

Bengkel Wartawan di KLCC

Pada 16 April akan diadakan juga bengkel penulisan seperti ini di KLCC. Digalakkan kepada mereka yang mahu dan minat belajar menulis samada di sosial media ataupun offline, bolehlah hadiri bengkel ini. Masuk adalah percuma dan penyertaan maksimum 500 orang.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa share ya.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!