Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Pasangan Melayu bercerai sebab remeh temeh”. Kali ini nak kongsi isu panas yang sedang berlaku pada ramai pelancong Malaysia di London.
Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Berkat hilang pasport di London dapat bertemu ramai kawan baru. Mereka berkongsi beberapa cara scam yang pelancong Malaysia kena kat London. Semua kisah ini diceritakan oleh sahabat Malaysia yang stay lama kat sana antaranya Abang Hamdi, Hj Asari bos London Homestay dan Pak Awie bos Restoran Melur.
Cara Scammer di London
1. Beberapa orang menyamar sebagai polis tanpa lencana. Akan periksa dokumen kita masa itu diaorg akan songlap sebahagian duit kita selalunya duit £. Kebanyakkan yang buat kerja ini berbangsa Arab.
2. Diaorg naik kereta tahan kita, buka peta konon sesat jalan. Lepas tu kata tak ada duit minta tolong 50£ sebagai balasan dia bagi jaket murah. Orang kita cepat cair jadi ramai yang beri.
3. Bawa anak minta sedekah. Bila kita dah bagi sikit dia akan minta banyak lagi dengan berbagai alasan. Orang kita cepat cair jadi ramai yang beri.
4. Masa kita berjalan ada dua tiga orang buat-buat langgar kita masa tu diaorg pick pocket.
5. Kalau tiba-tiba terserempak seseorang atau sekumpulan dari arah bertentangan (biasanya lelaki) mesra semacam tak pasal-pasal ajak menari ala-ala lepas menjaringkan gol, AWAS!!! JANGAN dilayan!! pick pocket tu bang
Kalau ada lagi cara diorang scam kongsikan kat ruang komen.
Fardila Watz Osman : Saya kena yang number dua macam orang arab tapi yang bestnyer dia cakap jacket tu brand Giorgio Armani. Fuhh berpeluh gak nak melayan at last dia belah sebab tak nak jacket dia.
Daie Rahmat Amat : Saya kena no dua di Makkah, waktu pergi Umrah tahun lepas. Pak arab jugak yang datang dari area Egypt.
Abang Hamdi : semalam sembang dengan manager hotel terkemuka (bagi org malaysia) di kota London, dia cakap almost hari-hari ada mangsa scammer di area Basywater/Queensway/Lancaster Gate/ Paddington. Menyamar jadi polis, pastu mengepaw!! semalam ada 2 kes, melayang cash £1000 dan satu lagi kes €200. So, take care tuan-tuan dan puan-puan.
Alhamdulillah apabila kita megembara ke negara orang banyak belajar ilmu baru seperti ilmu kehidupan dan ilmu bisnis. Ujian hilang pasport menajamkan lagi skill komunikasi dan membesarkan lagi jaringan persahabatan. Semua ini dapatkan kayakan lagi pengalaman.
Betulah kata abang senior UKM Dato Roslan Ab Hamid untuk dapatkan banyak idea kena:
1. Banyak baca buku dan tonton filem
2. Tonton Ted Talk atau Ted Ed.
3. Kunjungi tempat baru. Kembara lihat dunia.
4. Cari hobi baru. Kenal orang baru.
5. Berjalan laju – exercise pada waktu pagi
Sepanjang kembara kali ini setiap hari kami berjalan paling sedikit lima km setiap hari, amalan ni nak kena istiqomah balik ni.
Beberapa seminar dalam dan luar negara serta kembara luar negara akan dilakukan sebelum 31/12/2018 untuk menarik magnet idea-idea baru bisnis 2019.
Kepada semua yang datang bercuti di UK/London, berhati-hati lah ya. Ada bermacam-macam taktikal scammer yang sedang berkeliaran mencari peluang yang terhidang. Moga-moga tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang percutian serta menjadi percutian yang terindah sepanjang hayat..
Jom sebarkan kebaikkan dan cegah kemungkaran
if u cant do the little things right,
you’ll never be able to do the big things right
Denaihati Network
46 Comments
kalau kita tak berhati hati mmg dan buat sambil lewa mmg kita akan jad mngsa mrk
ni ibarat ujan emas dinegera org. ujan batu ditempat sendiri. lagi best ujan batu kan.
memang akan nervous habis kalau kena pick pocket di negara org. lagi lagi kalau hlang psport
Mujur tak pernah ada pengalaman kena copek di tmpt org.. kalau tak mahu gelebah gak.
kes buat langgar langgar tu dh takti biasa kita dengar.. langgar sikit je terus bleh curi beg
dah banyak cerita kena pick pocket semasa di mekah.. apa lah tempat mcm tu pun buat kerja
tempat yg kite rsa selamat pun boleh di tmepat yang tak selamat.
Kalau boleh pakai sling bag yg berzip. Baru susah mereka nak pick pocket
Itu idea yang baik. sling bag bersiap. tapi nak kena jaga jaga dgn zip tu. letak kat bahagian depan badan
Geng geng pick pocket ni tak pernah habis. Polis tangkap pastu ada lagi puak lain
Macam macam taktik yg mereka buat utk pico pocket. Diorg dh belajar semua cara ni
Di nehara sendiri pun kita kena berhati hati apa lagi di negara org
Ada bermacam-macam taktikal scammer yang sedang berkeliaran mencari peluang yang terhidang. Bahaya ada di mana mana saja
Mereka sering perhatikan pelancong. Mentanf mentang lah kita bawa banyak duit dan ada kamera
Berani pak arab ni menyamar sebagai polis tanpa lencana untuk kenakan pelancong ya terutamanya rakyat Malaysia
Pernah dgr cerita mcm tu. Mereka menyamar dan buat kita nervous. Tak guna betul
hati hati juga kalau minta strangers ambilkan gambar. mereka ni tunggu eluang shj utk kebas fon dan kamera
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai SEO Company di Malaysia
Hish bahayajuga ye Nik. Kalau dah biasa travel mesti tahu selok belok gaya scammer ni
tu kalau kita bagi camera kita, kalau stranger bila amikkan gambar dia camana lak. Dah la lelaki lembut haha
alhamdulillah, semasa pergi UK dulu tak ada pengalaman pahit. cma cuak sebab lupa letak passport kat mana. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai SEO Company di Malaysia
haha boleh plak boleh lupa letak passport kt mana. Kalau hilang, dah jadi mcam pengalaman tuan haji amir..
ada juga yang pura pura jual barang di restoran. letak catalog atas meja. dan ambik fon kita. setan betul
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai SEO Company di Malaysia
marah betul cik nik kita ni. pernah jadi mangsa scammer mcm ni ke? licik btol kerja diorg kan
Pernah masa ke London, dok tengah brekpes crossiant & kopi panas kat Bayswater, datang sorang lelaki lembut minta diambilkan gambar dia. maybe sebab dia tgk kita dok pegang dslr. Ingatkan scammer, tapi kami takde kehilangan apa-apa. Lepas klik gmbr dia, terus dia blah..
Comments are closed.