Bajet 2014 rakyat mengharap

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

Apa yang rakyat harap dengan pembentangan bajet 2014? Macam-macam harapan terutamanya harga barang yang murah, harga rumah yang murah, harga minyak yang murah .. dan macam-macam lagi yang murah. Apa lagi harapan rakyat … untuk kakitangan kerajaan pastilah nak gaji naik dan dapat bonus tahunan yang banyak.

Pendapat aku untuk bajet 2014 yang akan dibentangkan pada 25/10/13, Kerajaan mesti berhenti memberi ikan kepada rakyat kerana dengan memberi ikan rakyat jadi semakin malas dan tak pernah puas dengan ikan yang diberi. Semalam dapat ikan kembung hari ini nak ikan tenggi, esok nak ikan merah, lusa nak ikan kerapu … sampai bila nak mengharap. Memberi BR1M, voucher buku dan lain-lain pemberian semua untuk jangka masa pendek yang tidak sihat untuk membina sebuah negara yang berdaya tahan. Memberi hanya kepada yang layak seperti konsep zakat hanya untuk lapan golongan asnaf bukan seperti sekarang semua rakyat miskin dan kaya dapat subsidi.

Paling bagus kena bagi pancing seperti geran bisnis online sebanyak RM1k yang diperkenalkan dalam bajet 2013 cuma kalau dikembangkan dalam bajet 2014 lebih bagus. Di cadangkan kepada yang baru mendaftar bisnis online dapat geran RM1k dan kepada usahawan online yang boleh tunjukan prestasi yang bagus sediakan geran yang lain contohnya kepada yang boleh buktikan hasil jualan melebih RM100k dapat geran RM10k, RM200k dapat geran RM20k dan RM300k dapat geran RM30k. Cara begini usahawan perlu berusaha untuk dapat bantuan bukan macam sekarang goyang kaki tunggu subsidi bila tak dapat keluar macam-macam kata kesat.

pembentangan bajet 2014
Apa yang rakyat harapkan dari Bajet 2014

Begitu juga dalam pertanian getah, sawah dan kelapa sawit ramai penerima subsidi baja dan racun yang menjual semula untuk dapat duit cepat. Kenapa tidak buat kaedah baru bantuan hanya diberi mengikut penghasilan kebun tersebut baru petani tak berani nak jual subsidi baja dan racun yang diberi. Lagi sikit hasil lagi sikit bantuan. Tu belum cerita lagi kisah petani yang dapat bantuan lembu, kambing dan ayam yang dijual sebelum sempat membiak lepas tu bising kata kerajaan tak tolong rakyat.

Siapa yang tak suka yang percuma, yang murah, subsidi dan sebagainya tetapi untuk jangka masa panjang negara tidak dapat membina rakyat yang berdaya tahan. Sekarang pun telah terbukti ramai antara kita akibat subsidi yang berpanjangan menyebabkan tidak sanggup berusaha keras tetapi lebih suka hidup melebihi daripada kemampuan.

ALLAH yang MAHA kuasa yang MAHA memberi pun tidak memberi rezeki yang banyak kepada yang malas kalau tak percaya cuba baca makna ayat seribu dinar yang biasa di gantung di dinding rumah tetapi ramai yang tak faham maknanya.

[box type=”shadow”]Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. – (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)[/box]

ALLAH hanya memberi kelapangan dan rezeki kepada yang BERTAQWA .. makna bertaqwa adalah manusia yang mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangannya. ANTARA suruhan untuk murah rezeki adalah mengamalkan membaca yassin setiap hari selepas solat suboh, membaca doa mathurat pagi dan petang, zikir 300 pagi dan petang, solat sunat israq, solat sunat dhuha, banyak memberi, solat malam dan tidak meninggalkan ibadah wajib.

Live bajet 2014 daripada rakan Twitter (#bajet2014)


Jangan biarkan rakyat mengharap dengan bajet 2014 tetapi bagilah pancing supaya rakyat lebih berusaha membina kejayaan. Kepada rakyat jangan asyik mengharap bantuan dari Kerajaan aktifkan minda bekerja lebih seperti perniagaan online untuk menjana pendapatan tambahan bagi menampung kenaikan harga barangan.


Spread the love

44 Comments

  1. Saya setuju dengan pandangan memberikan ‘pancing’ berbanding ‘ikan’ kepada rakyat tu. Kita bukanlah jenis bangsa yang perlu dihulur dan disuap sepanjang masa. Kita adalah rakyat yang lebih gemar berdikari. Cukuplah dipermudahkan urusan kerja kita seharian untuk membangunkan negara ni. Rakyat masing-masing mempunyai peranan tersendiri dalam membangunkan negara.

    Jangan dibeza-bezakan jenis layanan terhadap seluruh. Semoga layanan yang berat sebelah terhadap golongan kaya melebihi golongan miskin dapat dihentikan di dalam sistem pemerintahan negara kita.
    Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Berita-Berita Sebelum Bajet 2014My Profile

    1. Betul tu bro kenapa kita nak biarkan orang lain menentukan nasib diri kita. Kita kena berusaha dan apa sahaja fasiliti yg disediakan kerajaan adalah bonus utk lebih memudahkan kita … Lihat sahaja semua yg berjaya tak pernah berhenti berusaha walapun dilanda berbagai kesusahan.

  2. Teringat pada macam2 inisiatif kerajaan melalui tekun dan mara dalam membantu usahawan utk berniaga. Menurut cerita kawan, ramai yg gagal. Hilang tanpa jejak selepas lulus pinjaman.

    Harap, bajet kali ni akan lebih kepada kebajikan rakyat secara total.

    Kita tunggu esok
    Curahan rasa hafizmd @ ..Siri Kesihatan 1:Oh! KolesterolMy Profile

  3. Alangkah bijaksananya bila Kerajaan memberikan sesuatu yang lebih bermanfaat dan dapat digunakan untuk bisa mengembangkan usaha, bukan hanya saja dengan memberikan pancingan uang tanpa ada solusi yang bisa membuka jalan usaha bagi rakyatnya.
    Karena memang bila hanya memberikan sesuatu tanpa rakyat mau berusaha dan bekerja keras, tentunya hal tersebut hanya akan bermanfaat untuk waktu sementara saja.
    Akan tetapi semuanya juga dikembalikan kepada kebijaksaan dan pandangan kerajaan sendiri
    Curahan rasa Ferry @ ..Kesejahteraan PNS melalui RUU ASNMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!