Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur perjalanan dari Kuala Lumpur ke Siem Reap dan ke Battambang bersama teman-teman pada hari pertama berjalan lancar. Kepada yang belum membaca entri hari pertama bolehlah membaca dan menatap gambar yang menarik di SINI. Kembara Musafir Kemboja kami memang penuh dengan berbagai aktiviti yang telah dirancang oleh rakan niaga, Koperasi Muslim Kemboja.
Hari ke dua kami masih lagi di Battambang dan ini adalah kali pertama kami bermalam di Battambang di Hotel Khemara yang dilengakpi WiFi percuma dari lobi sehingga ke bilik. Paling menarik bertemu dengan Abang Dollah asal Raub, Pahang tetapi sudah menetap di Kemboja setelah berkahwin dengan isteri ke duanya seorang mualaf. Khabarnya isteri pertamanya juga ikut tinggal di Kemboja membantu mengurus menternak lembu.
Di hari kedua, seawal jam 7.30 am kami telah dijemput untuk menghadiri majlis perasmian Sekolah Integrasi Dhia Uddin cawangan ke tiga rangkaian Sekolah Nurul Iman yang diuruskan oleh Koperasi Muslim Kemboja. Sebahagian dana pembinaan sekolah ini adalah hasil sumbangan Rakan Denaihati .. jutaan terima kasih daripada pihak pentadbiran sekolah kepada semua yang telah menyumbang semuga Allah mengurniakan rezeki yang luas kepada mereka.
CEO dan COO eQurban wakil semua Rakyat Malaysia yang telah sudi infaq untuk untuk pembinaan Sekolah Dhia Uddin menerima Cenderahati daripada YB Zakaria Adam.
Majlis perasmian Sekolah Dhia Uddin oleh YB Zakaria Adam, MUfti Datuk Kamaruddin dan wakil eQurban.
Setelah Solat Jamak Zuhur dan Asar kami bergerak menuju ke Phnom Penh menaiki van Koperasi Muslim Kemboja mengharung perjalanan lebih kurang lima jam. Di pertengahan perjalanan kami singgah di Asrama Anak-anak Zahiddin iaitu anak-anak yang bapanya hanya solat sekali seminggu dan ibunya tidak pernah solat Semuga usaha Koperasi akan menghasilkan generasi baru yang akan dapat mendakwah ibubapa mereka mengikut ajaran Islam sebenar. Khabarnya beberapa Jutawan dari Arab Saudi sudah mengumpulkan dana berjumlah USD1juta untuk membina kompleks baru yang boleh memuatkan 400 anak-anak Zahiddin. Semuga ALLAH SWT permudahkan.
Sebelum sampai Phonm Penh sempat singgah tepi jalan makan jagung rebus. Kami sampai lokasi tujuan Hotel Holiday Villa agak lewat kerana kesesakan jalanraya yang hebat.
62 Comments
Semoga sekolah ini akan melahirkan ramai lagi imuan Islam yang terbilang di Kemboja dan dunia.
Curahan rasa daddydee @ ..Terima Kasih Para Pendidik
Alangkah bestnya kalau dapat turut serta rombongan tuan .
Curahan rasa hatiputera @ ..Selamat Hari Guru 2013
teringin gak pergi sana.
Curahan rasa titan @ ..8 sebab korang kena pergi Seminar Buat duit dengan blog
saya suka melihat program sebegini, diharapkan islam makmur disana
Curahan rasa Juan @ ..Minta Pandangan – Bisnes Sewa Motosikal
Smoga bakti yg tuan DH dan team bakal memberi keselesaan dan kebaikan kepada sekolah diya uddin
Curahan rasa hafizmd @ ..Seloka Selamat Hari Guru 2013
Alhamdulillah. Semoga Islam terus berkembang di bumi kemboja. Tak ternilai jasa dan kudrat yang dicurahkan kepada saudara kita di sana..
Curahan rasa Bidadari @ ..5 Tips Menjadi Isteri Solehah
semoga kita diberi kekuatan dan peluang serta ruang utk sama2 menabur bakti membantu saudara2 kita
Curahan rasa hafizmd @ ..Seloka Selamat Hari Guru 2013
Semoga dakwah islam terus tersebar luas
Curahan rasa tipsonlines @ ..Neuroleptic Malignant Syndrome (NMS)
semoga Allah membalas semua jasa baik yang terlibat…
Curahan rasa Mus @ ..Seronok Melihat Ikan-Ikan Segar Di Beluran
cantik bangunan baru mereka, semoga terus berkembang nanti
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Wordless Wednesday #72 – Halal atau Tidak
Ini dia nih artikel yang dari dulu saya cari,, thanxs ya gan artikelnya sangat bagus,, menarik, dan sangat bermanfaat sekali
syukurlah bertambah lg sekolah2 sebegini…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Idea-idea hadiah Hari Guru
syukur semua berjalan dengan lancar!
Curahan rasa Blog 3 Dalam 1 @ ..Ngeri Giler! Pasar Jual Daging Beruang Di Kapit
Majlis yang indah dan mulia..semoga semua dapat manafaat
Curahan rasa weschairs @ ..Champa, beruang pertama menjalani pembedahan otak
Semoga sebagian dana pembinaan sekolah yang berasal hasil sumbangan Rakan Denaihati Network semoga menjadi amal kebaikan dan diberikan balasan yang berlipat aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Tips Menghadapi Anak Hiperaktif
meriah dan besar majlisnya
paling best sumbangan pasti beri byk kemudahan kepada pelajar di sekolah tersebut
Curahan rasa Sop @ ..Tidak dapat sertai beberapa jemputan acara blogger
Comments are closed.