Assalamualaikum dan salam sejahtera, Apakhabar sahabat-sahabat ku yang hebat?
Biasalah paska bajet 2017, Abang akan baca penerangan lebih detail dengan lukisan grafik bajet 2017 di media arus perdana untuk faham lebih jelas. Bos DS Najib Razak biasa bentangkan fakta-fakta penting sahaja ketika pembetangan bajet 2017. Kita kena tengok manafaat apa yang kita boleh ambil secara maksima.
Kali ini satu muka surat info grafik pemberian Kerajaan kepada rakyat. Begitu pun ramai yang tidak berpuashati dengan meluahkan hati di sosial media sehingga menggunakan perkataan yg tidak sepatutnya. Beberapa tahun lepas Abang pernah menulis di blogkeburukan subsidi menjadikan rakyat seorang penerima antara tajuk”subsidi menghancurkan bangsa“. Rakyat yang menerima subsidi tidak pernah berpuashati dengan setiap pemberian walaupun sebanyak mana. Setakat yang Abang belajar belum ada guru-guru yang kata PENERIMA lebih baik daripada PEMBERI tetapi kita berlumba-lumba nak menjadi penerima.
Kerajaan tidak akan dapat memberi sehingga setiap rakyat akan menjadi kaya raya tetapi kepada yang pandai memanafaatkan peluang yang diberi pasti boleh mengubah kehidupan. Kepada yang layak menerima berbagai bantuan secara terus dari Kerajaan boleh menggunakan sebahagian duit tersebut untuk membuka pintu-pintu rezeki yang lain. Bagaimana? Infaqkan sedikit duit tersebut kepada yang lebih memerlukan.
“Alaaa duit yg ada pun tak cukup macam manalah nak bagi pada orang lain.” Kalau menggunakan formula akal memang tak akan selesai masalah ekonomi keluarga tapi kalau ikut formula Al Quran memberi membuka banyak pintu rezeki yang berganda-ganda, pasti selesai masalahnya. Kepada yang dapat BR1M dan bonus RM500 berilah sedikit kepada yang lebih memerlukan insyaa Allah manafaatnya sangat besar. Menjadi pemberi sekarang adalah rahsia ketenangan ketika ekonomi merosot nanti.
Abang tertarik dgn bajet utk eRezeki, eUsahawan, mobileprenuer, digital ekonomi dan start up. Semua ni persiapan untuk kemerosoton ekonomi dunia. Nampaknya Abang nak kena lebih aktif jadi blogger untuk mendapat semua manafaat di atas. Hanya blogger yg profesional sahaja faham apa yang tersirat dan tersurat dalam bajet 2017. Banyak sangat peluang yang ada di sini kepada yang melihat dengan mata hati.
Dari maklumbalas yg Abang baca ramai yg tak layak dapat apa-apa manafaat secara lansung dari bajet 2017 bukan sekadar mengeloh malahan komplen.
Jadi kepada yg dapat berbagai kelebihan bajet 2017 mesti manafaat sebaiknya. Janganlah jual baja subsidi, janganlah buat report polis lembu subsidi hilang tapi sebenarnya dah kena jual, janganlah pakat dengan penjual laptop untuk dapat cash dan terbaru jangan ganti smartphone dengan duit tunai.
Duit yang diperolehi dari manupulasi subsidi kejap sahaja abis tapi kalau digunakan sebaiknya boleh dapat hasil duit yg lebih banyak. Contohnya smartphone subsidi kalau diguna untuk jadi mobileprenuer pasti boleh menjana pendapatan kedua yang berganda. Ada macam-macam biz yang boleh dibuat menggunakan smartphone. Ilmu boleh belajar dari sifu-sifu yg terkenal.
Kepada yg tak dapat kelebihan bajet secara lansung jangan risau sebab ada banyak manafaat secara tidak lansung yg kita dapat. Buka mata hati pasti nampak dan maksimakan peluang secara kreatif untuk persediaan zaman susah apabila ekonomi dunia merudum.
Apa peluang yg kekawan nampak dalam bajet 2017?
Abang Denaihati
Rakan Usahawan Digital anda
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
41 Comments
mengeluh tak salah tapi janganlah hari hari mengeluh..mengeluh sekali berusahalah 10 kali..
Curahan rasa JMR @ ..Sebab Aku Uninstalled Pokemon Go.
Bila ekonomi jatuh, kesannya dapat kita lihat kepada pekerja. Ramai yang hilang peluang pekerjaan. Nak selamat, mula dan belajar buat bisnes. Tambah income secara sambilan yang bagus.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah.com VS Task.My
Susah juga kerajaan nak sukakan hati semua rakyat. Bagi yang pandai,boleh jadikan garis panduan bajet untuk mula mencari peluang mendapatkan manfaat dari bajet 2017 ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah.com VS Task.My
Dari banyak berkata-kata tentang bajet 2017, ada baiknya kita berusaha ke arah hidup yang lebih bijak. Perubahan bermula dari kita semua. Usaha cari rezeki yang halal.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah.com VS Task.My
Walaupun tak semuanya memuaskan hati, tapi ada gak yang baik. Untuk wanita seperti saya, saya tengok keperluan peralatan elektronik untuk menyusukan bayi pun boleh deduct tax. Ini memang baru. Kena simpan resit.
Yang pasal peluang untuk bloggers tu menarik. Betul kena manfaatkan setiap peluang yang ada.
Curahan rasa Wan Syahida @ ..Kenapa Nutrisi Untuk Ibu Hamil Amat-amat Penting?
InsyaAllah Malaysia akan stabil 2017 nanti. Kite pakat pakat doa je
Curahan rasa Kitab Fitness @ ..Cara Diet Berkesan Untuk Beginner.Senang Je Rupanya !
Assalamualaikum,
Ini sekadar pandangan saya lah. Ia bukan isu samada pemberi atau penerima lebih baik. Siapa lebih baik dari siapa.
Pada saya ia isu amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin. Isu bagaimana setiap cukai yang dikutip dari rakyat diberikan sebaiknya kembali pada rakyat.
Curahan rasa Perawat Sihir @ ..Bagaimana Mengembalikan Sihir?
Bila baca artikel ini, teringat pesanan seorang sahabat.. sementara masih ada peluang dan ruang, gunakanlah peluang tersebut dengan sebaik mungkin.
Curahan rasa anuar @ ..Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Sementara masih dapat BR1M, gunakanlah BR1M untuk mencapai satu kehidupan yang lebih baik..
Curahan rasa anuar @ ..Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Jangan terus berharap pada subsidi semata-mata.. tapi perlu sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu dan kemahiran supaya tidak perlu bergantung kepada subsidi kerajaan lagi pada masa akan datang…
Curahan rasa anuar @ ..Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Saya nampak banyak peluang untuk menjadikan lebih ramai rakyat Malaysia sebagai seorang usahawan dalam bajet 2017 kali ni…
Curahan rasa anuar @ ..Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Terdapat beberapa platform keusahawanan yang dapat diterokai oleh rakyat Malaysia seperti UBER, program MySuria, program Mobilepreneur, program Agropreneur, program eUsahawan & eRezeki..
Curahan rasa anuar @ ..Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Diharap semua rakyat Malaysia, terutamanya dalam golongan B40 dapat memanfaatkan peluang tersebut dengan sebaiknya.
Curahan rasa anuar @ ..Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Jangan hanya salahkan kerajaan dengan bajet 2017 yang tidak menyenangkan hati mereka. Banyak cara lain untuk terus hidup dengan ekonomi sekarang. Subsidi bukan segala-galanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Blogger Terkenal Singgah Beli Nasi Lemak Pandan Mieeza
Ya betul tu… saya setuju.. hidup zaman sekarang ni kena kreatif.. dan bijak mencari peluang..
Curahan rasa anuar @ ..Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Sekali sekala kita perlu berfikir di luar kotak untuk mencari peluang yang ada.
Curahan rasa anuar @ ..Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Rezeki ada di mana-mana, asalkan kita perlu rajin berusaha. Kena yakin.. selagi kita berusaha, semakin hampir kita mencapai kejayaan
Curahan rasa anuar @ ..Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Manfaatkan pemberian BR1M yang kerajaan bagi. Boleh digunakan untuk benda-benda yang berfaedah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Blogger Terkenal Singgah Beli Nasi Lemak Pandan Mieeza
Banyak juga rezeki melalui ekonomi digital bagi tahun 2017. Baik kita berusaha dan memberi lebih baik daripada menerima. Insyallah, amin.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Teaser 4 : Winter in Odaiba, Tokyo
Ya betul tu.. saya setuju sangat-sangat.. orang yang memberi lebih baik daripada orang yang menerima.
Curahan rasa anuar @ ..Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Jika kita lihat kat media sosial, ramai yang kata macam-macam tentang bajet hari tu. Apa yang penting. Kena cari peluang yang bagus untuk di manfaatkan dari bajet 2017.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kenapa Ramai Suka Jobdirumah Versi 3
Sebagai pentadbir kewangan kerajaan, bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. Kita perlu bersyukur dengan setiap nikmat yang ada
Curahan rasa anuar @ ..Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Setakat ni rakyat Malaysia masih di kira beruntung berbanding rakyat di sesetengah negara lain. Syukur Malaysia masih aman.
Curahan rasa anuar @ ..Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Bagi yang pandai, akan nampak peluang disebalik perkongsian bajet 2017. Boleh mula mengorak langkah ke arah tersebut.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Apa Yang Menarik JOBDIRUMAH Versi 3
Ya betul tu.. sebagai contoh kita boleh memanfaatkan platform Uber dan eusahawanan untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga.
Curahan rasa anuar @ ..Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Banyak juga peluang yang diberikan kerajaan dalam bajet 2017 tersebut. Terlibat dan dapat 1-2 peratus daripada bajet tu dah boleh buat duit sangat dah. Kena pandai gunakan peluang yang kerajaan bagi.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Apa Yang Menarik JOBDIRUMAH Versi 3
Comments are closed.