Bapa kencing berdiri Anak kencing berlari

Spread the love

Salam 1Malaysia, sudah lama pepatah Melayu “Bapa kecing berdiri Anak kencing berlari” bermain-main di minda aku ini. Adakah ini bermakna bila seorang bapa kecing berdiri maka anak-anaknya akan kecing berlari secara fizikal. Pasti tidak, maksud pepatah ini lebih besar daripada itu. Bagi aku maksud perpatah ini apa juga perbuatan jahat yang dilakukan oleh seorang bapa atau ibu samada dilihat atau tidak oleh anak-anaknya pasti akan dilakukan kembali oleh anaknya. Lebih malang anak-anaknya akan melakukan lebih teruk daripada apa yang telah dilakukan oleh bapa atau ibunya.

Berapa ramai dikalangan kita samada yang sudah berkeluarga atau belum memikirkan setiap perbuatan kita dahulu, sekarang dan akan datang akan memberi kesan secara lansung kepada anak, cucu, cicit dan keturunan kita hingga hari kiamat. Jangan sangka apabila kita belum berkahwin dan mengamalkan seks bebas, mengandung anak luar nikah kemudian membuang bayi tidak akan memberi kesan kepada anak, cucu, cicit dan keturunan kita. Jangan sangka apabila kita mengamalkan seks pelik seperti lesbian, gay dan liwat juga tidak memberi kesan kepada anak, cucu, cicit dan keturunan kita.

Jangan fikir apabila mengambil rasuah, menipu rakan niaga, bomoh membomoh dan macam-macam lagi amalan orang kita ini  tidak memberi kesan secara lansung kepada anak, cucu, cicit dan keturunan kita hingga hari kiamat.

Kalau hari ini kita tak suka menziarahi ibubapa di kampung  sekurang-kurang sebulan sekali dan tiada masa untuk bertanya kabar melalui telefon atau sms serta sentiasa lupa nak bagi duit setiap bulan.  Adakah harapan untuk anak-anak kita buat perkara yang sama atau lebih teruk apabila kita tua kelak.

Secara sedar atau tidak anak-anak sentiasa menjadikan ibubapa sebagai model. Ibubapa tidak hanya boleh memerintah anaknya solat berjemaah di masjid sedangkan kita solat di rumah atau lansung tidak solat. Kita tidak boleh minta anak-anak hormati kita sekiranya kita tidak hormat kepada ibubapa kita.

Aku sentiasa mengingati diri aku sendiri supaya tidak menjadi Bapa kencing berdiri supaya tidak melahirkan anak, cucu, cicit dan keturunan yang kecing berlari.

Firman Allah : “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa : Ya Tuhanku tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri“. Surah Al-Ahqaf Ayat 15
[ad#advertlets336]


Spread the love

348 Comments

    1. @marki, Haha. Agak bersesuaian juga dengan takut ni sebenarnya. Bapa borek, anak rintik. Tapi kenapa pulak kebaikan bapa tidak boleh diwarisi?

        1. @marki, Hm.. ada typing error dekat atas tu bro. sepatutnya takut=tajuk. Tapi mungkinkah anak akan terikut dan mengamalkan dengan sikap bapanya yang baik. Ye la, kadang-kadang budak ni jadikan bapanya sendiri sebagai role model. Tapi tidak bermakna benda ni berlaku kepada setiap keluarga. Bergantung kepada persekitaran dan cara budak tu dibesarkan juga.

  1. bapak selalu cakap berkenaan dengan pepatah Melayu, darah di dahi meleleh ke bahu. kemudian bapak cakap, sebelum darah tu meleleh ke bahu, lap siap2. frankly, emak dan bapak idola saya. model saya. 🙂

    1. @Miss D, Bestnya pepatah ni Miss D. Memang terbaik la. apasal saya tak pernah dengar? Mungkin saya ni tak suka sangat bahasa melayu ni..

      1. @Steward John, haha. entah. saya tak tau itu bahasa melayu punya pepatah or mungkin sarawak nyer. sebab bapak saya memang selalu cakap kat kitorg macam tu. hehe. tapi, suka bila bapak mengulasnya. 🙂
        .-= Miss D´s last blog .."U boleh bukak tudung?" =-.

          1. @Pisyek, hehe…aah kot…keh3
            .-= Miss D´s last blog ..‘Terima kasih Fujitsu, KTMB menjadi saksi.’ =-.

            1. @Miss D, Yer la.. Memang ada maksud. Tak kira la ayat tu memang ada ker ayah Miss D yang cipta, memang best. Sarawak Area mana kitak ni?

            2. @Miss D, hahaha. yer, bg sy wpun mungkin x diiktiraf tp ia istmewa sbb dgn ayat tu sy sentiasa berusaha ubh nasib klrg. 🙂 sy bhgn Kuch, 1 jam dr bandar Kuch. 🙂
              .-= Miss D´s last blog ..‘Terima kasih Fujitsu, KTMB menjadi saksi.’ =-.

  2. hurm… mcm mana tu kencing berlari… sape penah try? ade org buat eh…? 😀
    .-= Pisyek´s last blog ..Gadis itu suka aku? =-.

        1. @Steward John, haha… mmg x senonoh… x senonoh gile… 😆
          .-= Pisyek´s last blog ..Gadis itu suka aku? =-.

            1. @Steward John, kalo jumpe hantu, trus pingsan la jawabnye… hahaha…
              .-= Pisyek´s last blog ..Gadis itu suka aku? =-.

    1. @Pisyek, Adui.. hahaha.. Cuba kencing depan anjing, kalau anjing tu kejar sebelum Pisyek habis kencing, mesti Pisyek kencing sambil berlari.. hahha

      1. @Steward John, kencing dlm seluar… haha… 😆
        .-= Pisyek´s last blog ..Jadi hensem dengan Google Apps? =-.

    1. @ain fathihah, kalau taknak tuai esok, nak tuai lusa boleh? :mrgreen:
      .-= Pisyek´s last blog ..Gadis itu suka aku? =-.

            1. @Steward John, haha… kat dlm kalender ade tulis eh..?
              .-= Pisyek´s last blog ..13 Perisian Wajib Pasang =-.

            1. @Steward John, haha… boleh blaja lagi… smpt lg ni… 😉
              .-= Pisyek´s last blog ..Gadis itu suka aku? =-.

        1. @Steward John, mase cikgu BM tgh bg penerangan kat depan kut, tu psl la penah dgr… hehe…
          .-= Pisyek´s last blog ..GTalk korang stylo ke? =-.

            1. @Steward John, ade dlm buku crite knk2 kot.. hehe… 😀
              .-= Pisyek´s last blog ..Gadis itu suka aku? =-.

      1. @Steward John, itulah namanya hidayah dari Allah swt yang akan memilih sesiapa juga utuk jadi baik tetapi majoritinya sangat sedikit yg jadi begitu.

    1. @rashid, Maksudnya disini, Tidak semestinya kalau bapa tu bagus, anak tu secara automatically mengikuti jejak bapanya.. Bukan begitu bro?

        1. @rashid, Nampaknya bro ni macam berpengalaman dalam bidang ni. Boleh dijadikan contoh bagi bakal-bakal bapa. Tapi kadang-kadang benda ni sudah juga, sebab bapak dah selalu keluar untuk mencari nafkah, anak pun terbiar di rumah…

            1. @rashid, Yer la.. memang betul sangat tu. Kadangkala TV pun boleh bagi pengajaran yang bagus. Kena pandai-pandai cari la mana yang bagus tu.

  3. sekarang ni macam2 kes yang ada terpampang di akhbar..kadang2 da x larat nak baca..

      1. @rashid, kalau salah media massa pasti semua anak kat dunia ni jadi jahat. Propaganda Yahudi memang tak boleh dielak tapi ibubapa mesti mendidik anak-anak bukan hanya di lepaskan 100% kepada cikgu je. Dalam al-quran pun dah kata yg mencorak anak daripada kain putih jadi berbagai warna adalah ibubapa.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!