Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur perjalanan dari Kuala Lumpur ke Siem Reap dan ke Battambang bersama teman-teman pada hari pertama berjalan lancar. Kepada yang belum membaca entri hari pertama bolehlah membaca dan menatap gambar yang menarik di SINI. Kembara Musafir Kemboja kami memang penuh dengan berbagai aktiviti yang telah dirancang oleh rakan niaga, Koperasi Muslim Kemboja.
Hari ke dua kami masih lagi di Battambang dan ini adalah kali pertama kami bermalam di Battambang di Hotel Khemara yang dilengakpi WiFi percuma dari lobi sehingga ke bilik. Paling menarik bertemu dengan Abang Dollah asal Raub, Pahang tetapi sudah menetap di Kemboja setelah berkahwin dengan isteri ke duanya seorang mualaf. Khabarnya isteri pertamanya juga ikut tinggal di Kemboja membantu mengurus menternak lembu.
Di hari kedua, seawal jam 7.30 am kami telah dijemput untuk menghadiri majlis perasmian Sekolah Integrasi Dhia Uddin cawangan ke tiga rangkaian Sekolah Nurul Iman yang diuruskan oleh Koperasi Muslim Kemboja. Sebahagian dana pembinaan sekolah ini adalah hasil sumbangan Rakan Denaihati .. jutaan terima kasih daripada pihak pentadbiran sekolah kepada semua yang telah menyumbang semuga Allah mengurniakan rezeki yang luas kepada mereka.
CEO dan COO eQurban wakil semua Rakyat Malaysia yang telah sudi infaq untuk untuk pembinaan Sekolah Dhia Uddin menerima Cenderahati daripada YB Zakaria Adam.
Majlis perasmian Sekolah Dhia Uddin oleh YB Zakaria Adam, MUfti Datuk Kamaruddin dan wakil eQurban.
Setelah Solat Jamak Zuhur dan Asar kami bergerak menuju ke Phnom Penh menaiki van Koperasi Muslim Kemboja mengharung perjalanan lebih kurang lima jam. Di pertengahan perjalanan kami singgah di Asrama Anak-anak Zahiddin iaitu anak-anak yang bapanya hanya solat sekali seminggu dan ibunya tidak pernah solat Semuga usaha Koperasi akan menghasilkan generasi baru yang akan dapat mendakwah ibubapa mereka mengikut ajaran Islam sebenar. Khabarnya beberapa Jutawan dari Arab Saudi sudah mengumpulkan dana berjumlah USD1juta untuk membina kompleks baru yang boleh memuatkan 400 anak-anak Zahiddin. Semuga ALLAH SWT permudahkan.
Sebelum sampai Phonm Penh sempat singgah tepi jalan makan jagung rebus. Kami sampai lokasi tujuan Hotel Holiday Villa agak lewat kerana kesesakan jalanraya yang hebat.
62 Comments
Alhamdulillah,mesti ramai yang gembira dengan sumbangan tersebut
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #61
Emm besar nikmat dan ganjaran yang diperolehi oleh rakan denaihati diatas sumbangan yang diberikan..semoga bro bersama rakan perjuangan yang lain sentiasa dipermudahkan setiap urusan…aminnn
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #52 – Pengikat Cahaya Cinta
Alhamdulillah…semoga bermanfaat buat semua dan sentiasa dibawah lindunganNYA…suka mereka dapat sekolah barukan?
Curahan rasa KY @ ..Kamu Hensem, Tetapi Gara-Gara Seutas….Kamu Ditolak
Sangat meriah nih acaranya…
Alhamdulillah…perkongsian yang sedikit bila dikumpul ramai2 akan menjadi banyak, moga memberi banyak manafaat kepada penerima.
Curahan rasa Aina @ ..Medical Card
Semoga sekolah barunya banyak memberikan manfaat untuk kehidupan masyarakat.
Sukses selalu
Salam wisata
Curahan rasa Ejawantah Wisata @ ..KIPRAH KONCO WINGKING DI MUSEUM ULEN SENTALU YOGYAKARTA
Alhamdulillah, ke arah yang lebih positif dalam memajukan umat islam yang memerlukan…
Semoga bantuan yang diberikan akan memberikan kebaikan dan mendapatkan banyak pahala aminnn
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Manfaat Minum Air Putih Bagi Kesehatan
Alhamdulillah..bantuan-bantuan mcmni memang patut diteruskan..usaha murni Denaihati network memang amat saya kagumi..
Curahan rasa Berita Harian @ ..Ramalan Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2013 Dari Agenda Semasa!
Semoga sekolah barunya setelah resmi dibuka akan banyak memberikan manfaat kepada rakyat di sana
Curahan rasa safiyhati @ ..Manfaat Dari Puasa
Syukur alhamdulillah, semoga lancar dalam semua kegiatannya dan dapat membentuk muslim2 yang kuat
Curahan rasa Kang Dadan @ ..SEO Untuk Anchor Text
alhamdulillah… bantuan yang amat bermakna buat mereka… syukur..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Wordless Wednesday – Keindahan
Alhamdulillah… seronok melihat team equrban dan denaihaticke kemboja. Rasa mcm nak join next time. Insyaallah.. semoga sukses segala urusan..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Wordless Wednesday #77
Moga-moga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban umat islam di sana dan perkembangan syiar islam.
Curahan rasa akubiomed @ ..Wordless Wednesday – 3 budak Canon
semoga mendapat lebih barakah ..
berbisnes dan beramal patut dicontohi
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW- Sekarang Macam² Ada
Comments are closed.