Assalamaualaikum dan selamat sejahtera,
Terkini, 2 lagi kes baharu dikesan di negara Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan 10 kes melibatkan Novel Koronavirus yang ada di negara ini, ujar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Ini juga termasuklah dengan seorang rakyat Malaysia berusia 41 tahun berasal dari Selangor.
Lelaki rakyat Malaysia berkenaan mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura dari 16 hingga 23 Januari 2020, bagi menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh beberapa delegasi antarabangsa termasuk negara China.
Walau bagaimanapun, ketika ini masih belum ada kepastian lagi di mana pesakit tersebut dijangkiti virus (2019-nCoV)
Baca juga: Beberapa langkah mengekang jangkitan koronavirus
Bagi kes pertama, lelaki warganegara China itu berasal Wuhan dan tiba di KLIA pada 18 Januari lalu.
“Beliau mula mengalami demam ringan pada 23 Januari 2020 dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Kes telah dimaklumkan kepada KKM dan beliau telah diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan (home surveillance) untuk tempoh 14 hari.
“Pada 2 Februari 2020, demam masih berterusan dan beliau telah dimasukkan ke HKL bagi menerima rawatan lanjut. Ujian makmal positif 2019-nCoV pada 3 Februari 2020 (semalam),” katanya dalam satu sidang media di sini pada Selasa.
Baca juga: Khasiat kunyit hitam BlackG tiada tandingan
Katanya lagi, pesakit kini berada dalam wad isolasi dan dalam keadaan stabil.
“Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara jiran dari 16 hingga 23 Januari 2020, bagi menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh beberapa delegasi antarabangsa termasuk negara China,” tambah beliau lagi.
Manakala, kes kedua melibatkan rakyat Malaysia pulang ke Malaysia pada 23 Januari lalu.
“Pada 29 Januari 2020, beliau telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor kerana demam dan batuk. Selanjutnya beliau telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari 2020 dan dimasukkan ke wad isolasi,” ujar Dr Dzulkefly.
Pesakit disahkan positif (2019-nCoV) pada 3 Februari. Beliau kini bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.
Sumber: Awani
3 Comments
Penyakit dari China dah masuk Malaysia, harap harap tak sekencang produk China diimport masuk ke sini.
Curahan rasa Ikhwan @ ..4 Cabaran Utama Berniaga Di Shopee
semoga virus ini dapat dikawal dengan sebaiknya…
dan mangsa yang terkena boleh sembuh segera.
lain pula jaga kesihatan sebaik yang mungkin
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Untuk Tingkatkan Tenaga Getaran Diri
Innalilahi virus ini semakin meresahkan. Semoga kita dijauhkan dengan virus yang mematikan ini
Comments are closed.